Hudud mesti selari dengan Perlembagaan, kata Khairy
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan pendirian Putrajaya dalam isu hudud mesti selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara tersebut.
Khairy berkata sebarang undang-undang dalam negara perlu berpandukan kepada Perlembagaan yang menjadi asas kepada negara Malaysia sejak merdeka.
"Negara kita berpandu kepada Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi.
"Jadi apa-apa undang-undang yang diluluskan mesti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan, ini termasuklah hudud," kata Khairy pada sidang media selepas perasmian Hari Sukan Negara di Kuala Lumpur petang ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut hadir semasa majlis petang ini bagaimanapun tidak bersama dengan Khairy pada sidang media yang diadakan kerana bergegas ke program lain.
Khairy bagaimanapun berkata Kabinet akan membuat pendirian rasmi mengenai isu hudud yang dijangka mengambil kira beberapa perkara antaranya agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
"Pendirian rasmi akan dibuat oleh Najib tidak lama lagi.
"Pendirian akhir ini bukan sahaja akan mencerminkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tetapi juga selari dengan Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara," katanya.
Minggu lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.
Pindaan tersebut diluluskan dengan majoriti sebulat suara yang mendapat sokongan daripada pembangkang Umno di negeri Kelantan.
Semalam, bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz memberi kritikan keras dalam isu hudud dan berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya sebagai "bodoh".
Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata adalah mustahil hudud dilaksanakan di Malaysia kerana undang-undang Islam yang cuba dibawa PAS Kelantan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Batang Sadong itu yang memegang portfolio undang-undang berkata, beliau merasakan ahli Parlimen Sarawak tidak akan mengundi membenarkan hudud dilaksanakan.
“Ia tidak mungkin dilaksanakan. Saya tak pasti tentang Umno tapi di Sarawak, saya tidak fikir mereka (PAS) akan dapat undi daripada kami (ahli Parlimen Sarawak),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Najib sebelum ini berjanji akan mengumumkan pendirian rasmi Putrajaya dalam isu hudud, namun sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan dinyatakan presiden Umno itu. – TMI
Mustahil laksana hudud di Malaysia, kata menteri undang-undang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri berkata adalah mustahil hudud dilaksanakan di Malaysia kerana undang-undang Islam yang cuba dibawa PAS Kelantan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Batang Sadong itu yang memegang portfolio undang-undang berkata, beliau merasakan ahli Parlimen Sarawak tidak akan mengundi membenarkan hudud dilaksanakan.
“Ia tidak mungkin dilaksanakan. Saya tak pasti tentang Umno tapi di Sarawak, saya tidak fikir mereka (PAS) akan dapat undi daripada kami (ahli Parlimen Sarawak),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Jumlah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sarawak adalah seramai 23 orang iaitu 14 wakil dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), seorang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta masing-masing empat wakil dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Nancy berkata kajian mendalam perlu dilakukan terhadap kandungan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
“Kita sudah mempunyai Perlembagaan Persekutuan jadi kita perlu melihat kesalahan di bawah hudud.
"Banyak peruntukan (hudud) sudah berada di bawah Perlembagaan Persekutuan, jadi perlu ada kajian semula jika nak membenarkan hudud diluluskan,” katanya. -TMI
Hanya orang bodoh bincang hudud di Malaysia, kata Nazri Aziz
Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".
Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.
"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Nazri berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.
"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?
"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.
"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."
Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.
"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.
"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat itu.
"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau Umno nak buat pun bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.
Tindakan PAS itu sekaligus menggoncang hubungan Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mendakwa Hadi memungkiri janjinya dalam mesyuarat PR apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen, kata Anthony Loke.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberikan komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan kepada mesyuarat berkenaan.
"Ini jelas dan bukti, pemberitahu usul ini diberikan, hari sama kerajaan Kelantan kemuka rang undang-undang.
"Tindakan Hadi langgar mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya, ketika mendedahkan sebahagian kandungan minit mesyuarat berkenaan.
"Ini sebahagian minit mesyuarat, ini janji yang diberikan Hadi."
Loke turut mendedahkan usul pemberitahuan bertarikh 18 Mac, sehari sebelum enakmen jenayah syariah di Kelantan di luluskan, yang diserahkan Hadi kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud. -TMI
ULASAN GB
Selepas membenarkan (mengarah?) ADUN-ADUN UMNO Kelantan menyokong Pindaan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan, kini Najib buat bodoh. Tak keluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai hudud walaupun dilaporkan sebelum ini oleh menteri MCA bahawa Najib, di dalam mesyuarat kabinet, telah menyatakan tidak bersetuju dengan hudud.
Selepas itu timbul satu demi satu kenyataan oleh menteri-menteri UMNO seperti di atas - bahawa hudud bertentangan dengan perlembagaan, oleh itu mustahil boleh dilaksanakan.
Oleh itu surat notis pemberitahuan yang dihantar oleh Presiden PAS, Haji Hadi meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud dibentang di Parlimen tidak akan mendapat sokongan. MP-MP dari parti bukan Islam tanpa mengira PR atau BN (DAP, MCA, Gerakan dll) sudah pasti tidak menyokongnya. PKR pula berpegang kepada pendirian Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan hudud bukan awaliyyat, UMNO sepastinya mengikut pendirian Najib... yang telah pun diketahui pendiriannya (melalui mesyuarat Kabinet) menolak hudud.
Jadi yang menyokong hanyalah MP-MP PAS sahaja....
Wal hasil balik asal. Akhirnya takda apa-apa. Isu hudud hanyalah satu perlecehan untuk menutup isu-isu 1MDB, GST, Jet peribadi dan lain-lain yang dihadapi oleh Najib...dan dalam masa yang sama Najib telah berjaya merosakkan hubungan PAS dengan parti-parti komponen PR.
Siapa bodoh? Tak betul GB cakap sebelum ini, ayam terlepas tangan bau tahi?
Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan... tetapi ulama-ulama PAS tak pernah mahu belajar dari ayat manzurah, hanya membaca dan menghafal ayat-ayat maqru'ah... disokong pula oleh pengikut-pengikut taksub yang berpernagai syaitaniah, bertempik memaki hamun, berkahak tuii tak tentu hala, dan mereka mendabik dada menyatakan "kami pro-ulama", "kami pejuang hudud", tapi bebalnya tak terkata...
Nak perjuangkan Islam, nak perjuangkan hudud, tapi tanpa ilmu di dada... hanya menggunakan nafsu semata-mata... akibatnya khianat, memaki hamun menjadi wasilahnya... takkan berjaya!
45 ulasan:
iye en admin.sedara amat betul sekali.tp,again,sudut pemikiran sedara masih dari sudut kepartian.x prnah mencapah & masih berkisar dari sudut pandang yg sama.kepartian.xpe.nasihat sy satu shj.capahkan minda.t.kasih.p/s,hrp sedara verofy comment sy ini.thanks
Strategi pas perak (bawah nizar bkn bawah razman) soal hudud nampak lebih bijak dan sesuai dgn keadaan realiti di malaysia ni.
bukan ayam terlpeas tangan bau tahi TAPI berak tak basuh tangan bau tahi.padan muka.Pas mempermainkan isu Hudud sehingga masyarakat kelamkabut sebab pemahaman yang tak cukup dan tidak ada penjelasaan yang lengkap kepada masyarakat tentng hukum hudud,adakah di seluruh kelantan di setiap masjid ada pelajaran fekah yang menerangkan hukum hudud? ada sekolah2 di Kelantan yang ajar bab Hudud ,bila ada masyarakat yang cuba bahas tentang huduh dituduhnya tak beriman,kan parah tu.Sekarang tugas ulamak Pas tolong ajar fekah di setiap surau dan masjid khusus bab HUDUD ,TOLONG
Anon 9.51pm
Sedara,permainkan mcmana tu pas dah buat?pemahaman yg macam mana lg yg sedara rase pas perlu buat?
Cuba tanye mane2 atuk2 atau org2 tue yg sedara kenal,semasa perlembagaan msia dibuat dulu ade ke penerangan secara detail yg dibuat smpi semua rakyat T.Melayu masa tu betul2 faham pasal undang2 british yg pd masa tu masih baru?sedara tau & fhm ke setiap hukuman bagi setiap kesalahan yg akn org buat pada masa skrg hingga anda katakan rakyat perlu difhmkan tntng hudud tp tidak untuk undang2 british yg kita guna skrg?so jgn nk cipta kesusahan kpd perkara yg dah jadi wajip.jgn kecikkan pemikiran.sekurang2nya pas dah ade niat utk buat,satu langkah sudah di ambil.ingat,sekurang2nya,SATU langkah dah diambil.bkn hanya menunggu hingga menunggu masa yg sesuai yang tak tahu bila?dah 50 tahun kita merdeka sedara.buka minda
utk tuan admin yg bijaksana,again,sy nk tanya ni,bila sbnrnya hudud perlu atau sesuai dibuat kalau bkn skrg?10 tahun lg?atau slps PR dh dapat putrajaya?sila jawab(kalaulah anda rasa hudud itu wajip bg umat islam tp belum sesuai lg dilaksanakan)
p/s Again sila verify & approve komen sy
Thanks,
Harrypotter
Tau tak kenapa Najib buat bodoh? Sebab dia memang bodoh piang. Kemudian pula dia kena tunggu keputusan Rosmah dulu baru dia boleh buat kenyataan.
Sdra Harrypotter
Saya dah tulis di dalam banyak ulasan-ulasan saya sebelum ini. Salah satunya:
"Itu sebab mengapa kita perlu prioritaskan perjangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman melalui Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hudud.
Dan sebab itu juga penting kita menguasa Putrajaya terlebih dahulu. Semua ajensi kerajaan sudah dapat dita kawal...sistem pendidikan pun kita kawal dan subjek hudud boleh diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan untuk menerangkan hudud dan kebaikan-kebaikannya. Sedikit demi sedikit nanti rakyat akan faham mengapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari mana-mana pihak hatta DAP sekaipun dapat kita kurangkan bila kita berjaya meyakinkan mereka Islam itu adil kepada semua.
Apa yang berlaku kini adalah disebaliknya. Timbul suara-suara pimpinan tertinggi PAS kata, hudud lebih penting dari Putrajaya, hudud lebih penting dari pakatan Rakyat dan seumpamanya macamlah UMNO 100% akan sokong hudud yang nak dibentangkan di Parlimen nanti...
Mereka yang hendak melaksanakan hudud sebelum rakyat dibangunkan dengan ciri kehidupan Islam adalah umpama orang yang turun berlari dari Bukit Uhud untuk merebut ghanimah, sedankan Islam belum betul-betul menang lagi. Akhirnya, musuh mengambil peluang merebut Bukit Uhud dan kemudian menghancurkan umat Islam yang berebut ghanimah itu. Bezanya ialah kalau di dalam Perang Uhud Rasulullah saw sendiri memerintah jangan turun dulu untuk merebut ghanimah, tetapi di dalam isu sekarang, pemimpin tertinggi PAS sendiri yang menyuruh turun rebut ghanimah!"
GB ..hamba sangat sangat bersetuju dengan ulasan dan pendapat tuan. SEBENARNYA UMNO nak merosakkan PAS dan PR. Nampaknya umno berjaya kali ini...rakyat terbanyak sekarang nampak parti PAS parti orang bahlol.
Aku mula menyokong PAS sejak 7 tahun lalu, tetapi aku cukup malu & kecewa melihat PAS begitu mudah dilembukan oleh UMNO & kini, UMNO pasti bersorak gembira kerana niat jahat untuk memecahbelahkan PR sudah mula terserlah kejayaannya. Ini semua disebabkan salah presiden & mursyidul am PAS sendiri yang nampak kurang arif dalam fiqh politik. Adalah lebih baik untuk pemimpin seperti ini berundur.
Yang menjadi mangsa adalah PAS. Asbabnya hanyalah EKJS Kelantan.
PAS benar-benar terjerumus dalam kancah ketidakpercayaan bukan sahaja dalam kalangan PR, malahan menjadi batu loncatan untuk UMNO/BN meraih sokongan.
Sekarang bukan EKJS yang diperkatakan atau dipertikaikan. Tetapi banyak hujah bersandar kepada realiti perlembagaan negara, msyarakat yang pelbagai dan sosio ekonomi rakyat.
Apakah PAS tidak berupaya melihat realiti atau terlalu yakin bahawa saat inilah masa terbaik untuk Kelantan membawa EKJS untuk diimplementasikan? Pertimabngan apakah yang diguna pakai? Nasihat siapakah yang didengari?
Malang lagi, bila berhadapan dengan tentangan sedemikian yang semakin terbuka, tidak pula didengari peranan JK bersama Hudud yang ditubuhkan untuk memberikan penjelasan. PAS juga yang terpaksa menjawab. Keadaan sedemikian, jelas menunjukkan bahawa penubuhan JK Bersama Hudud tidak ada fungsinya..yang terpapar sekarang PAS Kelantan yang membawa usul EKJS, MP PAS juga membawa usul ke parlimen. Akibatnya PAS tangunglah segalanya. Kemana peranan JK tersebut? Inilah yang dibangkitkan oleh Dato' Asraf Wajdi dalam tulisannya dalam UM, antaranya beliau sendiri mempersoalkan kenapa PAS mahu membentangkan usul EKJS ini secara tergesa-gesa.
Asas pertimbangan yang mungkin sebelah pihak, menjadikan musibah ini menimpa PAS. Kembalilah kepada ruang musyawarah, biar pun PAS Kelantan sebagai sebuah kerajaan...Hakikatnya PAS Pusat tetap berperanan menasihati dan membantu perjalanan dasar-dasar parti perlu dihormati.
Kenapa Asik salahkan umno kalau pas sendiri Tak pandai politik ?
Sama juga, kenapa Asik salahkan dap cina "kafir" kerana pas sendiri gagal buat hudu? Cina besar banyak kuasa besar ker?!?!?!?
Ini lar quality pas.
Salam....
Kebenaran mengatasi kebatilan...
Dewasa ini, Media sering meletakkan ISIS dalam berita...
Malas nk ulas lebih2...
UMNO, u aint that smart...
Nasiblah aku tak banyak duit....
Tringat kualiti kpimpinan ustaz fadhil noor rahimullah ktika pas brada d ambng kehancurn ini..
Kuatkan PR dulu pastikan BN kecundang dulu dlm PRU 14.....bila dh dpt kuasa pun x bleh lg laksana hudud sehingga rakyat semua telah difahamkn tentang hudud ini...bila dh penentangan tidak lg kedengaran laksanalh dgn persetujuan gabungan... Tok guru nik aziz memerintah kelantan selama 23 tahun ada tak tok guru kalamkabut nk laksanakn hudud walau pun itu adalah kewajipan umat islam...tok guru bleh lihat suasana politik semasa ketika itu klu dibawa pun menjadi sia2...tak pernah terlintas difikiran tok guru utk bekerjasama dgn umno walau pun umno menawarknya....sbb tu tok guru sehingga akhir hayatnya tidak mau lg bekerjasama dgn umno....lihatlah setelah ketiadaan tok guru semua jd berantakkan...terutama ahmad yaakob dan nik amar yg merosakkan segalanya......
Betul tu. PAS sudah terumbang-ambing sejak kehilangan TGNA & selama ini, Allahyarham adalah nadi PAS. Pengganti beliau dalam jawatan MB Kelantan & Mursyidul am PAS bukan calon yang layak.
KENYANG
Aku dah KENYANG
Asalkan aku dah betul2 KENYANG
Biar..biarlah dituduh BODOH, ayam lepas tangan bau TAHI, dan tuduh ler apa pon janji aku dah KENYANG KENYANG KENYANG & sgt KENYANG, aku peduli apa dgn lu org punya cakap2 tu smua he he he!
Gua dah betul2 KENYANG
Yg penting gua mahu betul2 REHAT
Gua mahu betul2 REHAT ddlm-GELAP
Sbb itu gua mahu REHAT dgn BN
Biar..biar PR & Pas kalah gua REDHA
Biar rkyat mampos dzalimi gua REDHA
Biar BN rompak kojol rkyt gua REDHA
Asal BN menang gua selamat dlm-GELAP itulah matlamat REDHA gua
Seandainya
Seandainya PR/pakatan MENANG
Jika PR kePutra Jaya gua sgt BAHAYA
Kuasa RAKYAT kuasa KERAMAT
CAHAYA "marhaein" akan mnyuloh TERANG kemuka gua..Ohh! sgt2 BAHAYA
Gua dlm GELAP, gua TAK mahu CAHAYA
Ohh! Tolong2! biarkan gua ddlm GELAP utk selama2nya, sbb itulah FITNAH & apa shj IDEA2 hina lg JIJIK yg memang BEBAL & tolol sanggup gua lakukan!
Gua dah pusing2
Gua dah dolak-dalik
Gua siap u-turn
Gua auta FITNAH
Gua saje2 PONTENG
Gua khianat langgar JANJI
& mcm2 lg gua sggup buat!
Takkan itu smua lu org maseh BODOH buta tak nampak2! kah kah kah!
Gua tahu hanya BN shj boleh tolong gua yg sgt KENYANG ini berehat ddlm tempat yg GELAP
Sbb itu gua dah TAK kesah RAKYAT kena tindas bagai nak mampos
GST ke? Hutang ratus billion ke? PTPTN ke? Ringgit mrudum ke? Gua sikitpon dah tak ambik pot sbb gua pon dah tumpang semangkok!
Yg penting BN suruh gua cakap HUDUD gua pon ikut..janji gua & BN sama2 KENYANG rehat selamat ddlm GELAP
Klu boleh biarlah sampai hari kiamat!
Asalkan gua selamat ddlm GELAP
Dah nampak ke belum!?
komen teman ringkas je...orang awam kebanyakannya Kurang iLMu. selain kurang cerdik, orang awam juga kurang terdidik.
Al Hamdulillah, Bagus juga masalah ini jadi dari sekarang dah nampak jelas apa akan jadi kalau pun PR menang dalam PRU14...
HUDUD tetap tak akan terlaksana sekiranya PAS masih bersama PR....
kawan² PR PAS sentiasa tidak akan menyokong PAS dalam isu HUDUD... Akhirnya PAS akan berjuang SENDIRIAN juga....
semoga Ulama' sentiasa di bimbing ALLAH hendaknya...
Mereka yang berhujah - tak payah tunggu semua orang faham untuk laksanakan hudud, sepertimana British buat sewaktu laksanakan undang2 mereka - masih perlu merenung jauh & memahami politik Islam.
Kita nak buat hudud untuk mendapat keredaan Allah, bukan nak ikut British, so hati2 kalau nak guna hujah ini. British gunakan "kuasa" sahaja untuk kuat kuasakan peraturan mereka, sedangkan Islam menganjurkan kaedahnya tersendiri.
Bila ulamak tersohor seperti Al-Qardawi dan juga ulamak2 lain memberi nasihat, fikirkanlah. Tidak ada manusia mukmin yang akan menidakkan hudud, tetapi akan ramai tersilap langkah (kerana tidak pandai sepak terajang politik semasa, contoh: senang2 percaya UMNO tiba2 jadi komited dengan Islam ) dalam keghairahan nak berhudud.
Terbaik dari KGB..saya amat setuju pernyataan tuan!
Kini PAS menang sorak je kampong dah nak tergadai, padan muka!
Salam saudara-saudari semua. Kita semua hendak ke Syurga. Kita semua hendak melaksanakan perintah Allah. Yang berbeza cuma ijtihad kita tentang jalan yang hendak dipilih. Ada yang rasa Hudud perlu diserodok sekarang; ada yang rasa perbincangan dan penerangan masih belum mencukupi - dan ia akan lebih berkesan dilakukan selepas kita sampai di Putrajaya.
Sekarang nasi nak hampir hendak menjadi bubur. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran. Elok lah kita semua beristifar dan duduk semeja untuk merancang masa depan.
Jangan sampai UMNO beraya sakan memerintah 20 tahun lagi.
halangan terakhir hudud Kelantan ialah sultan2. dlm perlembagaan sultan adalah ketua agama. semua sultan2 kena setuju kalau nak laksana hudud. kalau sultan Kelantan setuju tp sultan2 lain tak setuju, tetap gagal.
Ada rahmat disebalik apa yang berlaku. MAri kita berfikir.
Isu hudud ni sebenarnya mudah sahaja, tapi dipayahkan sebab nafsu... sepatutnya ulama2 pas mengambil inisiatif melaksanakan perkara ini IBARAT MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG, RAMBUT JANGAN PUTUS, TEPUNG JANGAN BERSELERAK. BELAKANG PARANG LAMA-LAMA DIASAH AKAN MENJADI TAJAM. TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
Isu sebenar masalah hudud ini adalah MASA, USAHA & DAKWAH. Ada PAS buat usaha dakwah untuk perkenalkan hudud pada rakyat... ADA TAPI AMAT KURANG, ada PAS berusaha... ada tapi terhenti ditengah jalan selepas Dr M bantah, yang sepatutnya dikaji oleh PAS sehingga siap sebagai draf untuk pembentang parlimen pada masa yang sesuai. MASA sepatutnya semua pihak di dalam PAS tidak terburu-buru, hudud ditekad di dalam diri PAS walau 100 tahun.... sehingga muncul masa yang sesuai setelah hasil dakwah dan usaha telah menampakkan hasil. DI SINILAH KEKAGUMAN SAYA KEPADA STRATEGI EDROGAN DI TURKI, BELIAU SABAR DAN DILAKSANA SECARA PERLAHAN-LAHAN.
Sekarang tau tak kenapa DAP tak sokong HUDUD? Aku dah kata dah, DAP tak sokong HUDUD bukan kerana ianya HUDUD tapi sebab ianya tak selari dengan PERLEMBAGAAN.
DAP tu dah cuba dah, berlembut dengan PAS tapi nak buat macam mana? Bak kata pepatah orang tua-tua, CERDIK tak boleh diTUMPANG, BODOH tak boleh diAJAR. Asyik dok masuk perangkap puak munafikun tu.
Kalau DAP tu benar-benar BENCI ISLAM, kenapa dia mempunyai ahli-ahlinya yang ISLAM malahan MP pulak tu? Muhasabah dirilah wahai pemimpin PAS. Selagi diri kita ni manusia, setinggi mana ilmu kita, kita masih tetap manusia. Cubalah amal resmi PADI. LAGI BERISI LAGI TUNDUK dan jangan ikut resmi LALANG, MAKIN KOSONG MAKIN TEGAK.
PAS tak salah penyokong PAS tak salah bah pengundi yang menyokong PAS pun tak silap memilih dan memangkah pemimpin dan calun dari PAS tapi yang salah semuanya itu ialah pemimpin dan AjK PAS yang bongkak dan ulama yang mengaku maksum dari segala kesalahan .
Sampai bila pun hudud tidak sesuai dan di sesuaikan di Malaysia. Konon tidak selari Perlembagaan.
Isu hudud :-
1. Yang kerap buat "surprise" ada lah Pas sendiri. Bukan Hj Hadi buta undang-undang, malah beliau lebih pintar dari anda sangkakan. Kenapa salahkan Umno. Kes Selangor, Umno cuba membantu juga, siapa yang mendongak ?
2. Realiti nya Pas tetap menganggap Umno sebagai musuh. Ia tidak akan berubah selagi permainan politik "telur menelur." Ingat apa amanat arwah Nik Aziz? Realiti nya juga Pas tidak akan keluar kepompong. Sekurang-kurang nya untuk hudud, sudah sampai ke Parlimen. Ok lah, langkah pertama untuk Kelantan. Mana lebih bahaya ? Politik PR atu Umno..he..he.. Siapa mahu mengaku berak tengah jalan, betul tak ? Umpama greenboc membenci Hj Hadi, tentu sahaja bersebab tetapi tidak berdiri di alam realiti !
Kami mengkritik semua pemimpin Umno yang punya perilaku "kureng" dan dari para menteri sendiri, mereka menilai positif dan negatif dan memperbetulkan. Lain nya terserah mereka.
Mungkin Hj Hadi tidak boleh di tegur. Apa lagi suku sakat Dap dan Pkr. Politik tenyeh, menenyeh apabila isu hudud di timbulkan. Bukan apa Hj Hadi oun sudah fedup, asyik kena tenyeh je ! Pelik nya Umno juga yang di salahkan. Bukankah Umno sudah sokong ? Lain nya hanya " cara tukar gear Pas " sahaja. Betul tak ?
Nasihat saya, buang segala kuman dan ulat di kepala. Nanti Putrajaya bukan milik anda juga kerana janji LKYew tetap akan bangkit dari kubur nya, membantu suku sakat nya di Malaysia, berbeza dari apa greenboc impikan....Lagi nya layakkah Putrajaya ? Suatu masa dulu Tun M di henyak semahu nya apabila Putrajaya di bangunkan ? Tidak malu ke bila sebut Putrajaya ? He..he..
Kalau UMNO sokong hudud, sudah lama ia dilaksanakan. Sudah berapa lama UMNO memerintah negara?
Ahli-ahli PAS termasuk Greenboc saya rasa, berhak mengkritik Hj Hadi yang diketahui sebelum ini pernah mewarwarkan gagasan UG. Apatah lagi sendiri mutakhir ini bertindak membelakangi keputusan-keputusan Majlis presiden PR.
UMNO boleh ambil Haji Hadi jika mahu.
Sebelum terhantuk dan sebelum jatuh tertiarap membaham bumi..adakah pas sudah fikirkan perkara ini sebelum untuk menegakkan hudud????????
1. PERLEMBAGAAN
2. RAJA RAJA MELAYU.
salah sebenarnya bukan pas yang kena main tapi ini lah masa nya untuk pas kenali kawan sahabat atau musuh dlam selimut dan munafik yang selama ini dianggap sahabat dan keluarga... sebab apa pas bukan taktau perangai umno dari dulu lagi tapi apa yng paling pas takut perangai musuh dalam selimut dan keputusan pas berkwan dgn pkr dan dap dan ada ahli yg khianat atau tak. sekarang sorg2 dah keluar dan pkr dan dap pun dah tunjuk perangai mereka sebnar,... begitu juga ahli2 yg khianat ini... maka pas dalam pemilihan dah tau nk pilih sia[a dan bersihkan siapa...hehehe
DLM al Quran d hadis Ada tak cerita pasal hudud ni .kalau Ada kenapa nak tentang . org kafir memang tak setuju dgn Islam ni . Dari awal lgi.kepentingan dunia aja.
Setiap yang berlaku itu adalah pelajaran dan pengajaran buat hambaNya.
2. Hamba dapat rasakan Allah memberi kita petunjuk jelas yang perlaksanaan hudud ini bukan boleh dibuat sembrono.
3.Apa yang Rasulullah SAW lalui dalam sirah Baginda sepatutnya kita jdkan case study.
4.Kerja dakwah masih banyak yang perlu dibuat, especially pd melayu Islam yang masih goyah aqidah dan akhlaq. PAS boleh bersama NGO lain dalam usaha ini.
5.Tunjukan Islam tu the way of life dulu nescaya bukan sekadar hudud Allah saja, malah berbondong bondong yg akn terima Islam. PAS mungkin boleh menyambung apa yang Allahyarham TGNA tinggalkan. Beliau berjaya membawa Islam ke dalam masyarakat khususnya diKelantan. Mungkin boleh perkasakan bidang akademik yang lebih Islamik serta arah tuju umpamanya.
6.Islam bukan agama paksaan. Ramai dalam PAS yang tidak meletakan asas dakwah dalam politik mereka sedangkan inilah sunah terbesar yg Rasulullah SAW tinggalkn.
Wallahualam.
Kenapa banyak ahli PAs yang terkeliru antara menentang dengan memberi cadangan supaya perlaksanaannya lebih tersusun dan terbaik. Biar lambat laksana tapi mendapat persetujuan semua ulamak2 di Malaysia.
Adakah PAS akan dipatuk ular yg sama dlm lubang yg sama 2 kali?
Saudara maae,
Memang tak dinafikan bahawa TGHH tahu undang-undang (pada pandangan maae). Orang bukan tahu apa yang terletak di dalam otaknya tapi tindakannya menunjukkan sebalikynya termasuklah kau.
Kalau tak mampu menguasai 2/3 Parlimen, lupakan sahaja hasrat itu. Kepincangan yang dok ada pada hari ini pun PAS tak mampu nak mentarbiah UMNO. Ini pulak HUDUD. Sedar tak bahawa ramai yang putus tangan tu geng UMNO. Mungkinkah depa begitu cerdik meletakkan tapak tangan depa untuk hang tetak?
Dok kiatkan DAP dengan Lee Kuan Yew. Lee dah mati pun masih menjadi sasaran hang. Di sini pun dah nampak hang tak cerdik. Dok pertikaikan orang yang dah mati.
DAP dah cuba untuk menghalang PAS daripada menunjukkan "KEBODOHAN" depa tapi buat macam mana, kulit lebih penting daripada agama.
Lagi lama aku membaca komen-komen, aku dapati depa yang dok komen setuju dengan PAS tu lebih kepada perkauman. Melayu bukan BODOH tapi bila terkena tipu oleh UMNO, maka MELAYU memang bukan sahaja nampak BODOH tapi memang BODOH.
Macamana UMNO tak di salahkan mereka pun sama 'bodoh' macam Nazri cakap Jadi Wakil Rakyat tapi tak tahu Perlembangaan.
Yang PAS Kelantan pun sama 'bodoh' macam Nazri cakap sebab dah tahu kesudahannya gagal redah jugak Asalkan langkah pertama dah sampai parlimen kira bagus Macam tu Tiap tiap penggal bentang lah hudud Janji sampai Parlimen
Tajuk artikel ini ialah pasal KJ Pasal Nazri Pasal Menteri yang kata tak boleh Peliknya dia orang tak kena bantai pun kat sini Kita yang sama nada dengan KJ Nazri dan Menteri yang di tuduh di kutuk !
UMNO macam di kecuali pulak kalau tak sokong hudud
Tak salah pun semua MP Islam sokong hudud di Parlimen Semua tahu gagal jugak Oleh itu PAS dan anon yang kata ada usaha bawak hudud mintalah semua MP Islam sokong sebab gagal tetap gagal tapi kita semua ada usaha dan terlepas dari dosa
Berani tak UMNO bagitahu MCA MIC 'jangan takut Kalau semua UMNO sokong hudud pun tak boleh buat hudud' Jangan mimpi lah MAC MIC nak benarkan
Dalam isu MB Selangor, pemimpin-peminpin PAS bukan main pandai bersilat dengan membangkitkan Perlembagaan dan menggunakan nama sultan. Na......kali ini dalam isu HUDUD di Kelantan, sudah kah PAS membaca dulu Perlembagaan dan juga mendapat persetujuan daripada sultan ?
Sekarang, jadi buah mulut menteri UMNO bahawa pemimpin PAS bodoh tak faham Perlembagaan.
isunya:
1. Kenapa kerajaan PAS Terengganu Dan Kedah hanya sepenggal- negeri msjority Melayu.
2. Kerajaan PAS Kelantan lemah longlai...adakah pentadbirannya Bercirikan Islam sepenuhnya?
3. Kalau negeri majority Melayu tolak PAS.......bagaimana orang bukan Islam boleh menerima PAS?
4.Kalau bukan Islam Tak terima PAS...bagaimana org bukan Islam boleh terima Hudud?
conclusion: Kslau PAS not worthy to govern.....how do you expect people to accept what they hawk around????
PROVE YOUR WORTH FIRST AND
PEOPLE WILL FOLLOW.
letih la main dgn wala totok nih
Pas mana boleh laksana hudud kalau tak perintah Malaysia, nampaknya ulamak Pas tak cerdik...
Harrypotter.. aku amik point ko blk.. undang2 british tu diperkenal oleh sapa? Dan sapa plak yg berkuasa utk perkenalkn undang2 tu? So pandai2 la rebut kuasa dulu br bleh buh undang2 ikut kehendak penguasa yg baru.. ko igt krajaan islam melayu mlaka dulu undang2 apa diorg pki? Portugis n British masuk habisla kene overrule..
hudud dilaksanakan dinegeri kelatan dan yg beragama islam!!! xada kena mengena di negeri kamu xde kena mengena dengan orang bukan islam atas dasar apa kamu nak menolak hudud ? islam? dah tentula bukan tapi nk jaga hati kaum cina kan ...betul x? xpayah nak bedolak dalih bagi alasan yg x diterima pakai kami orang pas takkan sesekali undi pkr dan dap lagi . kamu bukan pejuang agama tapi pejuang kedudukan pangkat dan harta ..baru hudud mahu dilaksanakan kamu dah tentang habis habisan . . kalau dah dapat putrajaya rasanya masjid pun belum tentu dpat sembahyg..
Ni sorg lg baghal.. dakwah pon x reti nk ckp psl hudud n x memasal tuduh org mcm2.. ko igt islam tu hak milik mlayu je kah? Ko igt ko x kene hisab ke bile ko gagal sebarkan agama yg syumul ni? Nabi sebar dakwah kt org quraisy je ke?
Berhati hati, dap komen pas, kena tuduh Balik "Hina".
Kalau tak ada mengena laksana lah terus
Tak payah bawa ke parlimen
Kat Kelantan DAP bertanding ke?? Jangan jadi macam presiden kaki auta
Minta beri penjelasan hudud Kenapa 100 kali rotan dan 2 tahun penjara ?? Tak cukup ke dengan merotan sahaja ?
pas dah buat apa yg termampu untuk menegakkan hudud. kalau nak dibandingkan dgn umno yg dah lebih 50 tahun memerintah, tak pernah berniat nak buat hudud. apatah lg nak sebut hudud dalam parlimen. setakat nak cerita ttg pembangunan, cina keparat kat selatan tu buat lbh baik drpd umno untuk bangunkan negara mereka. org yg berniat nak pergi menunaikan haji dgn org yg tak pernah langsung terfikir nak pergi haji berbeza disisi Allah. sama ada pas ikhlas atau tak untuk laksanakan hudud, bukan urusan kita untuk menilai keikhlasan mereka. Allah yg akan tentukan amal perbuatan mereka. jadi tolong jgn komen apa-apa tentang urusan Allah. kita buat apa yg Allah perintahkan dan tinggal apa yg dilarangNya. ahli-ahli parlimen yg beragama Islam boleh mengundi menyokong atau menolak. kami rakyat marhaen ni jg nak tengok siapa yg menyokong dan siapa yg menolak sbb kami taknsk bersubahat dgn ahli parlimen yg munafik.
shawn, pasal apa pertikai niat dan amalan orang lain pulak? Allah suruh jaga amal dan niat seendiri, bukan amal dan niat orang lain. Setengah komen anda sebenarnya bercanggah antara satu sama lain. Islam bukan hidup kerana pas, Islam sememangnya mulia dan Allah yang memelihara dan begitu mudah untuk memeliharanya. Jangan hanya pandai berkomen tapi membenci sesama muslim. Rasakan kewujudan Allah, maka hati akan tenang.
Catat Ulasan