6 Feb 2011

Dia Tu Professorkah?

Hanya mahu debat dengan orang yang bertauliah: Nik Aziz

TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan beliau sedia berdebat mengenai Islam dengan sesiapa saja tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.

Nik Abdul Aziz lantas mempersoalkan kedudukan dan kredibiliti Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Nor menyatakan kegembiraannya kerana Nik Aziz menyahut cabarannya itu dan akan menghantar surat bagi tujuan itu dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai kenyataan Mohd Noor itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ia digalakkan asalkan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai "orang tengah".

“Saya sedia berdebat dengan sesiapa sahaja, asalkan mereka mempunyai tauliah dan ada kedudukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Al-At’am, di Dataran Pasir Pekan, dekat sini hari ini.

Katanya, isu perdebatan mengenai agama dengan ulama termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri sudah lama ditimbulkan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.

Beliau juga bersetuju suatu kaedah berkesan dicari bagi mengelakkan ia menimbulkan kesan buruk hasil perdebatan itu.

“Bagaimanapun, saya mahu kaedah perdebatan itu dibuat secara terbuka...bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan jelas mengenai topik yang menjadi persoalan," katanya. - BERNAMA


Tidak timbul sedia debat dengan Mohd Nor

KOTA BHARU, 6 Feb: Pejabat Menteri Besar Kelantan menjelaskan, tidak timbul langsung soal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedia berdebat dengan Mohd Nor Idris sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah media di sini.

Ini kerana, apa yang Nik Aziz kata adalah beliau sedia berdialog atau berbincang dengan Majlis Faktwa Kebangsaan bukannya berdebat dengan Mohd Nor yang tidak mempunyai sebarang jawatan yang boleh menggubal dasar kerajaan.

Penjelasan ini dibuat oleh Setiausaha Akhbar MB, Ahmad Fadzil Shaari ekoran laporan muka depan Sinar edisi Kelantan yang memaparkan kesediaan Nik Aziz berdebat dengan Mohd Nor.

"Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah.

"Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti," kata Fadli dalam kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011 lalu menyiarkan di muka depannya berita bertajuk “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”

Bagi Fadli, laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru.

"Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali," katanya. -harakahdaily


Ulasan GB

Bila masa Mohd Noor Deris tu jadi Professor?

Media UMNO seperti Bernama ni asalkan boleh jer. Asalkan sesiapa saja asalkan orang UMNO, agaknya orang terencat akal pun akan dilambungnya tinggi-tinggi diletakkan pangkat professor.

Serupalah Ketua Pembangkang kat Selangor, Wak Satim Diman, tiba-tiba ada PhD. jadi Dr. Satim.

Kes menantu Rosmah yang bernama Fazley pun pakai PhD. Kantoi juga.


1 ulasan:

ASRIDOC berkata...

SDR GB, SAYA PUN SANGSI DENGAN TITLE PROFESSOR MOHD NOOR YANG SEORANG NI. SAYA DAH CUBA GOOGLE TAPI NEGATIF. KALAU ADA INFO MINTA SDRA SEBARKAN.