7 Feb 2011

PAS Tak Bertanding Di Merlimau? Karut!

PAS dipercayai tidak mahu bersaing di DUN Merlimau

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

“Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum,” kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.

Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.

Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.

“Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding,” kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Perkara itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat petang ini.

Biro politik PAS akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.

The Malaysian Insider isu tersebut akan disentuh dalam kedua-dua mesyuarat itu.

Dipercayai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Merlimau menyokong idea itu.

Seorang lagi pemimpin PAS berkata parti itu perlu membuat keputusan itu sebelum memujuk rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat mengambil langkah yang sama.

“Masalahnya ialah PKR dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Akin yang berminat mahu bertanding, akan ada kesan dalaman lebih buruk jika PKR bertanding,” katanya dengan merujuk kepada persefahaman ketika pilihan raya umum 2008 di mana Shamsul tidak bertanding di Jasin tetapi memilih kerusi Dungun di Terengganu.

Bahagian Parlimen Jasin mempunyai lima DUN di mana BN menang kesemuanya pada 8 Mac 2008.

PKR juga menunjukkan minat ke atas Merlimau agar boleh ditandingi oleh Shamsul. -TMI


Petikan dari:

Melawat medan tempur politik di Merlimau
Oleh Zulkifli Sulong

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya. -petikan dari harakahdaily


Ulasan GB

Jika benar seperti dilaporkan ada pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di Merlimau, ia adalah sesuatu yang karut.

Pertama, tugas PAS selain dari untuk bertanding di dalam pilihanraya, ada tugas yang lebih penting dari itu iaitu menyampaikan mesej dakwah.

Kedua, Merlimau kubu kuat BN? Tidak ada pun di Malaysia ini yang boleh menjadi kubu kuat BN yang tidak boleh ditembusi oleh parti lain. Johor satu ketika dianggapkan kubu kuat UMNO BN sehingga ridak ada satu parti lain selain UMNO BN yang boleh memenanginya. Tetapi senario kini sudah menamatkan khurafat itu.

Ketiga, perbelanjaan besar untuk pilihanraya? Ia bukan ditanggung oleh pimpinan semata-mata tetapi oleh ahli-ahli akar umbi PAS yang selama ini menegakkan parti melalui sumbangan-sumbangan dan derma-derma. Bukan datang dari kocek pimpinan kanan seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi PAS adalah milik jemaah.

Keempat, hanya yang bermentaliti lemah seperti Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily yang meletakkan "tidak bertanding" sebagai satu alternatif yang ada bagi PAS. Bagi yang berjiwa besar, sekalipun penuh onak dan ranjau, katakan kepada mereka "PAS BOLEH"!

Kelima, tidak ada umat Islam di zaman Rasulullah menyatakan tidak mahu ke medan perang apabila diseru berbuat demikian. Berjuang atau mati syahid. Anihnya seorang ketua media PAS sendiri tergamak mengutarakan alternatif-alternatif yang tidak berpaksi kepada kebenaran dan roh Islami.

Keenam, Bukit Talam? Keadaannya berbeza kerana kita itu, Pakatan Rakyat belum terbentuk. Barisan Alternatif ketika itu belum mantap untuk berdepan dengan jentera BN.

Banyak lagi hujjah yang boleh GB kemukakan. Tetapi GB yakin tulisan yang keluar di dalam TheMalaysian Insider di atas hanya rekaan penulisnya dan bukan zahir dari mulut pemimpin kanan parti seperti yang didakwa.

Biar sekalipun PAS tewas, dakwah MESTI dilaksanakan dan PAS perlu bertanding DEMI Islam. Berjuang dan berusaha dengan sehabis-habisnya, kalah menang di tangan Tuhan! Itu semboyan kita.



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat harus bijak membuat percaturan,pilih yang tidak kaki belot pada rakyat yang memberi kemenangan untok mewakili warga merlimau.

Edyes berkata...

kalah atau menang dalam peperangan menentang BN ini bukan soalnya... apa yang penting ialah PERJUANGAN !!

Tanpa Nama berkata...

hujah ko yg lain mungkin bole diterima tapi tang duit tu, aku kurang setuju skit.

btol, duit yg akan dibelanjakan dlm pilihanraya adalah sebahagian besarnya duit rakyat yg bagi derma tapi dgn strategi dan kajian para pemimpin, ianya perlu difikirkan adakah perbelanjaan duit yg banyak itu akan berbaloi atau sekadar membazir padahal ianya bole digunakan sebagai persediaan utk PRU 13 yg mungkin lagi banyak memerlukan duit.

Jadi kita kena dahulukan yg lebih penting walaupun kedua-duanya penting..ke tak begitu wahai GB?

Kita kena berhemah...jgn main redah aje nak lawan..

Unknown berkata...

Anon 6:06

Kena tahu di dalam Islam, tiada apa yang dikatakan pilihanraya kecil, pilihanraya umum - perang kecil atau perang besar, dakwah tidak bergantung semata-mata nak menang.

Orangramai memberi sumbangan kepada PAS untuk PAS berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan TANPA kira masa atau tempat.

Main redah? - tiada di dalam kamus Islam. Tetapi bukan terus ambil tindakan memberikan kemenangan kepada musuh. Tak pernah dilakukan Rasulullah.

Dapat duit, kena berhemat tetapi bukan simpan kononnya untuk PRU13. Bila masa hendak tahu bila PRU13 itu?

Tanpa Nama berkata...

Inilah masalah orang-orang PAS. Orang UMNO/BN ok je apa yang pemimpin mereka putuskan. Kalau tak setuju pun mereka tidak berhebohan dan bercakaran dalam media. Sebab mereka tahu akan kesan negatifnya. Guna akai lah bro. JAngan semangat je berapi. Nabi gi perang pun bukan semberono meranduk tak tentu hala je.

hussin berkata...

anon 6:06,

terakhir n27 merlimau melalui pr ialah pada pru12, 308.

prk pada 306 dapat mengukur:

1) sejauh mana kejayaan engagement pas dengan para pengundi merlimau dalam jangka masa 3 tahun?

2) keberkesanan engagement yang dilaksanakan dalam masa 3 tahun?

3) kekuatan dan kelemahan program engagement yang telah dilaksanakan?

4) apakah masa 3 tahun selepas 308 dipergunakan sepenuhnya oleh pas untuk 'memperkasakan' parti?

5) adakah ia seiring dengan program 'pas ganti umno'?

keputusan prk 306 n27 merlimau akan menjawab soalan2 di atas. ia juga merupakan gerak kerja awal pru 13 bagi n27 merlimau. ia bukan kerja sia2 seperti yang dilakukan beberapa kerat pemimpin selepas pru12 sehingga masa untuk memperkasakan parti disia2kan! 3 tahun bukanlah satu waktu yang pendek. malah pru boleh diadakan dalam masa 3 tahun!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa yang penting jika KALAH PRK jangan nak salahkan parti PKR atau DAP atau yg sewaktu dengannya. Pas jgn ingat boleh menang tanpa PKR & DAP. Jika PAS yakin boleh bersendiri untuk menang tanpa PKR & DAP...saya sebagai wakil rakyat yg tak berparti PASTI PRU13 Kelantan akan jatuh pada tangan BN. Pastikan Pakatan rakyat yg tercipta tak dimusnahkan oleh BN lahanat!!!