21 Jan 2011

Satim Diman Guna PhD Palsu?

Ijazah PhD Satim Diman diragui

Satim perlu menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

PETALING JAYA: Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor meragui kesahihan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman (gambar) yang juga Adun Seri Serdang memperoleh sijil penganugerahan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) yang membawa gelaran Dr.

Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari yang meraguinya menggesa Satim menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Selain mendesak agar mengumumkan kepada rakyat bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan PhD tersebut, Dr Yaakob juga menggesa Satim supaya mengisytiharkan taraf pendidikannya bermula daripada ijazah pertama, sarjana sehinggalah kepada doktor falsafah.

“Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di beberapa masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik berkata hal ini membimbangkan kerana ramai masyarakat sekarang sanggup membeli PhD melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan.

Katanya, perbuatan membeli PhD itu merupakan sebagai satu jenayah sekaligus merendahkan martabat universiti dan menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada dunia akademik.

Beliau turut menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus pengajian yang berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara. -FMT


Ulasan GB

Beberapa kes yang melibat orang ternama menggunakan PhD palsu semakin menjadi-jadi. Beberapa bulan lepas, dikejutkan dengan pendedahan Fazley, Menantu Rosmah Miliki Ijazah MBA & PhD Palsu.

GB masih ingat di suatu masa seorang Datuk Bandar bernama Datuk Elyas Omar yang menggunakan "Dr." dipangkal namanya sedangkan beliau bukan seorang pemegang Ph D ataupun seorang bekas pelajar perubatan.

Akhirnya terbongkar, memang sahih beliau tidak ada ijazah berkenaan, maka diarahkan beliau menanggalkan gelaran itu daripada namanya. Mujur ada pangkat Datuk, jadi ramai tak perasan mengenai ketiadaan sebutan Dr lagi pada namanya. .


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satim sebelum terlibat sepenuh masa dalam politik pernah menjadi kerani di UPM. Dia melihat kiri dan kanannya,ramai pensyarah di Universiti tersebut ada Ph.D. Dia yang bekekerja sebagai kerani yang belajar setakat SPM, bercita-cita mahu memiliki Ijazah Ph.D. Tanpa belajar Ijazah pertama dan kedua, dia membeli ijazah dari Universiti dekat internet yang terkenal sebagai 'Diploma Mill'.

Ini telah saya ketahui semasa saya belajar di UPM peringkat sarjana.

Dan untuk pengetahuan tuan, tidak semua universiti yang tulin diiktiraf oleh Lan atau JPA. Begitu juga dengan keadaan di Malaysia, tak semua Universiti tempatan diberi akediditasi oleh Universiti diluar negara. Oleh kerana itu dalam isu ini adalah dicadangkan supaya kerajaan Selangor mengetahui Ph.D yang dimiliki oleh Satim datang dari Universiti mana. Lepas itu goggle kat internet. Mudah untuk diketahui samada Universiti yang menganugerahkan Ph.D kepada beliau adalah dikeluarkan oleh Universiti yang menjual ijazah dengan harga serendah 99 us dollar atau Universiti yang benar ujud tetapi tak diberi akreditasi oleh mana-mana badan Professional atau kerajaan US atau Eropah.

Satim memang terkenal sebagai kerani mangkuk ayun semasa di UPM dulu.

Bekas pelajar UPM peringkat Masters.

fiQ berkata...

hahahaha! kantoi bodo mamat ni. pdn muke! dah xpndai xseda dri.blagak pndai. lps ni try cek khir toyo plk.ntah2 fake jgk

wak marijan berkata...

Wak Satimm jangan malu menegakkan kebenaran. Kalau tak betul, mohon maaf atas kesilapan diri sendiri. Tak apa sekurang-kurangnya orang masih hormat kita kerana masih mahu jujur walaupun di penghujung. Kalau Phd tu betul, haa naiklah saham wak tu !

.....pengundi wak

Tanpa Nama berkata...

Satim dan org UMNO memang ada PHD, nak nak bila Pakatan Rakyat memerintah Selangor. PHD (Perasaan Hasad Dengki) yg dia perolehi memang tak akan hilang pada dirinya kerana dia ingat rakyat mudah diperbodohkan mcm ahli bawahan umno yg sering diperbodohkan oleh pemimpinnya. Sory beb!!!

Tanpa Nama berkata...

Ha tunjukkanlah kehebatan kita Datuk. Transkrip tak mahal, zaman saya di ITM dulu baru dua ringgit sahaja, pun zaman anak saya setelah lebih empat-puluh tahun baru lima ringgit. Di USA kami dapat free bila daftar nama untuk graduation.

Ya tak ya apalah orang PR ni, tak kan Sarjana, Phd tak ada transkrip. Tak caya tengoklah gambar lama saya depan library, dan depan bangunan Admin ini. Masih ada lagi gambar saya musim sejuk bawa bag belakang macam askar.

Tunjukkan saja Datuk, baru dia tahu sapa kita. Kalau tidak, malu saya dengan kawan sebab selalu puji Datuk, kat masjid pulak tu.

zuraimi berkata...

satu lagi kangkong (ambil istilah tukat tiub) ditemui...wakakkaka