19 Feb 2010

Polis Berat Sebelah Tangani Demo Anti Australia

Gabungan mahasiswa bantah e-undi (Bantah) hari ini mengecam sekeras-kerasnya sikap berat sebelah polis berhubung isu perhimpunan haram yang diterajui menantu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin dan lain-lain pimpinan BN, Umno, di hadapan Kedutaan Australia baru-baru ini.

"Kami kecam sikap polis yang pilih bulu dalam menangani perhimpunan aman di negara ini. Kami kesal apabila polis bertindak mengikut kepentingan tertentu," kata Mohd Aizat Mohd Salleh dalam suatu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap polis yang menahan sembilan mahasiswa yang melakukan perhimpunan aman ketika menuntut ketelusan amalan demokrasi kampus di Kuala Lumpur dalam kejadian lalu atas alasan mengganggu lalu lintas dan ketenteraman awam.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin hari ini mengetuai lebih 500 ahli Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan dan para penulis blog untuk berhimpun di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur, semalam bagi membantah campur tangan 50 ahli Parlimen Australia dalam sistem perundangan negara.

Turut serta dalam perhimpunan tanpa permit itu adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

"Dalam demonstrasi anjuran Pemuda Umno di Kedutaan Australia semalam, tiada apa-apa tindakan pun yang diambil oleh walaupun tidak memohon permit daripada pihak polis.

"Apakah polis hanya alat kepada parti pemerintah? Jika ini berlaku, maka Malaysia menjadi negara autokrasi dan polis adalah alat digunakan dalam menangani hal-hal yang memenuhi hasrat parti pemerintah," kata Mohd Aizat lagi.

Polis, kata beliau, sepatutnya menjadi kelompok profesional dalam semua perkara, menjadi pelindung rakyat, dan golongan dipercayai rakyat, bukan sebaliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, kelmarin, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia itu berada dalam keadaan terkawal.

Tambah beliau, kesemua wakil pertubuhan yang menyerahkan memorandum hari ini tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu.

"Namun, tiada insiden yang luar biasa berlaku sepanjang perhimpunan kali ini dan polis tidak menahan mana-mana individu," katanya. -erapakatan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, teringat kuliah subuh cite pasal cicak vs burung ciak zaman nabi ibrahim. Masa NI dibakar, cicak ketawa whereas b.ciak amik air kat paruhnya untuk padam api. Pengajaran - jgn jd mcm cicak dahlah tak tolong, ketawa lagi. At least jd mcm b.ciak cuba sedaya mampu untuk membantu perjuangan....

So berbalik isu diatas, kita nak tau gak depa ni cicak ka ciak ka? Bagaimana pulak geng UG, cicak ka ciak? Aduh.. pening kepala dibuatnya. Gaya rasa macam depa2 tu lebih teruk pada cicak. Hok berdemo depan AE tu sah dah...buruk pada cicak.

Cicak tu sunat kalau jumpa dibunuh. Haa... puak2 pendemo kat atas tu and puak UG mcmna pula...cuba bagi idea....

pemerhati berkata...

Bila Gabungan mahasiswa bantah dan mengecam keras sikap polis membiarkan perhimpunan haram yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan lain-lain pimpinan BN, Umno, di hadapan Kedutaan Australia menunjukkan bahawa kementerian dalam negeri bersikap "double standard".

Ada orang buat jahat kena tangkap, ada orang lain buat lebih jahat tetapi diiringi, dijaga keselamatannya dan boleh bergerak bebas tanpa sesiapa yang boleh menyentuhnya.

Orang lain disuruh berdisiplin mematuhi peraturan dan undang-undang sedangkan mereka sendiri bersikap bodoh tidak belajar atau ketua mereka kurang ajar pada pencacai-pencacainya tentang undang-undang.

Betul ke kerajaan Malaysia bersikap adil melalui undang-undang yang digubal atau mereka memperlecehkan undang-undang itu untuk kepentingan diri...?

Datanglah ke mahkamah... dan lihat sendiri bagaimana hakim kendalikan perbicaraan kes.... Kalau masih kurang pasti sila rujuk pada Tun Mahathir, siapa lebih hakim dari hakim dalam mahkamah...?

Cakap tak serupa bikin... bukan semua orang boleh diperbodohkan dengan lakunan bodoh.

Apakah aku masih lagi nak sokong UMNO/BN atau nak tunggu sehingga ahli keluarga sendiri jadi mangsa kementerian dalam negeri baru nak sedar bahawa mereka ganas dan zalim...?

Hanya rakyat saja yang mampu menukarkan kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan parti lain.

Tanpa Nama berkata...

selagi pemimpin atasan tak adil bagaimana yang bawah nak adil?