25 Feb 2010

Saman RM100juta Zambry Ke Atas Wan Azizah. Apa Isunya?

Parti Keadilan Rakyat dilaporkan akan mempertahankan pendirian berhubung saman yang difailkan terhadap Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan tiga pihak lain oleh Menteri Besar "Mahkamah" Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Suara keadilan dipetik.

Menurut Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah parti telah melantik seorang peguam untuk meneliti saman tersebut.

"Zambry telah memilih untuk pergi ke mahkamah dan kita akan siasat perkara ini. Kita akan pertahankan pendirian kita di mahkamah nanti," ujarnya.

Menurutnya KEADILAN telah melantik Ranjit Singh untuk meneliti kandungan saman tersebut sebelum mengambil apa-apa tindakan susulan.

"Kita akan lihat apakah butiran dan fakta yang terkandung dalam saman ini dan kita akan dapatkan nasihat dari peguam," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Hari ini Dr Zambry memfailkan saman terhadap presiden berjumlah RM100 juta dan tiga pihak lain berhubung artikel yang disiarkan organ parti itu, Suara Keadilan.

Dr Zambry mendakwa artikel bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas" yang dimuatkan dalam isu Suara Keadilan bertarikh 29 Disember hingga 5 Januari lalu mengandungi perkataan berunsur fitnah, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.



Zambry fail saman RM100 juta terhadap Wan Azizah
PERAK: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain mengenai artikel yang disiarkan dalam Suara Keadilan. - Bernama



2 ulasan:

KayaBerjaya berkata...

askum,salam zairah sila ke blog baru ana.insyallah kita boleh kerjasama untuk ummah.syukran

Tanpa Nama berkata...

Benarkah "Zambry Disyaki Pengganas.?" Kalau tak ada berok masakan pokok boleh bergoyang....

Cukup ke RM100 juta. Gempaknya...!

Dalam mahkamah UMNO Zambry pasti menang kes... lepas ini jadilah orang kaya malaysia yang ke21.