Mahkamah Persekutuan hari ini telah sebulat suara menolak untuk membenarkan semakan keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.
Keputusan itu dibuat setelah semakan didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.
Mahkamah menyatakan bahawa mereka tidak ada kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.
Karpal Singh, peguam utama Anwar, sebelumnya memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.
Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.
Katanya, Anwar telah membawa tiga pakar luar dan mereka tidak dibenarkan untuk melihat bukti tersebut.
"Adakah ini adil?" soal Karpal.
Zulkefli kemudiannya bertanya sama ada panel tiga hakim itu boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.
Karpl berkata, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.
"Malah, perbicaraan telah bermula tetapi kami masih lagi belum memperolehi dokumen-dokumen berkenaan," katanya.
Kemudiannya, peguamcara negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pula, dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak keputusannya kerana penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.
Katanya, sebarang percubaan sebaliknya merupakan satu pembaziran proses mahkamah.
Ulasan GB
GB sengaja tidak membuat lintas lansung untuk kes di atas kerana hati GB berat menyatakan hakim-hakim hari ini akan membuat keputusan menolak rayuan Anwar. Sudah diketaui keputusannya "upset", kenapa perlu buang masa?
Namun persoalan kini, kenapa Pendakwa takut sangat untuk membekalkan Anwar dengan bukti-bukti tambahan yang diperlukan oleh peguam pembela?
Rakaman CCTV contohnya yang ditontonkan di dalam mahkamah sewaktu prosiding liwat berlansung, amat mencurigakan. Sekurang-kurangnya itu persepsi orangramai.
Daripada laporan, rakaman itu begitu jelas settingnya, apakah ianya dilakukan kemudian? Sementelah lagi yang dipertontonkan ialah Saiful bersendirian di dalam kereta itu masuk dan keluar dari aprtment. Mana Anwarnya?
Konspirasi terhadap Anwar berjalan lancar nampaknya.

4 ulasan:
Aku dapat rasakan Hakim2 yang ada adalah "HAKIM-HAKIM COKLAT HACKS". Dulu perkataan yang terkenal adalah "Tak Releven"...TAPI sekarang dah ditukar corak kepada....'PENOLAKKAN" AKAN SEMUA HUJJAH PEMBELA.
Dulu bila pembela nak tunjuk bukti....semuanya "Tak relevent" sehinggakan Peguam Christoper Farnendes pernah kata "kalau semacan ini lah hakim yang ada nak tunjukk bukti pun tidak di beri maka kalau diambil peguam pendakwa yang baru lepas pengajian jadi pendakwa, maka sudah pasti peguam pendakwa itu akan menang"
Kini dalam rentak yang sama para hakim terus menolak segala permintaan peguam pembela utk mendapatkan bahan bukti.
Dimanakah keadilan para hakim2 ini. Yang di dakwa sepatutnya diberikan segala bahan bukti utk membela dirinya....tetapi...hakim...tidak membenarkan.
Tidakkah kejam hakim2 tersebut.
semoga keadilan terpapr kelak..dan hakim2 yang tidak membuka ruang keadilan tu akan menerima azab seksa maha dahsyat dari Maha Esa..
sayfool pun begitu juga..
Konspirasi terhadap Anuar sebenarnya tidak berjalan lancar tapi berliku-liku.
Kalau mahkamah rayuan boleh menolak permohonan Anuar dengan alasan: "....Laporan perubatan bukan satu-satunya bukti... afidavit pendakwaan telah menyatakan bahawa mereka akan bergantung kepada keterangan "secara lisan dan keterangan forensik" bagi membuktikan kes terhadap Anwar....?
Bukankah itu isyarat bahawa hakim juga dilihat bersubahat dalam kes tersebut...?
Apa bezanya Mahkamah Persekutuan hari ini telah sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa...?
Tidakkah itu juga menunjukkan bahawa hakim sudah menyediakan ruang sempit untuk Anuar membela diri yang difitnah...?
Ketika ini kita melihat mahkamah tak ubah seperti rumah sembelihan... itulah sebabnya ramai dikalangan pemimpin kerajaan UMNO suka benar mengajak pemimpin Pakatan Rakyat berhujah dalam mahkamah mereka.
Isu royalti minyak Kelantan nak dibawa ke mahkamah...? Tolong fikirkan berpuluh kali sebelum menyerahkan leher untuk dikerat 18.
Isu liwat II Anuar adalah permainan untuk mengapi-apikan perasaan penyokong Anuar agar menjadi marah, memberontak dan bertindak melanggar peraturan dan undang-undang sedia ada.
Bukan saja Anuar yang menjadi pertaruah masa depan UMNO tetapi pemimpin Pakatan yang lain serta penyokong Anuar itu sendiri yang akan dijadikan kambing hitam dan disimpan dalam bilik sempit diKemunting.
UMNO tidak mampu bertanding dalam pilihanraya ke13 yang bakal tiba... kerana segala pekong yang disorokan selama ini sudah diperlihatkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan juga para blogger pro pakatan.
Oleh kerana itu mereka terpaksa ambil jalan susah iaitu menghuru-harakan negara melalui perkelahian kaum atau menimbulkan kemarahan melampau rakyat sehingga mereka memberontak terhadap kerajaan.
Hasilnya nanti kerajaan akan istiharkan akta dharurat... tangkap siapa saja yang mereka mahu tanpa ada gangguan lagi.
Dengan cara ini kerajaan Barisan Nasional akan terus berkuasa tanpa ada pilihanraya lagi untuk masa yang lama.....
Kita tidak boleh ketepikan Tun Mahathir dalam kes liwat II terhadap Anuar Ibrahim. Walau pun beliau sudah pencen namun ideanya tidak pernah pencen.
Kita amat percaya Perdana Menteri hari ini tidak boleh berkerja tanpa ada tangan ghaib dari orang bernama Tun Mahathir membantu menghuru-harakan Malaysia.
Semuga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir sehingga kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa diPutrajaya.
jangan jangan belum siap buat lagi kot... kehkehkeh... tengah duk edit lagi...
Catat Ulasan