Beliau mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau, demikian dilaporkan oleh malaysiakini.
"Saya difahamkan dari sumber yang sahih, surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini, mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid/surau," kata Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS mendakwa penyusunan semula ini dikatakan melalui pelantikan secara rasmi kakitangan masjid dan surau yang terdiri dari imam, penolong imam, bilal dan siak yang juga merangkap sebagai ketua pentadbir, penolong pentadbir, setiausaha, bendahari dan pekerja am.
"Dalam penyusunan ini juga, jawatankuasa masjid dan surau dipilih oleh ahli qariah dalam mesyuarat agung masjid dan surau, di mana jawatankuasa tidak lagi berperanan sebagai pentadbir, sebaliknya berperanan sebagai pengantara dengan masyarakat setempat.
"Walaupun penyusunan ini masih diperingkat awal dan banyak lagi masjid dan surau yang belum dapat disusun semula, namun saya dan banyak pihak lain juga menyokong usaha ini yang sedikit sebanyak meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran masjid dan surau," tegasnya.
Dr Lo' Lo' (kiri) juga mendakwa beliau difahamkan surat dari menteri Wilayah Persekutuan itu menggunakan nama timbalan perdana menteriyang kononnya mengeluarkan arahan tersebut, hasil dari mesyuarat kabinet yang mengarahkan JAWI menerimapakai senarai AJK masjid dan surau dari ketua-ketua bahagian Umno.
"Jika benar keputusan kabinet, mengapa surat tersebut ditandatangani setiausaha politik menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya dari menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.
"Jika benar arahan tersebut dari timbalan perdana menteri, saya membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bijak beliau kerana campurtangan politik Umno akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang sedang dalam proses pemantapan dan menjadi lebih profesional," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan