13 Jul 2009

MANEK URAI : Muhyiddin Guna Jambatan Untuk Merahsuah Pengundi

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno hari ini mengumpan rakyat Manek Urai dengan janji membina jembatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Banyak pihak meliaht kenyataan TPM itu terang-terangan satu rasuah yang telah menjadi amalan parti UMNO BN pada setiap kali pilihanaray umum atau kecil.

Mereka menjadikan diri mereka seperti Santa Klaus di hari Natal yang menaburkan gula-gula kepada rakyat dengan harapan rakayt menyokong parti mereka.

"Ia satu politik ugutan," kata seorang pemerhati politik.

"Ini bererti jika tidak mengundi UMNO BN, rakyat tidak berhak kepada pembangunan sedangkan merekalah juga yang selama ini menyekat peruntukan pembangunan ke negeri Kelantan dan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," tambahnya lagi.

Rakyat Kelantan yang selama ini menjadi mangsa diskriminasi kerajaan pusat yang telah menyekat peruntukan pembangunan semenjak zaman Mahathir (sekarang Tun) sehinggalah dasar itu diteruskan oleh dua perdana menteri selepasnya dan yang terkini ialah terdedahnya kezaliman Petronas yang telah menidakkan pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan semenjak tahun 2004 yang dianggarkan berjumlah RM1.7 billion.

Petronas sehingga kini masih gagal menjelaskan sebab-sebab kenapa royalti itu tidak dibayar sekalipun telah menerima arahan dari kabinet untuk berbuat demikian sejak seminggu lalu.



1 ulasan:

martoiriat berkata...

Muhyiddin berjanji akan memberi satu jambatan baru kpd penduduk2 manik urai sekiranya UMNO menang dlm PRK nanti. Aku harap penduduk2 manik urai tidak terperangkap dgn janji2 politik UMNO itu. Setiap kali diadakan PRK, bermacam2 janji yg disuarakan olih menteri2 UMNO dgn tawaran projek2 mega. Kalau benar mereka nak menolong penduduk disitu bukan nanti dlm pilihanraya. Tak ada pilihan raya pun mereka bolih bantu penduduk2 disitu, sebab yg tinggal disitu adalah org2 melayu miskin, satu bangsa dgn pemimpin2 UMNO. Janji2 pemimpin UMNO ini, adalah janji2 kosong utk kepentingan politik peribadi. Selepas menang, menteri hilang entah dimana. Lihatlah saja kerajaan kelantan selalu didiskriminasikan dlm berbagai bentuk bantuan, sedangkan kerajaan kelantan dipilih secara demokrasi olih raayat kelantan. Percayalah.. selepas pilihan raya nanti, manik urai tetap akan ditinggalkan olih pemimpim2 UMNO dgn janji2 kosong dgn menteri UMNO hilang entah mana. Habuk pun tak ada..