Tahun lalu Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia oleh ‘Reporters Without Borders’ mencatatkan Malaysia di tangga ke 132 dan merupakan kedudukan terburuk pernah dicatatkan.
Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Media Bebas, V. Gayathri, Najib tidak mengemukakan usaha dari segi hak kebebasan dan demokrasi tetapi sebaliknya masih lagi menggunakan taktik lama menahan aktivis yang memperjuangkan kebebasan media.
Katanya, media di negara ini juga tidak pernah diberi kebebasan mutlak selagi kerajaan masih tidak memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948.
Sehubungan itu, Centre for Independent Journalism (CIJ) mendesak kerajaan memulakan usaha menubuhkan jawatankuasa terpilih di Parlimen bagi mengkaji semula undang-undang yang mempunyai kesan ke atas media.
"Kita agak kecewa sebab belum ada apa- apa lagi indikasi bahawa kerajaan di bawah Perdana Menteri najib nampaknya berminat untuk ambil tindakan yang beri lebih ruang kebebasan kepada media dan individu. Beri kebebasan bersuara. Pada bulan Mei, sempena hari kebebasan media sedunia kita mengeluarkan satu dokumen sebagai satu deklarasi permintaan pada kerajaan bahawa dalam masa terpendek kita mahu kerajaan mengurang kekangan kepada media terutamanya Akta Mesin Cetak. Sekurang-kurangnya akta ini tidak digunakan lagi,” katanya ketika ditemubual di pejabatnya.
Akta sempit berkenaan memberi kuasa mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk membatalkan atau menggantung permit tanpa sebarang alasan dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.
Menurut Gayathri, pengawalan dan kekangan pemerintah ke atas media dibuat kerana media merupakan aset penting untuk membantu mengukuhkan kedudukan pemerintah.
"Sebagai kuasa politik.memang mereka sedar bahawa masyarakat yang berpengetahuan, masyarakat yang tahu bagaimana untuk pantau kerajaan. Agak berbahayalah, sebab esok kita boleh hilang kuasa itu. Ini adalah satu permainan politik yang mudah difahami dan sudah dipakai berdekad- dekad.
“Sebagai kuasa politik kita perlu pastikan bahawa masyarakat itu tidak berpengetahuan, masyarakat itu tidak berpendidikan. sebab kalau saya sebagai rakyat negera ini dan saya tahu apa hak saya dan saya tahu dimana ruang untuk saya komen, besok wakil rakyat saya tidak akan dipilih lagi. Sebab wakil bagi saya kamu tidak berkesan. Kita boleh tukar kerajaan untuk memastikan kerajaan yang bagus dan telus,” katanya.
Gayathri juga membidas layanan yang diberika kerajaan terhadap blogger yang diibaratkan seperti parti pembangkang sehingga mengakibatkan mereka menjadi mangsa.
"Kita lihat bagaimana pihak kerajaan respon kepada blogger seolah- olah blogger itu adalah wakil rakyat. Ada wakil rakyat menggunakan blog tapi ramai blogger bukanlah wakil rakyat. Cara kerajaan respon seolah- olah mereka adalah wakil rakyat yang sah.
“Kerajaan layan mereka seperti mereka adalah parti pembangkang. Ini adalah silap besar. mereka adalah suara masyarakat. Memang kelakarlah tengok kerajaan melihat maklumat yang terkandung dalam blog. Populariti terhadap seolah- olah bagi ancaman kepada negara.
"Bagi saya tidak relevan lagi. Ini cara yang outdated. Kawalan ini outdated. Kita telah majukan KPI. PM sendiri perkata KPI. Masih belum ada apa-apa perubahan. Harap PM akan lihat unjuran dari segi KPI untuk 100 hari kan datang.
”Salah satu dari aspek media, kaji semula undang-undang. Undang-undang kini betul-betul bagi kelebihan kepada kerajaan. Kita perlu bubar mansuh. PM sendiri boleh buat satu perubahan. Buat satu jawatankuasa kaji semual undang-undang, peruntukan mana-mana yang punya kesan ke atas media atau kesan ke atas individu,” katanya.
Beliau berkata pihaknya telah menghantar kepada kerajaan beberapa cadangan berhubung isu-isu kepentingan media dan rakyat dan memberi amaran negara luar sentiasa memantau sama ada kerajaan mengambil langkah-langkah positif untuk memperbaiki isu-isu seperti krisis politik Perak, kebebasan perundangan, ISA, polis, kebeasan maklumat, pilihanraya untuk majlis tempatan dan rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan