Pembangunan yang mereka harapkan tidak kunjung tiba. Sebuah jambatan. Itu sahaja permintaan masyarakat kampung Siam tersebut untuk membolehkan mereka berhubung dengan masyarakat luar.
Tetapi hajat mereka yang satu ini tidak sekelumit pun mendapat perhatian kerajaan BN.
"Kampung ni sekarang masa hujan, masalah banjir, dua penggal dah kita undi BN dulu masih tak buat, jembatan merupakan isu di sini," kata Chang Long Aichuan, Jurucakap Keadilan masyarakat Siam di Bukit Selambau.
"Masalah kedua ialah taraf hidup, taraf hidup macam 30 tahun dulu. Rumah masih usang. Kalau ada rumah baru pun hanya rumah Ketua UMNO sahaja yang baru, rumah kroni sahaja baru, rumah orang lain mana ada, papan buruk, zink buruk, bocoq sana bocoq sini, apa ke jadah menda ni, hanya ketua UMNO saja rumah yang baru, yang duduk bawah ketiak UMNO saja yang baru," katanya berang.
Kunjungan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini membawa satu harapan baru kepada masyarakat Siam.
"Kita berbangga kerana ketua parti membagi sokongan, orang kampung harapkan PKR sahaja yangg menolong orang kampung Siam di sini," kata Sang Wan, Ketua Kampung Lincin.
Apa yang jelas kini laporan BERNAMA seperti yang dilaporkan hari ini yang mendakwa kononnya kesemua 340 pengundi masyarakat Siam dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau berikrar untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk S.Ganesan pada pilihan raya kecil Selasa ini adalah pembohongan besar agensi berita nasional itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan