5 Apr 2009

BUKIT GANTANG : Nik Aziz Kecewa Najib Yang Belum Bersihkan Imej Menjadi PM

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikan perlantikan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia di saat beliau masih lagi terpalit dengan salahlaku moral.

Najib perlu menjelaskan kepada umum terhadap segala dakwaan yang dihadapkan kepadanya sebelum menjadi orang nombor satu negara. Ini penting untuk mempastikan negara dipimpin oleh orang yang berkualiti.

"Bahasa selagi tuduhan-tuduhan dan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan ke atas beliau belum dibersihkan, maka saya dukacita dan kecewa, nampak sangat negara kita tidak berkualiti," tegas Nik Aziz.

"Nabi Mohd s.a.w. sebelum dilantik menjadi Nabi umur 40 waktu dia muda lagi dia diakui oleh masyarakat Mekah sendiri, masyarakat Jahiliyah Mekah sebagai Al-Amin (Yang Amanah)," tambahnya.

Beliau juga mengingatkan pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang agar tidak terus terperangkap dengan gimik politik yang sedang dimainkan oleh Umno-BN.

Menteri Besar Kelantan itu membuat ingatan tersebut sebagai mengulas soalan pemberita mengenai 'kejutan' yang dibuat Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Razak menerusi ucapan sulungnya baru-baru ini.

Ujarnya, sejak 52 tahun yang lalu setiap kali perlantikan perdana menteri Umno-BN pasti akan ada 'gula-gula' yang diberikan rakyat sebagai menggambarkan imej beliau yang bersih serta baik.

"Setiap kali perdana menteri baru naik, mesti ada benda baru yang diumumkan sebagai membeli sokongan rakyat selain memberi persepsi yang baik-baik belaka, oleh itu kita jangan terpengaruh, jangan terperangkap," uharnya.

Beliau menyifatkan UMNO yang tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh berlandaskan islam akan terus mengamalkan rasuah.



Tiada ulasan: