Sultan Azlan Shah, itulah namanya, sultan yang dianggapkan terpandai di antara sekalian raja-raja Melayu, sultan yang sentiasa mempunyai karisma dan memberi harapan kepada rakyatnya di dalam setiap titahnya, sultan yang selama ini adalah payung rakyat untuk mendapatkan keadilan lantaran sejaran Sultan Azlan sebagai bekas Ketua Hakim Negara.
Dengan berlatarbelakang begitu baginda Sultan Azlan tentulah telah terlatih untuk membuat keputusan yang adil tatkala menjawat Ketua Hakim sebelum ini. Malah semasa baginda menjadi Ketua Hakimlah baginda telah ditegur secara sinis oleh Perdana Menteri waktu itu Tun Dr. Mahathir yang kurang senang dengan institusi raja dengan merujuk baginda sebagai golongan yang tak boleh disentuh dan ditegur, kemudian baginda sendiri melihat bagaimana institusi kehakiman telah menjadi bahan ketawa apabila ketua-ketua hakim yang selepasnya menjadi balaci politik kepada pihak tertentu.
Kini institusi istana menjadi perhatian, dan bagindalah yang sedang menjadi perhatian seluruh negara. Dengan pengalaman yang luas memberi keadilan semasa menjadi hakim, maka baginda diyakini akan bertindak dengan saksama kepada situasi yang berlaku sekarang - itulah setidak-tidaknya harapan sekalian rakyat.
Namun apabila saya menerima berita bahawa Sultan Azlan menolak sembah Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan malah menitahkan agar Menteri Besar itu meletakkan jawatannya - dengan gaya bahasa istana paling angkuh - saya terduduk sebentar, memikirkan apakah tanggapan saya terhadap Sultan Azlan Shah selama ini silap? Atau...
Selepas solat zohor, saya pun melakukan sedikit renungan dan cuba melihat dari arah manakah baginda menyampaikan keputusannya itu - dari hatikah atau dari akalkah?
Jika keputusan yang dilakukan itu datang dari hatinya yang sepastinya hati manusia ini tersalut nafsu - maka saya berpendirianlah - Sultan Azlan adalah raja paling zalim - raja yang patut disanggah sepertimana titah baginda sendiri satu ketika "raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah".
"Dalam Islam takhta turut diberikan pengiktirafan menyamai seorang Khalifah. Perlembagaan Negara mengiktiraf setiap takhta sebagai Ketua Agama Islam." titah baginda satu ketika.
Sultan Azlan Shah bertitah berikutan itu pada setiap Jumaat, berjuta jemaah menadah tangan mengaminkan doa ketika khatib membaca khutbah supaya takhta dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin negara, menurut keredaan Ilahi.
"Sayugia Beta mengingatkan bahawa doa ini akan terus dibaca dan terus diaminkan, selagi takhta dipandang mulia, selagi takhta memperlihatkan pemerintahan yang adil lagi saksama.
"Selagi takhta tidak melakukan kezaliman atau penganiayaan kepada rakyat," titah baginda.
Tetapi kemudian saya terfikir, bahawa baginda adalah terbijak dan terpandai dari sekalian raja-raja, mana mungkin Sultan Azlan memerintah mengikut hati sedangkan titahnya di atas mempamirkan keluhuran sebenar akal budi seorang raja.
Kerana sudah pasti Tuanku sendiri pernah meneliti titah anakandanya Raja Nazrin yang berbunyi:
"Untuk membolehkan Raja bertindak secara arif, bijak, adil dan saksama, adalah menjadi keperluan bagi Raja mempunyai barisan pembesar dan penasihat dari kalangan mereka yang arif lagi ilmuwan, dari kalangan mereka yang tidak mempunyai muslihat, dari kalangan mereka yang tidak berkepentingan terselindung, supaya Raja, disembah nasihat dengan maklumat yang tepat, secara objektif - secara rasional, berasaskan fakta - bersandarkan data; agar Raja terlindung dari berpagarkan sokong yang membawa rebah."
Terdetik persoalan di hati saya pula, perancangan apakah yang ada pada akal tuanku yang arif bijaksana ini yang tak terjangkau oleh kami-kami rakyat jelata ini?
Dan pastilah tuanku yang arif sudah meneliti yang datang menghadap tuanku - diantara dua kumpulan - pembesar dan penasihat manakah yang mampu memberi nasihat dan maklumat secara tepat, objektif dan rasional - bukan sokong yang membawa rebah yang dimaksudkan oleh anakanda tuanku itu? Dan patik menyaksikan juga hati Tuanku yang senyum dan ketawa apabila si bebal mengheret dan menderetkan orang-orangnya seramai 31 orang untuk membuktikan yang kononnya dia telah boleh berkuasa.
Hal ini menjadi bertambah nyata apabila pada hari ini Perdana Menteri dan sekalian yang tiba ke istana dengan harapan untuk menyaksikan satu upacara mengangkat sumpah seorang Menteri Besar terpaksa pulang melopong dan masing-masing membuat telahan mungkin upacara itu dilakukan pada hari esok.
Titah anakanda Tuanku:
"Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati Institusi Raja, selagi itulah takhta tidak akan dipindahkan dari istana ke muzium;.... Bahawa takhta juga tidak boleh lari dari hukum Allah, hukum yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira Raja atau rakyat"
Sedangkan baginda juga tahu pada malam ini ribuan rakyat Perak berhimpun di stadium menghadap Ilahi memohon Allah membantu golongan yang lemah ini di dalam menghadapi golongan yang angkuh serta menyelamatkan Perak dari terlepas ke tangan mustakbirin! Dan sepastinya airmata berlinangan membasahi bumi Perak.....
Namun, jika benar Tuanku mengikut hati bukan akal, ertinya Tuanku sendiri menumbangkan institusi raja - jangan disesal beban menjalar, jangan disalahkan ibu mengandung lantaran dilahirkan dari kerabat diraja kerana mengalihkan istitusi raja ke muzium seperti yang diminta.
Hubaya-hubaya tuanku! Hanya firasat, harapan dan doa dari pacal yang hina, GB.