Indonesia akan mendedahkan hasil ujian DNA bagi menghilangkan sebarang keraguan mengenai kematian pengganas paling dikehendaki, Noordin Mohammed Top.
Noordin terbunuh dalam satu serbuan polis ke atas sebuah rumah berdekatan Solo, Jawa Tengah, kelmarin.
Identiti Noordin disahkan berdasarkan rekod cap jari yang diberikan polis Malaysia.
Namun, jurucakap polis Indonesia, Encik Nanan Soekarna, berkata hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat suspek akan turut didedahkan kepada umum.
Dalam serbuan yang bermula Rabu lalu, pasukan keselamatan telah mengepung sebuah rumah selama sembilan jam sebelum menggempurnya sekitar 6 pagi kelmarin.
Terdapat laporan yang menyatakan Noordin telah memasang bahan letupan di badannya sebelum meletupkan dirinya bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.
Mayat Noordin dilaporkan hancur dan kepalanya terputus akibat letupan itu.
Tiga lagi anggota militan terbunuh dalam serbuan itu sementara tiga suspek berjaya ditahan.
Encik Soekarna berkata beliau bimbang tentang kemungkinan anggota militan lain melancarkan serangan balas sedang rakyat Indonesia bersiap sedia merayakan Hari Raya Aidilfitri esok.
'Kami perlu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,' katanya.
Indonesia menerima tekanan agar menjejak atau membunuh Noordin sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat ke negara itu November ini.
Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, berkata kematian Noordin bermakna negara itu tidak lagi berdepan dengan seseorang yang 'mengganggu kehidupan di negara ini, merosakkan imej kita di mata masyarakat antarabangsa dan melumpuhkan ekonomi negara'.
Sementara itu, seorang penganalisis risiko politik, Encik Kevin O'Rourke, berkata:
'Saya rasa perkembangan ini akan mengurangkan ancaman tetapi dia (Noordin) mempunyai satu rangkaian dan sebahagian besar anggotanya masih bebas, dan jelasnya beberapa kepakarannya telah diajar kepada anggota lain dalam rangkaiannya.'
Berkongsi pandangan itu, pengamat pengganasan, Cik Sydney Jones, berkata:
'Anda tidak boleh katakan yang ancaman pengganasan sudah tamat, tetapi anda boleh katakan seorang pemimpin utama telah dapat dilenyapkan.'
Dengan kematian Noordin, polis telah berjaya membunuh tujuh anggota militan sejak pengeboman Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta pada 17 Julai lalu.
Lagi tiga anggota militan yang dikenal pasti terlibat dalam serangan itu masih diburu. -- Agensi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan