15 Jun 2009

Nizar, Mahfudz dan Anwar Persoal Tindakan Speaker

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia menggantung Ahli Parlimen Nizar Jamaluddin dan enam ahli Parlimen lain daripada Parlimen dua hari kerana kononnya melanggar kod baju Dewan Rakyat.

Nizar dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di halau dari Parlimen kerana memakai lilitan bubar DUN Perak.

Nizar cuba membawa bahas mengenai kemelut politik Perak ke dewan tertinggi demokrasi di negara ini setelah menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Ketika mengangkat sumpah, saya berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan. Demikian itu saya meminta izin dari Speaker untuk memaklumkan kepada Dewan berkenaan isu Perlembagaan yang dipinggir di Perak,” kata Nizar.

Nizar bagaimanapun tidak diberi peluang itu kerana diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar bersama enam Ahli Parlimen lain.

"Saya diarahkan keluar kerana saya menyalahi beberapa tradisi angkat sumpah, sebab saya nyatakan itu sebaik-baik saja tandatangan sumpah itu maka sebut bubar bubar bubar DUN Perak, hidup hidup rakyat," kata Nizar.

Datuk Mahfudz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena yang turut diarahkan keluar mempersoalkan mengapa memakai lilitan di lengan pun diarahkan keluar seolah-olah ia menjadi satu kesalahan mengatakan ini bukan satu pakaian yang diizinkan oleh dewan.

Pandikar berkata kesemua mereka di gantung dua hari atas kesalahan melanggar kod pemakaian Dewan Rakyat.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Anwar (PKR-Permatang Pauh)
Dewan Rakyat perlu mendengar penjelasan Krisis Perlembagaan Perak kerana institusi Parlimen adalah mercu dewan-dewan legislatif negara ini.

“Kita dapat lihat bagaimana Dewan Undangan Negeri dilanggar, serta kekerasan yang dilalui oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kes-kes ini perlu diberi perhatian serius oleh Dewan Rakyat,” kata Anwar.

“Tidak ada bezanya proses Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak. Dewan perlu mendengar penjelasan dan membahaskan isu ini,” kata Anwar.

Beliau kesal kelima-lima wakil rakyat lantang itu digantung dua hari atas alasan kod pemakaian, sedangkan isu yang di bawa adalah serius dan menjurus kepada pencabulan proses legislatif negara ini.

BERITA SEBELUM INI
PAS UMNO : Bila Lagi Speaker Parlimen Akan Diangkut Keluar?
NIZAR BERSAMA 6 LAIN DIGANTUNG 2 HARI
ISU NIZAR DIGANTUNG ANWAR BANTAH TINDAKAN SPEAKER
Isu Nizar: Anwar Bangkitkan Kekecohan DUN Perak Di Parlimen



Tiada ulasan: