Sidang DUN Perak ketika itu menjadi kecoh apabila arahan Speaker DUN, V Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan tidak dipatuhi.
Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang
Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.
“Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang,” katanya.
Hari ini terdengar jeritan Pandikar Amin Mulia yang mengeluarkan perkataan yang sama seperti yang dikeluarkan oleh Speaker DUN Perak tersebut:
"Saya tidak akan mulai persidangan sehingga arahan saya dituruti," kata Pandikar Amin.
Bezanya di Dewan rakyat hari ini Bentara menjalankan tugas menhalau keluar Ahli Parlimen yang diarahkan keluar oleh Speaker, di DUN Perak lalu, bentara yang bertugas tidak mengindahkan arahan Speaker yang meminta mereka menjalankan tugas membawa mereka yang sepatutnya keluar dari dewan undangan negeri.
Sebaliknya polis telah menerjah dan menceroboh masuk ke dalam DUN Perak dan mengangkut Sivakumar dari tempat duduknya dan dikunci di sebuah bilik berhampiran.
Bilakan kita akan melihat adegan yang sama dimana Speaker Parlimen akan diangkut keluar dari parlimen?
2 ulasan:
apa yang berlaku di dewan rakyat hari jelas memberi gambaran puak baju biru sememangnya mempunyai super pawer untuk mengatasi undang-ungdang negara
Jangan risau, insyaallah akan tiba masanya apabila ada 10 orang pemuda yang berjiwa besar seperti DS Nizar, Ngah Kor Meng dan Sivikumar.
Catat Ulasan