Pemakan dedak takkan akui keterlibatan Najib
Kita tahu dan kita akui yang pemakan dedak dan orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN atau terhutang budi kepada Mohd Najib tidak akan percaya atau mengaku keterlibatan beliau dalam kes jenayah.
Walaupun butir dan bukti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara dan agensi penyiasat antarabangsa menjurus ke arah keterlibatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak dalam salah tadbir korporat dan pecah amanah berkaitan 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan “derma Arab” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.
Sebaliknya mereka akan terus menuding jari dan memuncungkan bibir ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakyat jelata yang mahu Mohd Najib meletakkan jawatan.
Soalnya, siapakah yang dituduh melakukan perbuatan salah – Dr Mahathir atau Mohd Najib? Lagipun Dr Mahathir telah berulang kali mengalu-alukan siasatan ke atas beliau. Malah itulah yang sedang dilakukan oleh polis.
Siapakah yang menjadi Perdana Menteri dan merosakkan imej Malaysia dan kepercayaan dunia – Dr Mahathir atau Mohd Najib?
Kalau Mohd Najib cekap, bersih dan amanah, siapakah yang lebih dipercayai oleh majoriti rakyat jelata – beliau atau Dr Mahathir?
Tetapi mengapakah seorang tua berusia 91 tahun yang sudah lebih 12 tahun bersara, yang disekat dan dicaci oleh media arus perdana (MAP) masih mendapat sokongan kuat rakyat jelata?
Mengapa Mohd Najib dan konco-konconya dikutuk dan dibelasah teruk setiap kali mereka menyiarkan sesuatu dalam laman Facebook mereka atau apabila kenyataan mereka disiarkan oleh media atas talian?
Mengapa audiens MAP yang menjadi lidah dan risalah propaganda mereka semakin hari semakin menguncup?
Makan gaji
Untuk menang pertarungan ini, para pemakan dedak, orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN dan yang terhutang kepada Mohd Najib hendaklah meyakinkan rakyat jelata bahawa Mohd Najib suci bersih, 1MDB telus mulus, ekonomi negara berkembang pesat, beratus ribu peluang pekerjaan diwujudkan, setiap graduan dapat kerja, setiap pelajar yang layak diberikan biasiswa dan pinjaman, hutang negara lebih rendah daripada zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah, harga barang dan perkhidmatan pengguna stabil dan GST tidak membebankan.
Itulah yang patut mereka diayah dan uar-uarkan bukan mencaci Dr Mahathir dan rakyat jelata yang menandatangani Deklarasi Rakyat.
Kepada bekas anak buah saya dalam dunia kewartawanan, saya faham dilema mereka.
Saya tahu mereka makan gaji. Tidak perlu cuba meyakinkan saya. Malah seperti yang saya nasihatkan, jagalah kerja kerana semakin hari semakin susah mendapat kerja dan ramai orang menganggur. Cuma janganlah keterlaluan memaki hamun orang tua yang pernah berjasa kepada kita semua.
Mereka wajib ingat. Di penghujungnya yang penting adalah pengedaran akhbar mereka dan bilangan penonton saluran mereka.
Kalau kerana menyokong Mohd Najib membabi buta dan mencaci Dr Mahathir tanpa batasan, pengedaran akhbar mereka dan penonton stesen mereka merudum, bukan sahaja mereka tidak dapat melindungi Mohd Najib malah periuk nasi mereka sendiri terancam.
Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia, semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian? -A.KADIR JASIN

Tidak ada satu pun jawapan 1MDB boleh dipercayai, kata Dr M
Walaupun 1MDB memberi jawapan pantas terhadap kontroversi demi kontroversi yang menghantuinya, tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercaya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Banyak soalan telah dijawab oleh 1MDB. Tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercayai," tulis Dr Mahathir dalam blognya semalam.
Mahathir berkata demikian sebagai merujuk kepada jawapan 1MDB terhadap kenyataan International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa firma Aabar BVI (British Virgin Islands) di mana 1MDB telah membuat pembyaran, adalah bukan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS, yang sepatutnya menerima bayaran tersebut.
Menurutnya, IPIC dan Aabar juga mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menerima bayaran dari Aabar BVI, dan mereka juga tidak pernah membuat pengakuan terhadap sebarang tanggungan bagi pihak Aabar BVI (seperti yang dinyatakan oleh 1MDB).
"1MDB menjawab bahawa dalam kenyataan terbuka yang diaudit pada 31.03.2014 menunjuk rekodnya telah dibayar kepada Aabar BVI.
"Segala kenyataan oleh 1MDB tidak pernah disokong oleh dokumen apa-apa. Ini termasuk pemulangan wang dari Kepulauan Caymans yang kononnya di simpan di BSI Singapura." tulis Mahathir dalam blognya.
Beliau berkata BSI juga, seperti IPIC dan Aabar Investment, kemudiannya mempertikaikan dakwaan 1MDB itu.
BSI, tegas Dr Mahathir, kemudian berkata tidak ada wang berkenaan yang disimpan oleh 1MDB dengannya. Bagaimanapun, 1MDB menjawab bahawa simpanan itu bukan berbentuk wang tetapi berbentuk “unit”.
"Jelas bahawa dakwaan ini adalah satu pembohongan," tulisnya.
Begitu juga, Mahathir menyentuh tentang dakwaan derma berjumlah RM2.6 bilion, yang mana RM2.3 bilion dikatakan telah dipulangkan kepada penderma dari Timur, yang menurutnya wang atau "unit" itu juga kemudiannya didakwa telah dibekukan.
"Kalau dah beku, bagaimana dan bila wang ini dicairkan dan dipulangkan kepada “penderma” yang tidak boleh dikenalpasti? soal Mahathir.
Hakikatnya, hujah Mahathir, beliau mendapati semua kenyataan berkaitan dengan dana 1MDB tidak boleh dipercayai. -mk
7 ulasan:
Malang nasib aku..lahir kat malaysia..pemimpin tak bertanggungjawab..tak berakhlak..perasuah..penipu..pembohong..
Demi menjaga hati seorang pembaca yang sedih agaknya kerana idola beliau dihina dan dikutok akibat perbuatan yg tidak bermaruah dan tak tahu malu... Maka saya berpanton 4 kerat..
Makan dedak di tepi jamban,
Jamban penoh lalat dan langau,
Dengan penyamon berbahasa sopan,
Dirogol bini kau sapa nak hirau?
Kaki ponteng dan fitnah Guan Eng,
Duduk di Parlimen blok ke tiga,
Bakpe Hadi penasihat Be Eng,
PH dirayu undur Be Eng dipuji-puja?
Fitrah alam berkata benar walaupon pahit...
Kejap kata duit derma..kejap kata kat singapore..kejap kata dlm tunai..kejap dlm ekuiti..kejap kata kena akaun kena beku..kejap kata dah bagi balik duit arab..dasar penyamun..nama ajer melayu islam..tp pembohong nk mampus..
Memang lah segala kenyataan oleh 1MDB tidak pernah disokong oleh dokumen bagaimana pun Najib tetap disokong oleh Presiden PAS.
Aku terkeliru,aku dikelirukandan aku masih keliru ya Allah kabulkanlah permintaan ku. Kembalikan lah keamanan Negaraku Malaysia seperti dahulu Amin.
Dia menipu .dia pembohong .dia pendusta.dia perompak itu tak kisah TETAPI yang malaun ulamk ni menyokong dan mempertahankan dia tu yang menjadikan rakyat terkedu dan macai terikut2 .tak tahu nak tulis apa lagi .semuanya dah celaka.
Hihihi...yg benar tetap benar...yg salah tetap salah...jgn keliru...benda mudah difahami...jgn kesal apa yg berlaku...atur langkah...buat yg terbaik...
Catat Ulasan