20 Mac 2015

[VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud


Bangunkan Islam sebelum laksana hudud Oleh Shamsul Muda

Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.

Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut.

Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung soal ini.

Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum itu.

Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini.

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.

Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.

Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam.

Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.

Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi).

Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).

Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri.


Sementara kedudukannya dalam ‘jadual’ perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi.

Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain.

Dengan ungkapan yang jelas, Muhammad Abdullah al-Khatib mengatakan,"hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya".

Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain.

Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]". (Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)

Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri, dan hirabah.

Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan.

Oleh sebab itu, beliau menyatakan, “sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.

Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini.

Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela.

Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup.

Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud.

Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah.

Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu.

Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan.

Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini.

Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan.

Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.

Syaikh Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat.

Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya.




ULASAN GB

Demikian penjelasan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Sudahkah PAS (terutama PAS Kelantan dan ahli MSU) merujuk kepada beliau sebelum membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang diluluskan oleh DUN Kelantan yang lalu?

Kita terperangkap dengan kegopohan PAS melakukan pindaan enakmen tersebut. Dan kita akan dituduh sebagai penentang hudud sekiranya tidak menyokong pindaan tersebut. Sedangkan jelas dari kenyataan Al-Qardhawi bahawa “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.

Itu sebab mengapa kita perlu prioritaskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman melalui Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hudud.

Dan sebab itu juga penting kita menguasa Putrajaya terlebih dahulu. Semua ajensi kerajaan sudah dapat dita kawal...sistem pendidikan pun kita kawal dan subjek hudud boleh diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan untuk menerangkan hudud dan kebaikan-kebaikannya. Sedikit demi sedikit nanti rakyat akan faham mengapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari mana-mana pihak hatta DAP sekaipun dapat kita kurangkan bila kita berjaya meyakinkan mereka Islam itu adil kepada semua.

Apa yang berlaku kini adalah disebaliknya. Timbul suara-suara pimpinan tertinggi PAS kata, hudud lebih penting dari Putrajaya, hudud lebih penting dari pakatan Rakyat dan seumpamanya macamlah UMNO 100% akan sokong hudud yang nak dibentangkan di Parlimen nanti...

Mereka yang hendak melaksanakan hudud sebelum rakyat dibangunkan dengan ciri kehidupan Islam adalah umpama orang yang turun berlari dari Bukit Uhud untuk merebut ghanimah, sedankan Islam belum betul-betul menang lagi. Akhirnya, musuh mengambil peluang merebut Bukit Uhud dan kemudian menghancurkan umat Islam yang berebut ghanimah itu. Bezanya ialah kalau di dalam Perang Uhud Rasulullah saw sendiri memerintah jangan turun dulu untuk merebut ghanimah, tetapi di dalam isu sekarang, pemimpin tertinggi PAS sendiri yang menyuruh turun rebut ghanimah!

Bangunkan dahulu kehidupan Islam. Itu penegasan Al-Qardhawi. Apakah Kelantan sudah beres membantu dan mebangunkan penduduk yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini contohnya? Kajian Merdeka Center sebelum ini adalah betul.

Dalam tinjauan yang dilakukan terhadap 1008 pengundi, 84% daripadanya bersetuju usaha pemulihan pasca banjir diutamakan Kelantan pimpinan PAS dan pandangan sama turut disuarakan sejumlah majoriti besar (81%) pengundi Melayu-Islam seluruh Semenanjung Malaysia.

"Cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk menarik perhatian terhadap enakmen kanun jenayah hudud ini tidak akan meningkatkan kedudukan parti memerintah negeri (PAS) di kalangan pengundi Kelantan ataupun pengundi beragama Islam di peringkat nasional.

"Perkara ini mengimbas semula prestasi teruk parti tersebut semasa Pilihan Raya Umum 2004 di bawah manifesto 'Negara Islam' yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan hampir kalah di Kelantan," kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian dalam satu kenyataan, hari ini.

Kajian antara 21 hingga 30 Januari 2015, melibatkan 60% pengundi Melayu, 30% pengundi Cina dan 10% pengundi India yang dipilih secara persampelan rawak berstrata (random stratified sampling) mengikut kaum, jantina dan negeri kediaman.

Hanya 11% responden Melayu saja yang mahu undang-undang hudud diluluskan pada tahun ini manakala 8% daripadanya tidak pasti.

"Penemuan kajian ini selari dengan hasil kajian Merdeka Center yang dilaksanakan pada April 2014. Dalam kajian tersebut, didapati majoriti (58%) responden Melayu-Islam merasakan negara Malaysia ini belum bersedia untuk melihat kanun jenayah hudud dilaksanakan," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mula bersidang hari ini bakal membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).
-petikan TMI

Justeru itu fokus prioritas sudah salah. Hudud di Kelantan pula lebih diutamakan daripada Putrajaya dan Pakatan Rakyat. Sedangkan Rasulullah saw sendiri meletakkan hudud sebagai yang terakhir. Begitu mudah "ulama-ulama" PAS ditipu dengan permainan politik UMNO.

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy byk berwacana dgn org2 pas yg konon berpendidikan tinggi agama yakni mereka yg pro ulamak(ulamak ke?)..mereka melihat hudud agenda terpenting hatta walopun bekerjasama dgn musuh (syaitan yg dikenali) dan sanggup menuduh org yg menentang perbentangan hudud sbg penentang agama allah.mereka juga sudah hilang pedoman bila mana mereka melupakan semua permasalah kebajikan,pelbagai isu rakyat,dan mereka kata itu kehendak allah..kita kena hadapi ujian allah dengan tabah dan jgn harapkan pas,Pas hanya alat dan makhluk allah sahaja.lepas tu mereka kata sudah sampai masanya jgn pikir politik,pikirlah pasal agama...sampai tahap mcm tu pemikiran mereka.gaya percakapan mereka ada sedikit angkuh hatta mereka mgaji pondok bukan mana tinggi mana pun..masyallah mereka sudah terpesong jauh rupanya.sedih.

Tanpa Nama berkata...

ISLAM itu

ISLAM itu PASRAH rela suka gumbira CINTA kpd skudus2 nilai yg bnar2 LURUS lg KUDUS yg tidak dinodai..

SYSTEM idup yg murni terikat dgn JANJI

Nabi SAW sentiasa teguh kpd JANJI

Krn AMANAH keatas JANJI afdal diutama

Bgmn org lain akan RESPEK kpd Islam sbg "uswatun-HASANAH" jk nabi SAW sndiri yg awal2 mlanggar JANJI

Nabi teguh pegang JANJI dgn musuh

Nabi teguh pegang JANJI dgn Musrikin

Nabi teguh pegang JANJI dgn Yahudi

HANYA..

Musrikin & Yahudi shj yg akan AWAL2 skali melanggar & menodai JANJI

KINI..

Giliran ularrrMAK2 haraki pula yg dah mngambil tempat musrikin KAFIR harbi & Yahudi yg trang2 AWAL2 skali tlh melanggar serta menodai JANJI

Sggup mlanggar menodai JANJI krn mndpt sokongan SUCI drp perompak songlap PENYANGAK setan2 yg dkenali w.pon setan2 yg dkenali itu TIDAK pernah samaskali mnunaikan JANJI2 royalti minyak yg tlh dperstujui!

Inilah akibatnya apb sibapak FITNAH dianggap ulamak yg berilmu tggi mk sgt2 mudahlah UMPAN2 bangkai harta ESOS balak projek dll ditabur agar terus berdusta memFITNAH demi FITNAH hatta kpd isu HUDUD skalipon supaya rkyat tertipu SAMAR serta terus mnjd bnar2 KELIRU

Adakah Islam yg dibawa nabi SAW itu trsgt2 jijik & HUDOH yg AWAL2 lg telah pon khianat serta mlanggar JANJI sprt yg dibawa oleh sibapak FITNAH itu??

Unknown berkata...

“sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.

Setelah kesemua perkara di atas di atasi, sebelum sebuk dengan hukum "HUDUD" perlu juga akidah umat Islam yang merupakan "ADAT" yang masih kelihatan bercampur aduk dengan SUNNAH Rasulullah S.A.W perlu di bersih kan dahulu.
"ADAT" yang bercampur dengan "SUNNAH" pada pandangan saya adalah:-
1. Upacara "NIKAH KAHWIN". Sukar untuk di saksi kan hukum "ADAT" tak terlibat. Saperti menyarung cincin,bersanding di atas pelamin, hantaran yang seolah olah di paksa,penyediaan pulut kuning, sirih junjung, renjisan air mawar, bunyi bunyian yang melekakan. Bukan kah di dalam hal sebegini adat kristian dan Hindu jelas di praktik kan yang kelihatan secara ISLAM cuma akad sahaja.
2. Acara akikah pula. Di upacara ini sebelum para tetamu yang di undang di beri makan, upacara cukur atau gunting rambut bayi di lakukan. Dalam upacara ini sukar kelihatan SUNNAH di tegak kan. Apa tak nya, kerana sebiji buah kelapa yang telah di sedia kan dengan begitu seni sekali akan di gunakan untuk menempat kan rambut bayi yang di potong. Yang memangku bayi tersebut akan berjalan mendapat kan para tetamu dengan di iringgi bacaan selawat untuk mengunting rambut bayi tersebut. Selesai semua para jemputan akan duduk dan seorang "USTAZ" akan mengepalai bacaan Yaassiin dan tahlil. Ada kah perbuatan sebegini tidak menyalahi SUNNAH?
3. Membaca talkin selepas pemkebumian. Perlu kah bertahlil di atas kubur dengan menyedia kan bunga rampai dan air mawar untuk di letak dan di siram kubur tersebut setelah para IMAM atau USTAZ selesai membaca talkin. Mengapa tak di tegak kan SUNNAH, di mana Rasulullah hanya memerhati kan dari jauh semasa mayat di kebumikan sebelum baginda berjalan menuju tanah perkuburan itu sambil memohon keampunan keatas si mati sebanyak tiga kali sebelum beredar.
4. Majlis tahlil. Perbuatan ini sebenar nya tersasar jauh dari ajaran Rasulullah S.A.W kerana ketika kematian Jaffar, abang kepada Syaidina Ali, rasulullah S.A.W menyaran kan jiran tetangga untuk memberi makan kedapa keluarga Jaffar selama tiga hari. Dek kerana begitu kokoh "ADAT" di pegang maka berlaku lah apa yang sedang di usaha kan oleh orang orang Melayu di masa kini.
Saya kira setakat ini dulu apa yang perlu para Ulamak laku kan sebelum "TERGILA GILA GILA" nak melaksana kan hukum "HUDUD" yang luas pengertian nya itu. Bukan kah berusaha untuk menyatukan masyarakat lebih utama!!!

nizarr berkata...

Terpaksa diakui pendapat Qaradhawi betul kerana ilmunya..bukankah tindakan Umar r.a sesungguhnya benar sebenarnya terpikir jugak adakah ulama dlm Pas setaraf Umar r.a atau sekurang2nya Al Qaradhawi? rase2nye x kot??

Tanpa Nama berkata...

kalau ikut takrif si ahmad tu, qardhawi dah tak beriman. klu org no 1 dah tak beriman. org no. 2 cam ner ek?

aku ada terbaca blog yg tulis: almarhum TGNA pernah berkata 'yang menghalang dan mengugut kelantan bukan orang yg bernama karpal singh.'

Mohtar berkata...

kita memang dah Islam dan dah beberapa keturunan, patut sangat jalan kan hudud.....

nak bangunkan Islam apa lagi....selama ini dok Islam itu Agama yg dianuti olih masyarakat Islam kat malaysia ni.

nak tunggu sampai generasi yg ke berapa baru nak laksanakan hudud...

Tanpa Nama berkata...

Ada 2 aspek..

1. Meluluskan
2. Melaksanakan

Peringkat skrg hanyalah meluluskan dan ada pindaan.

Peringkat kedua iaitu perlaksanaan adalah apa yg di perkatakan oleh Dr Yusof Qardhawi.. ianya belum lagi di laksanakan, kecuali sampai masanya nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kelakarlah hujah awak ni....
Ketua Ulama Sedunia pun nk dilawannya kerana dh taksub...

Tanpa Nama berkata...

Awak ni faham ke tidak apa yg alqardhawi sampaikan tu.

Yg gi merepek meluluskan dan melaksanakan tu apa hal? Rasulullah ada huat begitu ke? Rasulullah berjuang tawan dulu kota Mekah barulah hudud dilajaanakan. So tugas kita ialah rawan dulu putrajaya.

HAMIDIsP berkata...

Rasanya tiada masalah nak laksana kat kelantan. Tiada rasuah, tiada penyeludup, tiada penzina, tiada pelacur,tiada tukang fitnah dan serba serbi tiada..:(

Tanpa Nama berkata...

Tqvm GB.. satu pencerahan yang amat berguna. Pemimpin PAS WAJIB baca.

Tanpa Nama berkata...

lesson 1
dr segi law, kena bawa ke parlimen utk tikam lidah dulu ...nak pasti ada keserasian antara state & federal constitution...kalu tak tonggang langgang pelaksanaannya nanti
lesson 2
jika yg bentang org politik & yg sokong org politik...maka hudud ni hudud politik.
lesson 3
pastikan kelompok ulama dlm negara tidak lagi berjenama iaitu U UMNO dan U PAS sebab tak dibenarkan dlm islam. Damaikan dulu dua puak ni...boleh jemput Qardhawi jadi orang tengah. Kalu tak golongan ulama akan mencemar nama baik ulama sbg pewaris nabi.lepas tu barulah golongan ulama bantu pemerintah dlm perkemaskan undang-undang perlembagaan negara supaya seiring dgn konsep hukum hudud...kan cantik macam ini...

Tanpa Nama berkata...

Anon 7:24.. nabi masa di madinah dah buat hudud.. bkn selepas pembukaan kota mekah..

Unknown berkata...

Yg pastinya pas dh msuk prangkap..putrajaya x dpt hudud pn x blh buat lg..dua2 trlepas..umno jgk yg mng..

Unknown berkata...

Yg pastinya pas dh msuk prangkap..putrajaya x dpt hudud pn x blh buat lg..dua2 trlepas..umno jgk yg mng..

Tanpa Nama berkata...

Apa pulak nak kecoh- kecoh ni. Brunei, Aceh boleh laksana....kenapa tidak Kelantan...semua tu alasan jer.

Benda baik tu sokong jerlah..

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah jalan utk menegakkan hukum Allah makin terbuka . Semoga dipermudahkan Allah segala urusan agar ianya benar- benar dpt ditegakkan di Malaysia. Biarlah Allah menentukan segalanya dan kepadaNYA segala urusan dikembalikan

Tanpa Nama berkata...

Lu pk benda penting ni boleh pakai laksana terus je tanpa kelulusan. Nak ambik cuti rehat pun kena dpt kelulusan dulu baru cuti.

Dah boleh laksana pun kena berperingkat.

Brunei, Aceh boleh laksana takkan Kelantan tak boleh. Mana pi slogan MALAYSIA BOLEH?.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Saadun Sulaiman, tahlil dan talkin perkara khilafiah yang mempunyai dalil pro dan kontra yang tidak perlu didebatkan lagi.

Tanpa Nama berkata...

onymous said...
ISLAM itu

ISLAM itu PASRAH rela suka gumbira CINTA kpd skudus2 nilai yg bnar2 LURUS lg KUDUS yg tidak dinodai..

BUKANkah?

Bukankah berpegang TEGUH kpd JANJI adalah seafdal2 hukum-ALLAH?

Klu sudah2 awal2 lg melanggar JANJI itu sudah TERANG2 brerti berlawanan dgn hukum-ALLAH

Bolehkah melanggar JANJI mnjd alasan konon2 nak tegak hukum-ALLAH/hudud?

SYSTEM hidup yg murni terikat dgn JANJI

Nabi SAW sentiasa teguh kpd JANJI

Krn AMANAH keatas JANJI afdal diutama

Bgmn org lain akan RESPEK kpd Islam sbg "uswatun-HASANAH" jk nabi SAW sndiri yg awal2 mlanggar JANJI

Nabi teguh pegang JANJI dgn musuh

Nabi teguh pegang JANJI dgn Musrikin

Nabi teguh pegang JANJI dgn Yahudi

HANYA..

Musrikin & Yahudi shj yg akan AWAL2 skali melanggar & menodai JANJI

KINI..

Giliran ularrrMAK2 haraki pula yg dah mngambil tempat musrikin KAFIR harbi & Yahudi yg trang2 AWAL2 skali tlh melanggar serta menodai JANJI ddlm PR/pakatan

Sggup mlanggar menodai JANJI krn mndpt sokongan SUCI drp perompak songlap PENYANGAK setan2 yg dkenali w.pon setan2 yg dkenali itu TIDAK pernah samaskali mnunaikan JANJI2 royalti minyak yg tlh dperstujui!

Inilah akibatnya apb sibapak FITNAH dianggap ulamak yg berilmu tggi, lalu sgt2 mudahlah UMPAN2 bangkai harta ESOS balak projek dll ditabur agar terus berdusta memFITNAH demi FITNAH hatta kpd isu HUDUD skalipon supaya rkyat tertipu SAMAR serta terus mnjd bnar2 KELIRU

Adakah Islam yg dibawa nabi SAW itu trsgt2 jijik & HUDOH yg AWAL2 lg telah pon khianat dgn mnodai serta mlanggar JANJI ddlm PR/pakatan sprt yg dibawa oleh kaki AUTA U-turn dan PONTENG sibapak FITNAH itu??

SAKSIkan..

Klu ddlm prjanjian ROYALTI umno tlh mnodai serta melanggar JANJI mrk trhdp PAS..

Kini giliran PAS yg DUNGU itu pula diBAHALOLkan umno agar mnodai serta mlanggar JANJI trhadap PR/pakatan!

Jlslah kini siapa SETAN yg dkenali dan siapa pula SETAN sorban kopiah yg cuba bersembunyi

Unknown berkata...

Tambahan.
"HUDUD" yang saya faham ada lah had, batas-batas atau pun sempadan. Ia nya mencakupi kesemua amalan yang di tunjuk kan oleh Islam melalui Rasul Nya <uhammad S.A.W. Bukan hanya jenayah sahaja.
Bukan kah melalui SUNNAH nya nabi S.A.W telah menyaran kan bahawa untuk memahami ajaran Islam perlu ada 3 acuan yang besar.
(i) Perlu memahami apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an tanpa ragu.
(ii) Perlu memahami kata kata Nabi S.A.W melalui SUNNAH nya yang Sahih.
(iii) Mengetahui cara kehidupan para sahabat Nabi S.A.W. Bukan kah ALLAH telah melindunggi mereka dari kesesetan. Yang sesat adalah mereka yang munafiq.

Dengan itu elok lah kalau saya sambung apa yang masih bermain di fikiran saya yang saya anggap tidak menepati SUNNAH.

5. Tazkirah di hari Jumaat sebelum azan. Kebelakangan ini telah berlaku satu pembaharuan di mana ada penceramah jemputan yang memberi tazkirah. Perbuatan itu saya anggap menganggu para jemaah yang telah berniat untuk iktikaf. Sesetengah nya ada yang membaca Al-Qur'an, sembahyang sunat dan apa sahaja yang tidak menganggu jemaah.
Dua Juma'at yang lepas, gangguan tersebut tidak berlaku di Masjid Jamek, Mersing. Tapi hari ini ia nya on semula. Dengan gangguan tersebut yang laungan nya sampai kerumah saya membuat kan saya tidak ke masjid lain kerana terlambat. Senang cakap hari ini saya tidak menunaikan solat Juma'at. Bukan saya seorang sahaja yang membenci tazkirah yang tidak kena pada tempat nya. Jemaah yang lain juga membenci nya dan terpaksa ke masjid lain. Ada kah "SYARIAT ISLAM HADARI" yang telah lama mati nak di hidup kan semula?
Dan ada kah ia nya sebahagian dari ajaran SUNNAH?
Mengapa pehak para alim ulamak dalam PAS tidak membersihi dahulu kepalsuan ajaran "SYIAH" sebelum sebuk dengan "HUDUD".
Kalau nak tau apa yang di kata kan ajaran "SYIAH" itu:-
(a) Upacara sambutan Maulid Dir Rasul.
(b) membaca Yaassiinn sebanyak tiga kali di malam malam tertentu.
(c) Bubur asura yang ada sangkut paut dengan peristewa di Karbala
(d) Wirid Hasbi Rabbi Jallallah dan seterus nya yang biasa di dendangkan selepas solat tarawikh. Bukan kah ia nya di perkenalkan oleh SYIAH. Mereka yang tak tau apa makna nya tidak merasakan apa apa. Yang aneh nya para Ustaz yang mengepalai nya tidak merasakan nya.
(e) Pembinaan di atas kubur. Bukan kah Rasulullah S.A.W sudah memberi peringatan bahawa timbunan tanah di atas kubur tidak melebehi satu jengkal. Tapi kini apa yang berlaku, ada pembinaan yang menyerupai jirat cina, bukan itu sahaja, malah ada sesetengah nya siap di bena kerusi dan meja, konon untuk keselesaan para pengunjung.

Sebelum PAS kelihatan begitu bersungguh sungguh untuk melaksana kan "HUDUD" yang belum pasti mendapat PERKENAN dari UMNO-BARU/BN di parlimen. Ia nya dapat di dengari dari para wakil rakyaat UMNO-BARU sendiri. Elok di perbetul kan akidah ummat ummat Islam yang sudah terpesong jauh. Juga perlu berwaspada dengan sokongan puak puak ini dan jangan lupa apa kesudahan nya bila PAS berada dalam kerjaan dulu. Bukan kah setelah UMNO-BARU kuat, PAS di tendang keluar saperti bangkai yang tidak berharga.

Malaysiabaru berkata...

Masyallah.. Pengacara bloomberg yg merupakan rakyat Malaysia kutuk kaw kaw Malaysia dari segi ekonomi...
Sebentar tadi ringgit jatuh 3.73 paras paling teruk sejak Anwar di pecat pd 1988..

Tanpa Nama berkata...

Sebab Aceh Brunei tak ada UMNO
Opppsss perangai UMNO
Brunei dalam rumah tok ketua tak ada Mini bar Kedai Magnum tak ada di Aceh Kalau ada konsert di Aceh dan Brunei tolong bagitahu

Oh ya ini hudud Kelantan bukan hudud 1Malaysia Kalau cakap macam tu tak payah lah bawak ke Parlimen Buat apa mintak kebenaran kelulusan dari orang yang sama yang keluarkan lesen judi dan arak Nak hapuskan hidangan arak di MAS pun bertahun tahun

Aceh dan Brunei telah menepati perkara perkara yang di sebut oleh Yusuf al-Qaradhawi Kita tenguk berapa lama Kelantan di bangunkan dan kita bandingkan dengan Aceh ok?

Tanpa Nama berkata...

Klu ddlm prjanjian ROYALTI umno tlh mnodai serta melanggar JANJI mrk trhdp PAS..

Kini giliran PAS yg DUNGU itu pula diBAHALOLkan umno agar mnodai serta mlanggar JANJI trhadap PR/pakatan!

Jlslah kini siapa SETAN yg dkenali dan siapa pula SETAN sorban kopiah paling2TOLOL yg kini lebih TOLOL drp lembu yg cuba bersembunyi

Alangkah jahat LAKNATnya org2 yg TERANG2 tlh mlanggar JANJI serta dgn bodoh-SOMBONG pula mndakwa ingin mnegakkan hukum-HUDUD ALLAH!??

JADI..

Jadi apakah JADAHnya nanti apb kdua2 puak SETAN2 yg suka meLANGGAR kpd JANJI2 mrk sndiri itu diberi kuasa utk mnjlnkan HUDUD..

Alangkah tolol BAHALOLnya kpd ssiapa shj yg percaya serta MENYOKONG ruu HUDUD yg tlh diHIJACK oleh kdua2 puak SETAN2 gelap-songlapROMPAK itu yg dgn TERANG skali sgt suka mlanggar serta mnodai JANJI2 mrk sndiri

Mrk sama2 tlh mngHIJACK kalimat ALLAH

Mrk HIJACK juga makna WALAQ & ulamak

Kini mrk HIJACK erti HUDUD seolah2 mrk lah yg paling-SUCI skali w.pon dgn TERANG mrk tlh mnodai serta mlanggar sgl JANJI!

Tanpa Nama berkata...

Islam kita kerana keturunan maka sebab itu kesedaran Islam kita kurang Kalau bagus pun masa musabaqah

Aceh dan Brunei pun tak boleh lawan Qari dan Qariah Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Mrklah kaki PONTENG putar BELIT & dolak dalik

Mrk jugalah kaki songlap dlm GELAP

Mrk rembat sgl AMANAH projek & balak

Krn RASUAH sggup mnjd bapak FITNAH

Kini yg mndakwa FAKEH pewaris nabi itu dgn bodoh-SOMBONG tlh mlanggar serta mnodai JANJI ddlm PR/pakatan

SAKSIkan..

Sifakeh yg mnjd bapak-FITNAH yg kini tlh pon mlanggar serta mnodai JANJI nya itu "MERASA" sgt SUCI utk mnegakkan hudud-ALLAH!?

Dgn FITNAH dan ditambah suka mlanggar JANJI..jd apakah jenis SETAN ini yg TAK tahu malu konon2nya tlh pon mnjd PEWARIS kpd nabi???

Adakah lg yg lebih BODOH dan lebih LAKNAT drp ini??????

Tanpa Nama berkata...

Yg terlebih afdal Melayu Islam yang jadi PM dan TPM bawa usul ni..yg jadi polemik group yg nk angkat hukum ke Parlimen jawatan apa pon x tau..Perlembagaan Negara dah khatam ke? Nk bgtau apa pon yg jadi nanti walhasil balik asal..Org kafir @ non muslim yg menentang pon akan gelak besar..belom kira undi mereka lagi..

Unknown berkata...

Anon March 20, 2015 11:23pm Saudara/saudari menyatakan baha Tahlil dan Talkin merupakan khalifiah. Saya pula menyatakan kan bukan dengan panduan beberapa hadis. Di sini saya akan menjelaskan apa yang di perkatakan oleh Imam Syafie. Sebahagian nya ada saya perturunkan di sini.
Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِیْنَ قُتِلَ قَ الَ النَّبِ ي صَ لَّى اللهُ عَلَیْ ھِ وَسَ لَّمَ :
اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاھُمْ مَایُشْغِلُھُمْ . (حسنھ الترمزى وصححھ الحاكم)
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”. [1]

Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris siMati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab ( اعانة الطالبین ) jld. 2. hlm. 146:

وَقَالَ اَیْضًأ : وَیَكْ رَهُ الضِّ یَافَةُ مِ نَ الطَّعَ امِ مِ نْ اَھْ لِ الْمَیِّ تِ لاَنَّ ھُ شَ رَعَ فِ ى السُّ رُوْرِ وَھِ يَ
بِدْعَةٌ

“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.
Yang lain lain itu boleh lah di ikuti melalui:-
https://www.youtube.com/watch?=OZtecPn7YME
Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya orang Islam yang keliru, mana satu nak ikut.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah GB! Pencerahan ini sangat baik. Saya masih ingat lagi pesanan seorang tokoh yang berbunyi: "Tegakkanlah negara Islam dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak di atas tanah air kamu."

Tanpa Nama berkata...

Klu PR tawan Putrajaya .. Hudud akan dilaksanakan ke? DAP & PKR akan sokong bila da jd gomen ?
Peluang ada skrg .. Umno da mengikut ..iklas ? Hanya tuan badan & Allah yg tahu.
Jika pon RUU gagal diParlimen.. Kita teruskan usaha mendidik rakyat demi menegakkan Islam. In sya Allah .

Tanpa Nama berkata...

Dan sebab itu juga penting kita menguasa Putrajaya terlebih dahulu. Semua ajensi kerajaan sudah dapat dita kawal...sistem pendidikan pun kita kawal dan subjek hudud boleh diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan untuk menerangkan hudud dan kebaikan-kebaikannya. Sedikit demi sedikit nanti rakyat akan faham mengapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari mana-mana pihak hatta DAP sekaipun dapat kita kurangkan bila kita berjaya meyakinkan mereka Islam itu adil kepada semua. 

Unknown berkata...

Setuju dengan GB, keutamaan perlu diberikan dalam aspek pembangunan nilai2 Islam terlebih dahulu seperti kestabilan ekonomi, sosial, dsbnya..
Jika menggunapakai model Brunei •& Aceh, keduanya masih dalam peringkat awal untuk dinilai apatah lagi di Brunei khususnya kebajikan rakyatnya amat baik maka wujud kestabilan Islam..

Tanpa Nama berkata...

nampaknya org no. 2 tak wala pd org no. 1...

azid barja berkata...

Agak2nya semasa Rasulullah sedang menegakkan Islam sebelum hudud dijalankan, hukum apa yg Rasulullah guna dlm menegakkan undang2? Kalau masa Islam disyariatkan dan hudud belum dikuatkuasakan, penzina, pencuri dan peliwat dihukum macammana? Rasanya Rasulullah menegakkan Islam secara menyeluruh termasuklah hudud, tak ada satu bahagian didahulukan, satu lagi ditangguh. Qardawi ni dah sesat!

Tanpa Nama berkata...

Umno kelantan sokong hudud ke parliament ,alhamdulillah..tetapi terengganu yg punya majoriti 90% Islam tk pula bawa usul sama sdgkan ia telah di luluskan semasa pemerintahan PAS ...adakah punya beza Umno kelantan dan terengganu..??

GB...???? berkata...

RAMAINYA ULAMAK2 YG KOMEN KAT BLOG NI PASAL HUDUD....ULAMAK JENIS APA PULAK YEERR...GB PUN JD ULAMAK JUGAK...KOMEN2 NAMPAK SANGAT MCM TAK IKUTI PERBAHASAN SIDANG DUN KELANTAN BARU2......DI MN YG GOPOH GB...DAH DEKAT I500 THN DAH RASULULLAH SAMPAIKAN SEGALA HAL EHWAL ISLAM KPD MANUSIA...

ATAS NAMA SENI berkata...

adakah hudud mencakupi untuk semua dengan tidak mengira status, pangkat dan darjat? adakah hukuman akan dijalankan dengan seadilnya tanpa memilih kasih? siapa yang akan melaksanakan dan menghukum? jika 'BIAS" bagaimana ceritanya pula? sekadar bertanya