8 Mei 2014

Tergamak Dia Lakukan Perbuatan Sekejam Ini..... -updated


Mayat bayi ditemui dalam tangki air pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth

Mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam tangki air pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth hari ini.

Mayat bayi dalam keadaan bogel itu ditemui pada pukul 9.10 pagi oleh seorang pesakit wanita yang ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam lepas.

"Wanita itu yang menggunakan tandas berkenaan mendapati tiada air dalam pam tandas itu dan dia yang membuka penutup tangki itu mendapati ada bayi lelaki dalam keadaan duduk di dalamnya," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati bayi seberat 1.7kg itu berusia tujuh bulan dan tali pusatnya dipotong.

Abdul Rahman berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

"Kami mengambil keterangan saksi di tempat kejadian dan memeriksa kamera litar tertutup di klinik serta senarai daftar pesakit bagi mengesan ibu bayi berkenaan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama


Pelajar ditahan, teman lelaki dicari bantu kes mayat bayi dalam tangki pam

Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Butterworth, Bukit Mertajam ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth semalam.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan di rumahnya pada jam 12.30 tengah hari semalam, kira-kira lima jam selepas mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata siasatan awal polis mendapati pelajar terbabit dibawa bapanya ke klinik itu pada Selasa selepas mengadu sakit perut kerana senggugut.

"Ketika diperiksa doktor, remaja perempuan itu memaklumkan dia sakit perut dan mahu ke tandas dan melahirkan bayi lelaki di tandas itu," katanya kepada pemberita selepas 'Program High Policing' di Kubang Semang, hari ini.

Beliau berkata, remaja itu dipercayai panik apabila bayinya menangis lalu memasukkannya ke dalam tangki pam tandas berkenaan sebelum dia pergi ke kereta bapanya yang sedang menunggu di kawasan klinik itu.

Mazlan berkata, remaja itu tidak memberitahu bapanya kejadian itu dan mereka terus pulang ke rumah.

Katanya, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu mengaku mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya berusia 18 tahun.

Remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan reman bagi membantu siasatan sementara polis cuba mengesan teman lelaki remaja berkenaan yang dipercayai melarikan diri.

Pagi semalam, seorang pesakit wanita yang menggunakan tandas di klinik itu, menemui mayat bayi lelaki tanpa pakaian di dalam tangki pam tandas klinik itu.
– Bernama


ULASAN GB

BACA: Alangkan Binatang Pun Sayangkan Anaknya...
BACA: Alangkan Binatang Pun Sayangkan Anaknya SIRI II





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah..... Sayang bayi lelaki cukup sifat pula.

Bebudak bebudak kampong lah nih.....

Sekolah kan ada pelajaran agama ?

Tanpa Nama berkata...

Sy dan suami dah setahun kahwin belum ada reski anak lagi, bsabar ajalah dengan soalan bodoh (pertikaikan kenapa belum mgandung sedangkan rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah swt) dan pandangan sinis orang. Duit habis jumpa doktor pakar, baru nak start buat rawatan kesuburan. Orang lain ada yg diberi reski anak tapi buang macam itu sahaja, memanglah tak ada hidayah dalam hati dia. Sesungguhnya Allah uji orang yg disayangiNya. Alhamdullilah

Tanpa Nama berkata...

Aku tetap salahkan pemimpin Islam yang memegang kuasa tetapi sentiasa berdalih tidak hendak melaksanakan hudud.Tanpa ada hukuman yang menakutkan manusia yang ada nafsu dan hasutan syaitan akan buat macam-macam ikut akal yang dikawal nafsu.Kalau ada hudud tapi kes begini masih berlaku barulah aku akan salahkan mereka,cari jantan celaka buat hukuman secara siaran langsung.

Tanpa Nama berkata...

Manusia semakin berani melanggar hukum Allah, mereka meremeh kan larangan Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

kita ni semua hamba Allah, Dialah yang menjadikan kita dan Dia lebih mengetahui cara mana untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tapi apabila tolak kaedah penyelesaian dari Allah, tunggulah bala yang akan menimpa.

wahai pemimpin yang berkuasa, kamu tidak akan berjaya menelesaikan masalah rakyat dengan kuasa yang ada pada kamu. Kembalilah kepada peratutan Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Kalau i tahu siapa manusia durjana ni. I terasa nak tampar - tampar manusia celaka ni yang tergamak buat bayi lelaki tersebut sebelum hantar ke balai polis.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Siapa nak tampar klu dah tahu org nya.Saya bgi rm500.00 sekali tampar...
Sekali saja...

Tanpa Nama berkata...

Berzina dan bunuh... adui.. ada 2 kesalahan.. kes berat ni..
Pakat2 selak la kain anak2 perempuan kita.. takut jadi macam ni.. ibu2 kena siasat selalu..
Minta dijauhkan Allah..