1 Sep 2012

[VIDEO & BERGAMBAR] Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan


Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin.


Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli.

Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru.

Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat.

Pelancaran jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADILAN dan telah tiba di lokasi pertamanya di Bentong Pahang semalam sebelum ke Benta dan Machang.









Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:

@anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela

Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam.

Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.

Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi.

Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Bentong, Pahang semalam.

Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit.

Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan.

Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah.

@anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TGNikAAziz-minum pagi;Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acara

Setakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut.
-jalanpulang

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang

Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM


p/s Modus operandi dan kerja siapakah yang menyimbah cat merah selama ini? Sungguh binatang perbuatannya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




ter

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerja org terkutuk,Lembik akal,tak daya lawan idea PR,mungkin berahim 'katak' ali,pekida boleh jawab?

sydeen aka saidin berkata...

Takkan ni kerja penyokong PAD, DAP & PKR kot...?

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah membalas segala perbuatan jahat mereka.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan Tanda Putera. Ini Tanda umporno terdesak.

Poiii mampuih lah kau.

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah..org yg membuatnya akan mengaku di hadapan Allah di Akhirat kelak, jika dia tidak mengaku di dunia ni.

Tanpa Nama berkata...

Ini sudah tentu dilakukan penyokong parti Syaitan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

semoga allah membalas tangan tangan yang melakukan kejahatan ini....amin...

Tanpa Nama berkata...

Pencacai-pencacai UMNO akan mengatakan bahawa kerja-kerja ini dilakukan oleh penyokong-penyokong PR. Idea ni dah lama dah. Apa-apapun, selepas ni diharapkan ada orang-orang tertentu yang akan diarahkan untuk mengawal keselamatan bas ini sepanjang masa. Kita khuatir sekiranya berlaku sesuatu yang lebih buruk pada masa yang akan datang. Apatahlagi, pihak yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat mereka.

Andre Irwan berkata...

Tanda indeks jenayah menurun?
Kan jenayah yang dilakukan puak tertentu tidak di"data"kan. Ini yang dikatakan samseng berlesen. Cuba tanya IGP apa itu samseng berlesen?
Aku pun pernah bersua dengan samseng berlesen ni beberapa kali tapi mungkin Allah swt sayang akan aku, maka selamatlah aku. Kalau tidak, .... sampai hari ini pun aku masih ingat peristiwa-peristiwa tersebut.

Waris berkata...

Tanda putera? Bukan... ini tanda PR kuat dan....

TANDA UMNO NAK MAMPOS

Tanpa Nama berkata...

Bas macam ni agak merbahaya.Tayar kecil, badan bas agak tinggi. Kalau kena pukulan angin lintang ke ribut ke, apa2 saje, berhati-hati.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Maaflah kalau Pakcu kata inilah kerja manusia yang "bijak otak " tapi sepit pemikiran dalam suasana Malaysia yang berbagai kaum, budaya dan fahaman politik.

Perkara ini timbul hasil dari benih-benih kebencian yang ditanam oleh pemimpin politik yang saling bercanggah idealogi dalam parti masing-masing dan telah diterjemahkah oleh penyokong masing-masing .

Dan Pakcu kira jika cara "pemimpin bebal ini" meneruskan gaya berpolitik saling menanam permusushan kepada penyokongnya maka bukan cat merah yang telah disimbah malah darah merah pun akan tersimbah....Maka siapa untung ???

Lihatlah disebalik kisah BAS ini siapa pula berani pijak dan tunjuk punggung pada gambar PM dalam suasana menyambut kemerdekaan...???

Inikah budi bahasa rakyat Malaysia? Atau tarbiah siapa ...? Lebih teruk dari perangai Labu Labi......

Pakcu hanya pemerhati politik dan ingin melihat suasana harmoni di BUMI ini.....maaf jika komen Pakcu tersentuh mana-mana pihak....

Tanpa Nama berkata...

Ini kerja syaitan yg dpt arahan drpd iblis!!!

Ammy Hassan berkata...

Aku dah agak peristiwa sebegini lambat laun akan berlaku. Sedangkan kereta yg kita guna saban hari ke hulu ke hilir lagikan terdedah kpd samseng UMNO/Perkasa Laknatullahi alaih inikan pula sesuatu yg gah berjalan menjelajah pelusok bumi Malaysia ini... UMNO adalah United Munafiq Nasty Organization! Silapnya adalah kita: Kenapa tak kawal 24 jam!

Tanpa Nama berkata...

aku rasa puak2 melayu UMNO yg buat ni... inilah yg dikatakan pendek akal... kianat, UMNO memang bodoh guna akal utk pesaingan sihat bkn buat kianat pd org merugikan bangsa sendiri... lagu tu la aku dok tgk kalau melayu berniaga ssh nak ckp la rosak mentality x nak bersatu dpn ja sembnag pompang2 1 m'sia belakang diam2 cari jln nak pecah belahkan org kemudian belakon hero... puih haram jadah

Tanpa Nama berkata...

Islam berdiri di atas hujjah. Itulah sebabnya, Islam mengajar umatnya untuk membalas hujjah dengan hujjah. Untuk mencari hujjah yang bernas dan mampu menangkis hujjah lawan, Islam mengajar kita supaya mencari ilmu pengetahuan. Itulah sebabnya, ilmu pengetahuan diberi keutamaan berbanding dengan amalan-amalan sunat tertentu. Malangnya, ada di kalangan umat Islam yang tidak mahu meningkatkan pengetahuan terutamanya tentang Islam. Ada pula di kalangan mereka yang mempelajari Islam dalam sudut-sudut tertentu sahaja dan mengabaikan sudut yang lain. Sementara itu, ada pula yang hanya mendengar atau membaca pandangan sebelah pihak sahaja dan memekakkan telinga dan memejamkan mata daripada mendengar dan melihat pendapat pihak lain. Golongan sebeginilah kebiasaannya yang mewujudkan budaya politik tidak sihat di dalam masyarakat.
Walau bagaimanapun, kelompok begini tetap wujud dalam masyarakat sehingga Hari Kiamat. Itulah sebabnya mengapa Allah s.w.t menyediakan syurga dan neraka untuk memisahkan di antara golongan yang mahu menerima kebenaran dan golongan yang menolak kebenaran. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Pandangan saya....
Untuk mengelakkan kejadian ini berulang. Bolehlah dipasangkan CCTV pada bas tersebut agar boleh digunakan untuk siasatan kelak.
Kosnya saya rasa tak sampai RM2K.

Minda Tenang