Cukup heboh UMNO, PERKASA dan blogger pencacai mengenai isu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberlakangkan Sultan Selangor di dalam majlis sambutan merdeka yang diadakan di Shah Alam pada malam Hari Merdeka.
Tetapi mereka terlupa atau sengaja lupa bahawa kerajaan Pusat UMNO/BN lansung tidak menjemput DYMM Seri Padu baginda Yang Dipertuan Agong ke di countdown Merdeka di Stadium Merdeka kelmarin dan di Majlis Sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil semalam.
Yang kelihatan disebelah Najib ialah seorang perempuan debab bernama Rosmah. Belum pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah di mana isteri PM disediakan tempat khas di pentas seolah-olah beliau salah seorang menteri kanan kabinet sehingga menenggelamkan wajah-wajah menteri kabinet yang lain.
Agong dan tempat Agong tidak kelihatan. Apakah ini bererti Najib atau Rosmah lebih besar dari Yang Dipertuan Agong?
BERNAMA yang menulis berita untuk yang mempersoalkan "Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?" silakan jawab..
Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?
Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.
"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buloh, hari ini.
Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara 'pelik' yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.
"Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)...janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu," katanya.
Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati.
Berbeza dengan BN, Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.
Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucer buku.
Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.
Perdana Menteri berkata: "Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).
"Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu".
Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.
"Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.
"Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor. - Bernama
12 ulasan:
Rosmah mmg lg besar drAgong.x percaya tgk la sendiri.
Haha bosa bona ghaso ea kikiki
Aku sokong..depa ni buta mata, dah sah Rosmah besar dari Agung...
Betul la apa yang Chet Det kata UMNO nie parti syaitan; kerjanya Akan menghasut rakyat sahaja..fikir2 kan;
Percaya...percaya...
Cik mah c4 kan FLOM - first lady of Malaysia lg tinggi darjat nyer dr permaisuri n agong..mmg patut dia d dulukan..haha
Cik mah c4 kan FLOM - first lady of malaysia..dh tentu2 dia Lebih beso dr permaisuri waima agong skali pon...hahaha
Kah... kah... kah...
Ia lah pulak kaaaaannnn...
Kan ke Agong baru kita tuh smart dan slim je berbanding saiz najib dan isteri.
DSAI ngan W.Azizah pun tak leh lawan punye. Hal itu pun depa nak bisingkan jugak...
Betullah orang kata selama nih.. Tiada UMNO/BN negara selamat dan rakyat sejahtera.
Hidup DSAI dan brjayalah Pakatan Rakyat. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Muhyiddin tidak terasa ke yang rosmah asyik duduk setaraf dengan dia dlm apa-apa majlis. Macam tidak bererti sahaja TPM yang dia sandang sekarang ini.
Puak munafikun @ UMNO-APCO_BN memang jenis setan. Depa yang berlakon, mengarah dan merancang segala-gala kejahatan derta dirakamkan. Lepas tu, depa kata PR yang buat. Depa ingat rakyat Malaysia semuanya bodoh bangang belaka. Depa lupa bahawa ada juga ahli UMNO-MCA-MIC etc yang tidak percaya akan berita ni. Apatah lagi penyokong PR kecuali ahli perpaduan.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH. Semoga kau semua dilaknat Allah swt. AMIN.
ROSMAH WANITA PERTAMA LEBIH BESAR DARI PERMAISURI AGONG, SIAPA BERANI BANTAH, ALTANTUYA C4
adoii..makin meluat plak aku tgok c tembam rosmah ni laa..memanjang ade je muke tembam diye tu.aku rse bini2 pm dulu x ler slalu sgt ikot laki p sane sini..diye ni la haaiii..emmm
Catat Ulasan