14 Jan 2012

TGNA Mahu BERS✔H 3.0 Digerakkan

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Dalam perutusan yang di edarkan hari ini, beliau berkata tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakankan taktik melengah-lengahkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

"Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya. Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0."

Berhubung Konvensyen yang sedang berlangsung, Menteri Besar Kelantan itu berkata perpaduan yang terjalin dengan komponen PR membolehkan PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Umno pula tidak putus-putus mengkhianati perjuangan PAS dengan menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

"Sebab itu Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk di jemput menjadi rakan dalam PR.

Sehubungan itu menurut beliau sudah tiba masanya menerusi konvensyen ini untuk menggarap dan meningkatkan kerjasama untuk menjayakan agenda BERSIH 3.0 akan menjadi sebuah realiti.

"Ini adalah usaha dan kerjasama yang pasti akan memartabatkan lagi PR selepas 901 iaitu keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kerjasama politik dalam PR memenuhi prinsip Tahaluf-Siasi yang merupakan kebajikan sejagat yang mendapat keredhaan Allah.

Justeru katanya, keadilan untuk pelbagai kaum yang diperjuangkan PR selepas 901 mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai Putrajaya. -tvsnews

Kerajaan perlu dedah daftar pengundi warga asing

ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diseru menolak politik kotor yang diamalkan di negara ini oleh para pemimpin Umno BN dengan menukar BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga sehubungan itu menyeru seluruh rakyat negara ini menolak segala ciri yang menyumbang kepada politik kotor termasuk menolak pemimpin-pemimpin yang tidak berintegriti.

Menurutnya, selain itu, orang ramai juga perlu menolak pemimpin-pemimpin yang rasif dan pasif dan pemimpin yang mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.

Berucap pada Acara Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini, beliau berkata, pentadbiran Kerajaan BN ternyata gagal mencegah rasuah, malah indeks rasuah di negara ini terus meningkat dari kedudukan di tangga ke-10 ke tangga ke-6 tahun lalu.

"Aset negara yang telah dikeluarkan ke luar negara juga cukup tinggi sehingga USD291 bilion tahun lalu dan pengeluaran aset secara haram ini mestilah dihentikan," katanya.

Beliau turut mendesak pihak kerajaan dan menteri terbabit mendedahkan akaun petronas untuk pengetahuan seluruh rakyat.

Begitu juga dengan data-data berhubung pendaftaran warganegara asing sebagai pengundi di negara ini yang mesti didedahkan oleh menteri yang bertanggungjawab.

"Kerajaan BN juga mestilah melaksanakan lapan tuntutan Bersih terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU Ke-13," ujar beliau.

Kesemua tuntutan itu telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen baru-baru dan ia mestilah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum pilihanraya diadakan.

"Kalau tidak tak ada gunanya kerajaan menubuhkan jawatankuasa itu," tegas beliau. -HD


Ulasan GB

BERS✔H 3.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum diberishkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pemuda PR mampu menjadi peneraju utama penggerak BERS✔H 3.0 jika pihak J/K BERS✔H 2.0 sudah enggan untuk menjayakannya.

Jangan hanya bercakap, berindak sekarang. Panggil mesyuarat, tetapkan tarikhnya SEGERA.

Dan jangan berlengah sebelum kita terus ditipu SPR dan UMNO/BN.

5 ulasan:

Amuraria berkata...

PUAK GEROMBOLAN AKAN SELEWENG APA SAJA DEMI KUASA ! SEGALA TUNTUTAN AKAN DIA BUAT 'LUPA' KERANA TAMPUK PEMERINTAHAN DI TANGAN MEREKA JADI SEMUA ALAT JENTERA & JABATAN DI'LEMBU'KAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI, KENA GERAK DARI SEKARANG ,ATUR DAN RANCANG SERAPI-RAPI NYA UNTUK KEBERKESANAN 'BERSIH3' INSYALLAH ! ALLAHU AKHBAR !

Tanpa Nama berkata...

sudah lama kami bersedia turun BERSIH 3.0, kami turun guna duit poket sendiri yang dikumpul hari hari dan kami tidak pernah minta duit kepada sesiapa pun,perjuangan kami hanyalah untuk orang miskin papa kedana dan rakyat yang telah dibutakan oleh UMNOAPCO hipokrit, anak beranak pemimpin uMNO yang masih hingusan mempunyai wang dan saham 6 ribu juta ringgit bersamaan 6 billion ringgit MALAYSIA.
rakyat fikirlah sendiri siapa yang pandai dan siapa yang di perbodohkan oleh UMNO.
dari. PENGUNDI ATAS PAGAR>

Tanpa Nama berkata...

Kena gerak secepat mungkin, jangan beri peluang "lembu" ini menipu kita..... biar jiwa jadi taruhan, demi masa depan Islam tercinta.. takbir 3X

MNazri berkata...

Bersih 3.0, we are ready to join you!

Just name the place, set the date and time, and we'll be there!

Tanpa Nama berkata...

Yes.. Just set masa and tempat. waa siap. Kah... kah... kah... pesta-pestaan sebelum PRU-13 pak. Jangan repot-repot 'block dan sembur' sana sini.