11 Jan 2012

Kenapa Dr Rani Layak Untuk Menjadi Exco Gantikan Hassan Ali?

Rani paling layak ganti Hasan Ali

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh saranan Datuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta supaya Datuk Dr Hasan Ali meletakkan jawatan selaku exco kerajaan negeri secara sukarela.

Ini kerana beliau tidak lagi mewakili parti setelah dipecat keahlian beliau oleh PAS baru-baru ini.

Menteri besar juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota exco tersebut adalah untuk parti PAS.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga menyokong penuh saranan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss, supaya kekosongan untuk exco diserahkan kepada Dr Abdul Rani Osman selaku pesuruhjaya PAS negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut bukan sekadar beliau merupakan orang PAS nombor satu Selangor tetapi beliau juga cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan permasalahan rakyat.

Jawatan Ini Jawatan Yang Memeningkan Kepala

KLANG: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat Ahad lalu berkata, beliau akan memikul amanah itu jika hanya diarahkan oleh kepimpinan PAS pusat.

Ini kerana katanya, beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menyandang jawatan tersebut kerana ia adalah satu jawatan yang memeningkan kepala.

Bercakap dalam satu pertemuan dengan akhbar The Star, ahli Dewan Undangan Negeri Meru itu yang pada Jun tahun lalu turut mengantikan Dr Hasan sebagai pesuruhjaya PAS negeri menegaskan, pendiriannya itu tidak berubah walaupun sekarang nampaknya kerusi tersebut bakal dikosongkan ekoran perkembangan terbaru dalam parti.

"Bukannya kerana saya keberatan atau apa, tetapi hakikatnya ialah saya tidak berminat. Ia (jawatan Exco) datang bersama bebanan yang memeningkan.

"Ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Hanya jika kepimpinan parti mahukan saya mengambil alih barulah saya terima tetapi saya tidak minta diberikan peluang itu," katanya.

Apabila diberitahu bahawa banyak pihak melihat beliaulah calon yang paling layak untuk kerusi tersebut, Dr Rani menjawab; "Masih ramai ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS yang lebih layak dan kanan daripada beliau untuk diamanahkan jawatan ini."

Antara yang menyokong agar Dr Rani dilantik mengantikan Dr Hasan sebagai Exco ialah Dewan Pemuda PAS Selangor atas dasar beliau kini adalah pesuruhjaya PAS negeri.

Dr Hasan yang dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu masih berpeluang membuat rayuan kepada Majlis Syura PAS berhubung pemecatannya itu.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum memutuskan apakah langkah seterusnya termasuklah tentang kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Juga masih samar-samar apakah kepimpinan PAS pusat hanya akan mencadangkan satu nama baru untuk mengisi kerusi Exco tersebut selepas Dr Hasan memutuskan untuk membuat rayuan atau tidak. -mstar


Ulasan GB

Memerhatikan jawapan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman tatkala diajukan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat, menampakkan beliau memang seorang yang merendah diri dan tawadhu - sifat yang begitu jarang ditemui di kalangan pemimpin.

Biasanya seseorang akan melompat kegirangan apabila disebut-sebut sebagai exco, malah ada yang lebih dasyat, merancang pula nak jadi MB sebaik saja menang pilihanraya dengan pelbagai helah dan cara, tetapi tidak diizinkan Allah rencananya itu.

Malah satu ketika seingat GB, ketika nama Dr.Rani Osman disebutkan untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun, beliau sanggup bernazar hendak sembelih kambing jika tidak terpilih.

Dr.Rani mengetahui bahawa sesuatu "jawatan" itu bukan satu tasyrif (keistimewaan), tetapi satu taklif (bebanan tanggungjawab).

Inilah ciri yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda kepada Abd al-Rahman Bin Samurah ra:

"Wahai Abdulrahman, kamu jangan meminta imarah(pemimpin), kerana, jika tugas pemimpin diberikan kepada kamu kerana kamu minta ia akan diserahkan kepada kamu dan kamu dibebani. Jika ia diberikan kepada kamu bukan kerana kamu minta, kamu akan dibantu atas (kendalian) nya". - Bukhari, Muslim

PAS perlukan ramai pemimpin seperti Dr.Rani ini.

Seperti yang pernah GB utarakan sebelum ini bahawa PAS adalah "hizbullah", maka Allah yang akan memilih siapa yang layak untuk memimpin gerakan Islam ini. Dan Allah akan memilih mereka yang paling merendah diri dari kalangan beriman untuk memimpin ummah.

Dan itulah diantara ciri kemenangan hizbullah seperti firmanNya di dalam Surah Al-Maidah ayat 56

وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman itu penolongnya, maka sesungguhnya kumpulan (parti) Allah itulah yang menang.



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam. jgn di paksa jika beliau tidak mampu. bimbang nanti bila kalah masing salah menyalahkan. tanggungjwb itu penting berserta dgn redha. jika ia menganggap suatu yg memeningkan dan membebankan,usahlah memaksa.

Tanpa Nama berkata...

Diharap selepas ni tida lg tuliah us 2 di tarik

Tanpa Nama berkata...

tegok airmuka dr.rani berbanding hassan ali pun kita sudah tahu.

jauh bebenar bezanya.

Tanpa Nama berkata...

Salah satu mutiara yang PAS ada selain Mohd Nizar dan Husam Musa.

Tanpa Nama berkata...

anon 4:51

siapa memaksa?

di dalam Islam pula ada kaedah memilih pemimpin.

jawatan kepimpinan tidak boleh diminta tetapi bila dilantik tidak boleh ditolak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Hassan Ali tak letak jawatan cara sukarela,betul-betul dia muka tak malu sebab bukan lagi ahli PAS.Berkokok berderai-derai,ekor bergelumang tahi.

Tanpa Nama berkata...

Kesian tengkok si asan ni .. ibarat dah macam gilx talak.. mana dia nak pergi.. jagalah lembu-lembu kak ijat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau soalan ini ditanya pada Dr. Hassan Ali, mungkin dia akan jawap jawatan Perdana Menteri lebih layak untuk dia, sebab dia berpendidikan tinggi sehingga ke peringkat PHD.

-wakleman

pak din tua berkata...

Betoi kata Anon 0709, tengok air muka dia nampak tenang , bersih dan cool BEZA dengan Asan tu, tambah la ni lagi nampak berserabut...