PAS: Hasan Ali, Nasharudin Tolak Usaha Untuk Perbincangan
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberitahu, dua pemimpin parti tersebut, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali telah menolak usaha yang dibuat parti untuk berbincang mengenai isu membabitkan mereka.
“Mereka tidak bertindak balas kepada beberapa percubaan. Kami tahu mereka kecewa selepas tewas pada pilihan raya parti,” katanya pada sidang media yang turut disertai Timbalannya, Khalid Samad di sini pada Selasa.
“Isu tidak dicalonkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum tidak seharusnya menjadi satu isu. Mereka telah bersama kami selama ini dan tahu prosedur yang digunakan, namum masih mahu mempersoalkannya.
“Nasharudin menggempur hala tuju dan prinsip parti dan semua yang mereka katakan tidak mempunyai bukti kukuh,” katanya.
Nasharudin, bekas Timbalan Presiden PAS sebelum ini mendakwa pimpinan parti terlalu obses dengan matlamat politik dan telah meninggalkan perjuangan Islam.
“Kedua-dua Nasharudin dan Hasan perlu menyedari bahawa tindakan mereka akan memakan diri. Parti sudah kukuh dengan ahlinya,” katanya.
Dr Rani juga berkata, beliau menganggap Hasan sebagai ‘idolanya’ dan mendesak agar bekas Pesuruhjaya PAS itu untuk ‘berdamai’ semula dengan parti.
Khalid pula berkata, parti tersebut tidak akan mengambil tindakan terhadap Nasharudin atau Hasan kerana percaya kedua-dua mereka masih boleh ‘diselamatkan’.
Beliau menambah, pemimpin tersebut seharusnya mematuhi disiplin parti dan menerima keputusannya, termasuklah dalam menolak perbincangan mengenai perpaduan antara PAS dan Umno.
“Pucuk pimpinan tertinggi telah memutuskan bahawa ia mahu mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan dan ia seharusnya diterima oleh semua,” katanya. -mstar
Ulasan GB
Semakin panas apabila hampir pilihanraya.
Yang nyata sekarang ini kumpulan UG nampaknya beriya-iya mempertahankan "kecurangan" Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa sekalipun Setiausaha Agung parti telah mendedahkan kedua-dua orang tersbeut tidak hadir mesyuarat - bererti tidak menjalankan amanah yang telah diberikan.
Isu ini timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Shaari Sungip menyatakan "kemungkinan" Hassan Ali tidak dicalonkan lagi berdasarkan kekurangan pencalonan di peringkat cawangan.
Tiba-tiba masing-masing melenting tak tentu pasal sedangkan apa yang dinyatakan oleh Shaari Sungip adalah fakta prosidur yang memang telah lama diketahui. Kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul rani Osman:
“Isu tidak dicalonkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum tidak seharusnya menjadi satu isu. Mereka telah bersama kami selama ini dan tahu prosedur yang digunakan, namun masih mahu mempersoalkannya.
Anehnya, Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa menggunakan media massa pro-UMNO menghentam PAS. Sesuatu yang pernah satu ketika digunakan oleh bekas pemimpin PKR bernama Datuk Zaid Ibrahim yang lantarannya beliau dihentam oleh ahli PKR (termasuk PAS juga).
Tapi berbeza dengan kes Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Mereka mengkritik parti menggunakan akhbara pencacai - dan sebahagian pemimpin PAS mempertahankan terutama mereka yang dikaitkan dengan UG.
Dahulu hanya GB bersendirian mengkritik Mustafa Ali kerana beliau dilihat merupakan master-mind UG di dalam PAS. Ramai juga yang menghentam GB selepas itu terutama dari kalangan UG yang "lubuknya" terdapat di Terengganu dan Selangor.
Tetapi apabila Mustafa sudah meninggalkan gagasan tersebut, maka GB tidak lagi mengkritiknya, malah bersyukur kepada Allah telah mengembalikan Mustafa Ali ke dalam saf perjuangan PAS yang sebenar.
Anehnya, yang mengkritik Mustafa Ali kini ialah pemimpin dan ahli yang masih setia dengan gagasan gila itu - kononnya Mustafa mendedahkan kelemahan pemimpin mereka secara umum tetapi mereka membisu apabila sebelumnya Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa mengkritik parti terang-terangan melalui media UMNO.
Diantara yang lantang mempertahankan kedua-dua itu tak lain dari pemuka-pemuka UG juga, termasuklah Tuan Ibrahim, Harun Taib, Nik Abduh dan beberapa blogger ala-pencacai.
Kebetulan timbul isu ini selepas "isu lembu NFC hangat diperkatakan dan "suweh" menimpa akhbar Utusan apabila ia diperintakan oleh mahkamah membayar RM200,000 kepada Lim Guan Eng kerana telah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
GB sudah lama melihat hal ini akan berlaku. Sebelum ini di dalam entri bertajuk Siapa Yang Bakal Terkena Suweh Penyapu?, GB telah ulas. Petikan:
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Kenyataan Nasharudin Dikecam Hebat
KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa parti semakin lemah dan mengetepikan prinsip Islam demi kepentingan politik menerima kecaman hebat daripada rakan sekutunya.
Beliau turut menyindir kenyataan segelintir pemimpin tertinggi PAS yang mengkritik ucapannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mempersoalkan apa yang mendorong kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin kedua parti itu.
“Beliau tidak pernah menyebut apa-apa mengenai kelemahan parti semasa (beliau) menjadi timbalas presiden. Sekarang baru hendak membuat dakwaan itu. Apakah maksud sebenarnya?” soal Mustafa.
Naib Presiden Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak boleh menerima dakwaan Nasharudin itu.
Sebagai bekas timbalan presiden, beliau berkata, Nasharudin perlu tahu bagaimana parti itu berfungsi dan tidak ada asas untuk mendakwa PAS semakin terpesong dari prinsip-prinsip berlandaskan hukum syarak (undang-undang Islam).
"Saya tidak menerima pendapat itu. (Perbezaan) hanya menunjukkan pendekatan kami tentang bagaimana untuk berpegang pada dasar kita hari ini.
"Masa sudah berubah dan kita perlu bersikap progresif," kata Salahuddin.
Beliau turut menafikan dakwaan Nasharudin bahawa terdapat unsur-unsur dalaman parti terutama melibatkan kepimpinan tertinggi yang menyebabkan masalah-masalah yang kini dihadapi oleh PAS.
Salahuddin menyifatkan ia sebagai “sesuatu yang tidak benar.”
Seorang lagi pemimpin terting yang tidak mahu mendedahkan namanya menuduh Nasharudin tidak mengamalkan seperti yang dipegangnya.
Beliau mendakwa ia merupakan sesuatu yang ironik bagi Nasharudin, yang bercakap tentang mematuhi nilai-nilai Islam.
“Dia (Nasharudin) kini menggunakan kelas perniagaan, jika tidak pun kelas pertama. Dia tidak mengikut prinsip Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan dan memerlukan pengorbanan.
"Bagi beliau mengatakan PAS lemah, dan kita mesti mempersoalkan kenapa dia kalah (dalam pemilihan parti lepas). Ia kerana dia benar-benar tersasar daripada sokongan akar umbi dan perjuangan parti,” kata pemimpin berkenaan.
Timbalan presiden parti Mohamad Sabu, yang mengalahkan Nasharudin bagi jawatan itu pada Jun berkata, kenyataan Nasharudin itu akan diperbincangkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.
Ulasan GB
Semakin panas apabila hampir pilihanraya.
Yang nyata sekarang ini kumpulan UG nampaknya beriya-iya mempertahankan "kecurangan" Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa sekalipun Setiausaha Agung parti telah mendedahkan kedua-dua orang tersbeut tidak hadir mesyuarat - bererti tidak menjalankan amanah yang telah diberikan.
Isu ini timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Shaari Sungip menyatakan "kemungkinan" Hassan Ali tidak dicalonkan lagi berdasarkan kekurangan pencalonan di peringkat cawangan.
Tiba-tiba masing-masing melenting tak tentu pasal sedangkan apa yang dinyatakan oleh Shaari Sungip adalah fakta prosidur yang memang telah lama diketahui. Kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul rani Osman:
“Isu tidak dicalonkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum tidak seharusnya menjadi satu isu. Mereka telah bersama kami selama ini dan tahu prosedur yang digunakan, namun masih mahu mempersoalkannya.
Anehnya, Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa menggunakan media massa pro-UMNO menghentam PAS. Sesuatu yang pernah satu ketika digunakan oleh bekas pemimpin PKR bernama Datuk Zaid Ibrahim yang lantarannya beliau dihentam oleh ahli PKR (termasuk PAS juga).
Tapi berbeza dengan kes Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Mereka mengkritik parti menggunakan akhbara pencacai - dan sebahagian pemimpin PAS mempertahankan terutama mereka yang dikaitkan dengan UG.
Dahulu hanya GB bersendirian mengkritik Mustafa Ali kerana beliau dilihat merupakan master-mind UG di dalam PAS. Ramai juga yang menghentam GB selepas itu terutama dari kalangan UG yang "lubuknya" terdapat di Terengganu dan Selangor.
Tetapi apabila Mustafa sudah meninggalkan gagasan tersebut, maka GB tidak lagi mengkritiknya, malah bersyukur kepada Allah telah mengembalikan Mustafa Ali ke dalam saf perjuangan PAS yang sebenar.
Anehnya, yang mengkritik Mustafa Ali kini ialah pemimpin dan ahli yang masih setia dengan gagasan gila itu - kononnya Mustafa mendedahkan kelemahan pemimpin mereka secara umum tetapi mereka membisu apabila sebelumnya Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa mengkritik parti terang-terangan melalui media UMNO.
Diantara yang lantang mempertahankan kedua-dua itu tak lain dari pemuka-pemuka UG juga, termasuklah Tuan Ibrahim, Harun Taib, Nik Abduh dan beberapa blogger ala-pencacai.
Kebetulan timbul isu ini selepas "isu lembu NFC hangat diperkatakan dan "suweh" menimpa akhbar Utusan apabila ia diperintakan oleh mahkamah membayar RM200,000 kepada Lim Guan Eng kerana telah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
GB sudah lama melihat hal ini akan berlaku. Sebelum ini di dalam entri bertajuk Siapa Yang Bakal Terkena Suweh Penyapu?, GB telah ulas. Petikan:
Jangan lupa Khir Toyo yang dahulu menghadiahkan penyapu kepada PBT, tiba-tiba beliau yang ditimpa suweh sehingga sekarang tak habis-habis lagi.
Kerana apa? Mentaliti orang Melayu dah anggap penyapu itu pembawa suweh. "Kamu ialah apa yang kamu fikirkan"!
Maka yang akan ditimpa suweh nanti nampaknya bukan Khalid Ibrahim tetapi kepada penghadiah penyapu itu iaitu UMNO Selangor yang berselindung di sebalik nama NGO yang dikenali sebagai GEMPAK dan WARISAN.
Kalau geng kepala lembu sudah menerima habuannya, tak lama lagi geng penyapu dan mangkuk tandas ini bakal menerima apa yang mereka lakukan bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali namanya.
Allah itu Maha Melihat dan Allah itu Maha Berkuasa. Sebenarnya Allah yang akan mengurniakan habuan pembalasan itu, bukan kerana suwehnya penyapu.
Dia juga yang akan menunjukkan siapa sebenarnya yang bertanduk. MB Selangor & Khalid Samadkah atau geng songkok tinggi bersama-sama "UG". Di dalam Islam, yang jahat akan terkena balik kejahatan yang mereka lakukan. Di dalam konteks demonstrasi semalam nampaknya UMNO Selangor yang diwakil oleh geng bersongkok tinggi bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali & kumpulan UG bakal terkena "suweh penyapu" itu disertai dengan wartawan-wartawan & akhbar-akhbar yang menjulang tinggi tindakan mereka itu.
InsyaAllah, pemerhatian GB ini tidak silap.
klik untuk baca
13 ulasan:
bro
hanya TKO(tranungkite) satu2 pencacai UG yg masih kuat dari WM ke MOD nya.
dulu mereka pertahankan mustafa ali skg di maki dan di caci habis habisan,tapi hari ini nampak terkedu sikit.
Sudah tentu mereka berdua ni menolak sebarang perbincangan kerana Stopa Ali selaku S/U Agong tidak berbincangan dan bermesyuarat dulu dengan mereka sebelum membuat "pendedahan" dalam akhbarnya Harakah.Dicatitkan "nya" disini,sebab Harakah tu Stopa Ali yang punya.Yang berdua ni terasa amat tersinggung kerana Stopa Ali adalah teman seperjuangan UG.
Oleh kerana mereka berdua ini pernah dipilih menjawat kepimpinan tetinggi pas pada satu ketika dahulu. Maka sikap ego dalam diri tidak upaya dihindari meskipun mereka telah pernah ditarbiah supaya faham erti perjuangan gerakan Islam kerana mereka melihat Pas lebih sebagai tempat berpolitik bersama parti. Manalah tau satu hari mungkin ada peluang menjadi menteri. Nakkan yang terpantas setuju saja ujudkan kerajaan UG.
Sebab itulah mereka tidak punya jati diri sebagai pejuang berbanding dengan Mohd Sabu yang dilebelkan sebagai pejuang sejati, kendati beliau telah beberapa kali tewas dalam pemilihan, baik semasa beliau dalam pemuda maupun sehingga sampai kejawatan yang disandang kini.
Bagi orang2 ini Mohd Sabu bukan pemimpin yang perlu disegani, tidak punya nilai akademik yang jadi ukuran kepada heraki, lalu ego hairan akan diri membuat kedua makhluk ini jadi lupa dengan sejarah Muhammad s.a.w seorang nabi yang sengaja dipilih Allah tidak pernah sekolah bahkan seorang Ummi miskin yatim tetunya tidak sekaya Nasarudin dan Hassan Ali.....
Kerelaan kita membenarkan ucapan kita yang memburukkan jemaah dan kepimpinan melalui saluran yang Fasik (TV3 dan RTM dan seangkatan dengannya) kemudian dilaung-laung oleh musuh Islam dalam media dan akhbar untuk memecah belahkan ummah adalah bukti "ANDA TERMASUK JERAT UMNO"
GB, aku risau jika mamat ug 2 org ini sdg menerima upah utk huru-harakan pas dan pr menjelang pru yg akan dtg, tak mustahilkan GB?
Sudah dinyatakan berkali-kali iaitu masalah yang sebenarnya ialah presiden. Tiada ketokohan sebagai leader... lembik... flip flop... tiada karisma dan kredibiliti.
Selaku presiden perlu tegas. Asyik dok kluk klek tak tau nak buat keputusan sewaktu krisis. Nasib baik mustafa ali ada untuk cover up.
Pemilihan akan datang tukar je presiden kepada seorang yang lebih berkarisma. Tak semestinya dari golongan ulama kerana majlis syura serta murshidul am dah ada untuk mengimbangi antara hukum dan pentadbiran. Tapi jika ada ulama yang cekap mentadbir serta berkarisma adalah merupakan satu bonus bagi pas.
Buang karan je bila imej pembangkang serta imej melayu lembu tak dapat dipisahkan dari puak-puak UG ni.
Ada sedikit kelemahan pimpinan PAS menyebabkan krisis ini. Kepada Hasan Ali dan Nasha jika sudah jemu dengan PAS baik keluar secara baik. PAS masih bernyawa. Jika nak jawatan dan kedudukan masuk UMNO.
aku sokong warisssssssssss
umur dah makin lanjut
muka dah makin keriput
bercakap yang berpatut padan sudahlah
saya amat setuju dengan GB pasal Hassan Ali. sebagai ahli PAS selangor, kami dah masak dengan masalah yang dia timbulkan. baru2 ni kami menjemput seorang ketua ulama' negeri berkuliah di markaz kami, beliau bertegas mempertahankan Hasan Ali. Kemudian setelah kami terangkan keadaan sebenar, terus beliau kata kalau macam tu Hasan Ali membahayakan jemaah. Rupa-rupanya selama ini ramai orang diluar Selangor termasuk pimpinan tak tahu keadaan sebenar.
walaubagaimanapon saya masih tak faham kenapa GB masih tak suka kepada Tuan Ibrahim. adakah sesiapa yang bertanding melawan Mat Sabu kita kena cop pro UG? melalui kuliah, forum, ceramah dan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai Ketua Penerangan, saya tak nampak pon beliau menyokong UG.
hasan ali janganlah tipu diri sendiri,rakyat sentiasa perhatikan tindak tanduk anda, walaupun kami penyokong PAS bukan ahli PAS. Kalau nak kaya cepat ikut contoh Zamil Bedong (orang Bedong panggil nama pendek MEN dulu bekas PKR dan sekarang parti kita telah memjadi kayaraya setelah Najibaltuya jadi PM, kerana MEM menjadi proksi UMNONAJIBALTANYUYA sudah dapat ratusan juta, semua orang BEDONG terkejut dengan kekayaan segera MEN tersebut kerana katak yang lopmat parti dari PKR kepada UMNO adalah atas daya usha MEN tersebut.
kalau HASAN ALI nak kaya minta sajalah berapa yang anda mahu pada NAJIBALTANTUYA ratusan juta sikit bagi meraka kerana wang tersebut datang dari wang cukai rakyat MALAYSIA.
Caral,
Tuan Ibrahim dulu UG macam stopa ali jugak. nampak jelas ketika beliau jadi hakim(pengerusi JK Disiplin) dlm kes Hassan Ali vs Khalid samad di mana keptusannya amat bias dan x adil.
Abu Adam
APA YANG KAU ORG BUAT NIE SYAITAN!!!! PECAT JER......PR MASIH ADA DAP & PKR....PAS JGN BUAT SPOIL PLAK????
MAHFUZ TOLONG AJAR BUDAK DUA EKOR NIE CARA NAK MASUK UMNO.....
Catat Ulasan