Kolonial: Ucapan PM dari era Tunku sudah hujah ‘negara pernah dijajah’
Di sebalik kontroversi kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong, elemen yang menjadi polemik terbaru ialah sama ada negara ini pernah menjadi tanah jajahan Britain dan dijajah oleh kuasa asing.
Dua hari lalu, PAS mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Profesor Dr Zainal Kling agar menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.
PAS menegaskan cadangan yang dikemukakan oleh MPN khususnya beberapa profesor seperti Zainal, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam bukan satu perkara yang kecil, sebaliknya menyanggah tesis yang sudah diterima oleh ramai ahli akademik dalam mahupun di luar negara.
“Kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Tanah Melayu, rata-rata diterima oleh para ahli akademik sebagai penjajahan sama ada di Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British,” kata parti Islam itu.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata MPN kini sudah masuk perangkap Mohamad dalam isu terbaru ini.
“Kalau kita tak pernah dijajah buat apa sambut merdeka sampai habis jutaan ringgit? Dan lebih sedih lagi Tunku baru sahaja kehilangan gelaran. Sekarang dia cuma bapa kepada Tunku Ahmad Nerang dan adik-adiknya. Bukan lagi Bapa Kemerdekaan,” kata beliau mengulas perkembangan semasa.
Khoo dalam satu kenyataan Ahad lalu dan diulangi Jumaat lalu, antara lain berkata, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.
“Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British,” kata beliau dalam satu temu bual dengan akhbar tempatan.
Bertolak daripada pandangan itu, timbul polemik antara tafsiran golongan pengkaji sejarah dan pemahaman rakyat jelata.
Rakyat jelata, bersumberkan buku-buku teks dan kenyataan ahli-ahli politik membentuk pemahaman bahawa negara ini dijajah oleh British.
Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain.
Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman antara lain berkata, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...”
Memoir terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.
Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, “menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung.
Laman itu juga menyebut, “reaksi ke atas pemerintahan kolonial bermula awa abad ke-20.”
Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 juga menyebut soal British dan penjajahan.
Kata Dr Mahathir, “sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.”
“Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.
“Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana kemelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali,” kata bekas perdana menteru keempat ini.
Dalam ucapannya itu, beliau juga dipetik berkata, “di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem kerajaan di Britain, `’King’ atau ‘Queen’ mereka mesti menerima nasihat kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru-baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.”
Dalam ucapan terakhir sebagai presiden Umno pada 2003, Dr Mahathir berkata, “kita telah dijajah oleh tiga kaum Eropah. Selama 450 tahun, kita telah berada di bawah pemerintahan penjajah. Sekarang kita dan negara-negara Asia yang lain berhadapan dengan kemungkinan dijajah sekali oleh mereka.”
Poin yang sama ditekankan dalam perutusan Hari Kebangsaan 2000. Kata Dr Mahathir, “berbanding dengan tempoh kita dijajah, kemerdekaan kita bukanlah lama. Empat puluh tiga tahun adalah amat pendek berbanding dengan lebih kurang 450 tahun kita dijajah. Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kita dijajah oleh Belanda, British, Jepun dan juga Siam. Inilah sejarah kita yang terhina dan memalukan.”
Malah katanya, “bagi anak watan nasib mereka adalah lebih buruk. Penjajah mengetepikan mereka dengan memilih jalan mudah membawa masuk orang luar untuk bekerja dan berniaga di Negeri-negeri Melayu. Dengan itu anak watan menjadi rakyat yang termiskin, rakyat kelas dua di negeri-negeri sendiri. Pada suatu masa bilangan mereka kurang daripada kaum pendatang.”
“Walaupun British berhak hanya menasihati Raja-raja Melayu, tetapi mereka mengambil alih sepenuhnya kuasa pentadbiran. Demikianlah apabila kita meminta pertolongan orang asing, kita hilang hak sama sekali. Segala urusan yang penting dibolot oleh orang asing sehingga orang Melayu hilang kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri. Mereka tidak pernah secara serius dan terancang mencuba untuk membebaskan negeri-negeri mereka.”
Ucapan dasar Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno 2001 berkata, “penubuhan Umno sebagai parti politik pada tahun 1946 menandakan tamatnya hampir 450 tahun bangsa Melayu dan negeri-negeri Melayu dijajah.
Sebelum ini siapa sahaja boleh menjajah orang Melayu. Mereka tunduk kepada sesiapa sahaja. Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam pun semuanya diterima dan dihormati oleh orang Melayu sebagai tuan kepada mereka.
“Orang Melayu di zaman penjajah tidak bermaruah dan tidak bersemangat. Mereka anggap diri mereka sebagai manusia kelas dua dan mereka sedia menyerah apa sahaja kepada orang lain yang mereka percaya lebih berkebolehan daripada mereka. Pentadbiran negara, perniagaan dan perusahaan, kerja biasa pun semuanya diserah kepada orang asing.”
Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada 1982 iaitu setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, “Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia.”
Pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Hari Kebangsaan 2007 berkata, “kita menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan warga dari kongkongan pemikiran kolonialisme. Kita menghargai pemimpin pelbagai komuniti yang telah mempamerkan wawasan, hikmah dan ideal untuk membina gagasan yang kukuh lagi berpadu, gagasan yang adil lagi saksama, gagasan yang aman lagi makmur.”
Dalam ucapan dasar Perhimpunan Umno 2007, kata beliau, “rasa bimbang, rasa takut dan rasa terancam dalam minda Melayu berlaku apabila orang Melayu tidak mempunyai persediaan yang cukup. Selagi orang Melayu berfikiran kecil, selagi itulah orang Melayu berasa gentar kepada perkataan meritokrasi. Merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya, adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu, bermula dari era penjajahan.”
Datuk Seri Najib Razak, yang menggantikan beliau, dalam perutusan Hari Kebangsaan 2009, yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri keenam berkata, “lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.”
“Pascakemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan,” kata beliau.
Malah buku-buku teks sejarah negara ini masih menggunakan perkataan dan istilah penjajahan, bekas penjajah ataupun imperialisme dan kolonialsime, nampaknya ini memerlukan keseragaman penggunaan. -TMI

5 ulasan:
kalau malaysia tak dijajah, mana mungkin tertubuhnya nama malaysia itu sendiri..
Jom terjah sini:
1)Terbaik!!! 10 Gambar Carian Google Earth Yang Menakjubkan
2)Menarik!!Video Wartawan Tercirit Dalam Seluar
Tiap2 tahun aku berbelanja tak lebih dpd RM 150/- utk sambut hari kemerdekaan. Tapi, kini aku benar2 tertipu kerana Hari Kemerdekaan yang aku telah sambut adalah hari yang penuh hampeh - bukan hari kemerdekaan rupanya. Rupanya Malaysia tak pernah di jajah dan Kemerdekaan hanya umpama tong kosong aja.
dah 54 tahun rupanya kita kena tipu malaysia merdeka hahaha ..
BERIKUT ADALAH BUKTI KUKUH YANG TERBONGKAR MALAYA TAK PERNAH DIJAJAH.IKUTI TEMURAMAH PROF.Z KLIINGGG DNG TOKOH2 TERSOHOR SEMASA BELIAU MEMBUAT KAJIAN BAGI MENDAPAT GELARAN PROFESSOR:
KLINGGG: APA BERLAKU PADA ZAMAN KEGEMILANGAN TANAH MELAYU DAHULU ADAKAH PERNAH DI JAJAH?
HANG TUAH: JAJAH???? APA ITU JAJAH??? T.MELAYU ADALAH TUMPUAN PELANCONG DUNIA TERUTAMA EROPAH SPT PORTUGIS,BELANDA ,INGGERIS DAN LAIN2.MEREKA DTG BERAMAI RAMAI DAN TAK MAU BALIK2 PSL ORG2 MELAYU SUKA BG MRK BIJIH,GETAH DAN REMPAH YANG MAN ORG MELAYU TIDAK PERLU SAMA SKALI BENDA2 TU.
KLINGGGG: ZAMAN TUAN BAGAIMANA?
MAT INDERA: " JIN'S BUAT FILEM UNTUK NAK RASA MCMANA RASANYA KLU KENA JAJAH.SAYA BERLAKON DLM BKT KEPONG TU SUKARELA TAK MINTA BAYARAN.FILEMNYA MELETUP.RM1 BILLION 10HRI TYGAN"
KLINGGGG: BGIMANA ZAMAN LU PENG?
CHIN PENG: " WA TENGOK ITU PEARL HARBOR MOVIE MANYAK SYOK.TP FILEM KITA TAKDE BUDGET.SO JIN'S CKP LU LAKON JADI KUMINIS SUDAH LA PENG.SAYA PUN OK MA .MASUK CINEMA,ARTIS MAAA..."
TOK JANGGUT: "AMBO BUKE MATI KENE BUNUH,TALI JERUT LEHER AMBO"
JWW BIRTCH: " MASA MANDI HARI TU SAYA LUPA NAK KELUARKAN PISAU SEMBELIH BURUNG DARI KOCEK,TU YG TERCUCUK KAT PERUT TU.BUKAN KENA BUNUH.AKU KAN PELANCONG JER...."KATA BELIAU SEBELUM BERGEGAS KE AIRPORT.
KLINGGG: ENCIK NI SAPA? DARI ZAMAN MANA?
LELAKI Y: AKULAH KLINGGGGGGGG.BAPA SEGALA ULAR DARI MASA DEPAN
kesian diaaaaa....
belajar dari kecik sampai jadi professorrrrr rupanya kena tipu.baru dia tau malaya tak pernah dijajah.anak aku kat tadika PASTI lama dah tau..rupanya sama level dia ni dgn ank aku kat tadika tu.bagus betul PASTI ni, ajar silibus utk level proffesssssorrrrrrr tau.
Catat Ulasan