3 Mac 2011

Yuhaizad Lebih Layak Jadi Wakil Rakyat Merlimau

Hj Yuhaizad Abdullah, calon PAS di dalam pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau lebih layak menjadi wakil rakyat ditinjau dari aspek apa sekalipun berbanding dengan calon BN, Roslan Ahmad.

Ini tegaskan oleh YB Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar di dalam ceramah kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau di UPU Merlimau Utara malam tadi. Beliau amat mengenali Hj Yuhaizad sewaktu bersama-sama berjuang di dalam saf kepimpinan PAS Jasin satu ketika dulu.

Dr Mujahid yang pernah bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 menyatakan rakyat Merlimau perlu memilih Hj Yuhaizad Abdullah sebagai wakil rakyat supaya beliau dapat bertindak sebagai ADUN yang akan "menyamak dan timbangtara" (check and balance) terhadap pemerintahan UMNO BN di bawah Ketua Menteri YAB Mohd Ali Rustam.

PAS dan Pakatan Rakyat bukan sekadar berjuang melawan UMNO BN, tetapi terpaksa berjuang dengan pelbagai jentera kerajaan seperti JKR, media massa arus perdana seperti TV dan suratkhabar, Polis dan sebagainya.

"Jika PAS Pakatan Rakyat melawan UMNO BN, sudah lama UMNO BN tersungkur dan dikuburkan," jelasnya.

Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang tidak profesyenal yang memejamkan mata terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pihak UMNO BN tetapi akan segera bertindak jika kesalahan yang walau sekecil manapun di lakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Budaya gangsterisme yang dilakukan oleh puak-puak UMNO yang menyebabkan beberapa insiden cermin kereta penyokong PR dipecahkan di beberapa majlis ceramah Pakatan Rakyat amat dikesalkan.

Dr Mujahid juga mendedahkan PAS dilarang untuk berkempen di Estet Sime Darby Kempas, Merlimau.

Alasan yang diberikan adalah mengikut arahan "pihak atasan" yang hanya BN sahaja yang dibenarkan memasuki estet tersebut.

Sebelumnya, Cikgu Normala Shamsuddin yang turut menyampaikan ceramahnya, menyatakan pemilihan Yuhaizad Abdullah sebagai wakil rakyat adalah perlu untuk meletakkan seorang wakil rakyat yang beragama Islam di dewan undangan negeri Melaka.

Pemilihan Yuhaizad menunjukkan PAS tidak pernah ketandusan dengan pemimpin muda dan akan sentiasa ada lapis-lapis kepimpinan yang muncul untuk menggalas perjuangan untuk membela nasib rakyat dan memperjuangan kebenaran dan keadilan.

Beliau yang merupakan mantan calon mewakili PAS di dalam pilihanraya kecil DUN Tenang pada bulan Januari tahun ini menyatakan UMNO BN tidak habis-habis melakukan kempen secara kotor dan biadab di dalam mana-mana kempen pilihanraya.

Beliau mendedahkan kes di mana di dalam pilihanraya DUN Tenang, bagaimana para blogger UMNO telah melakukan fitnah terhadap dirinya dimana disebarkan sijil SPM palsu yang diubah kononnya beliau tidak lulus di dalam matapelajaran uagama Islam sedangkan hal yang sebenar beliau memperolehi pangkat A1 dalam matapelajaran tersebut.

Berapa ramai Guru besar dan guru-guru yang mengambil cuti sakit berkempen untuk UMNO dan BN tidak diambil tindakan, tetapi suaminya yang betul-betul mempunyai sijil cuti sakit dijadikan sasaran, tambahnya.

Namun beliau menyedari tribulasi dan mehnah yang dihadapi adalah sebahagian dari ciri perjuangan Rasulullah s.a.w. yang perlu dilaluinya dan beliau mengingatkan bahawa perjuangan tidak sekadar berakhir di kertas undi sebaliknya segala amal akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Sementara itu di Markas PAS di Pasti As-Solihin Merlimau Pasir, Sdr Badrulhisham Saharin atau lebih dikenali dengan chegubard dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut berkempen membantu calon PAS untuk PRK Dun Merlimau.

Chegubard turut membidas kumpulan UMNO BN yang menggunakan taktik gangsterism di dalam kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau.

Beliau turut kesal dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO BN yang mencemarkan Islam di dalam kempen-kempennya di kalangan bukan-Melayu.

Di hadapan pengundi bukan Melayu, mereka sanggup memperlekehkan hukum dan agama Islam semata-mata untuk meraih undi bukan Melayu.

Sementara "Mursyidul Am BN", Chua Soi Lek pula menimbulkan isu yang remeh kerana tidak faham dan tidak menghormati ajaran Islam seperti yang berlaku di dalam PRK Tenang awal tahun ini.

Menyentuh tentang penyebaran gambar lucah oleh pihak UMNO BN, beliau menyatakan beliau mungkin boleh memaafkan mereka kerana ia bersifat politik yang UMNO BN memang suka kepada gambar-gambar lucah, tetapi apabila mereka menghina Islam sama sekali tidak boleh diterima oleh umat Islam.

Beliau turut yakin Hj Yuhaizad akan mampu menjadi wakil rakyat yang berwibawa dan membela rakyat Merlimau berbanding Roslan Ahmad dari BN.

Roslan akan hanya menjadi "YES MAN" di dalam dewan undangan negeri terhadap segala pembaziran yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.


Tiada ulasan: