3 Nov 2010

Eletrik Terputus Di Parlimen, Petanda "Kegelapan" Dalam Sistem Demokrasi Negara

Elektrik Terputus Sidang Dewan Rakyat Ditangguh

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan sementara waktu selepas bekalan elektrik bangunan Parlimen terputus sebanyak dua kali pukul 12 tengahari tadi.

Kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar ketika ditemui media menjelaskan pihaknya juga sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Kejadian itu menyebabkan kesemua Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat bergelap dua kali selang beberapa saat.

Sehubungan itu, Dewan Rakyat berhenti bersidang sehingga punca masalah bekalan elektrik ke bangunan utama Parlimen itu diatasi.

Ulasan GB

Seperti ia petanda ada sesuatu "kegelapan" bakal berlaku di dalam sistem demokrasi negara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya sistem demokrasi negara telah lama di gelapkan oleh Mahathir Mohamed. Kini Allah berikan sedikit sinar dengan lahirnya Pakatan Rakyat.

Namun sinaran cahaya masih tidak bergemerlapan kerana barisan kepimpinan Pakatan Rakyat masih belum betul-betul tersusun kemas untuk bertindak dan menyerang Barisan Nasional.

Tanpa Nama berkata...

salam....sgt setuju dgn 4.01....barisan kepemimpinan PR masih blm mantap...byk isu2 tertangguh yg perlu diselesaikan....dasar dan matlamat yg jelas apabila menawanPutrajaya jg blmjelas....sila kmaskinin segera jentera pemimpin....agar rakyat benar2 yakin dgn PR......kita semakin suntuk.....isu dlm parti pun byk lg blm selesai...semua..PAS..DAP...PKR....
kami di bwh...sentiasa memantau...sy penyokong kuat PR...namun..kadang2 pening jg tentang matlamat dan gerakkerja PR dlm menawan Putrajaya...dlm keadaan parti yg masih blm mantap.....