Pasir Gudang - Seorang ibu terkejut sebaik melihat coklat yang sedang dimakan anak bongsunya yang baru berumur dua tahun sudah berulat, sedangkan baru dibeli suami di sebuah kedai runcit Taman Cahaya Masai, di sini.
Noridah Mohamed berkata, kejadian lebih kurang jam 2.30 petang Ahad lalu itu sangat mengejutkan mereka sekeluarga kerana coklat yang berharga RM1 dari sebuah syarikat pengeluaran makanan terkenal itu menjadi kegemaran anak-anaknya.
Menurutnya, kejadian yang tidak disangka itu membuatkan mereka sekeluarga serik untuk mendapatkan barangan berjenama syarikat itu lagi kerana tidak mahu kejadian sama berulang.
“Kami pelik macam mana coklat itu boleh rosak dan berulat, sedangkan masa tamat tempoh tercatat di kotak pada April tahun depan. Malah keempat-empat kotak coklat yang dibeli itu semuanya sama.
“Nasib baik anak bongsu kami yang sudah termakan tidak sakit, tetapi agak meloyakan tertelan coklat yang sudah berulat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, di sini, semalam.
Sementara itu, suaminya, Harun Yusoh, 46, berkata, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Scientec pada hari yang sama kerana bimbang dengan kesihatan anak bongsunya yang telah termakan coklat berulat.
Menurutnya, kejadian yang pertama kali berlaku ke atas keluarganya diharap menjadi iktibar kepada orang lain agar lebih berhati-hati membeli barangan makanan.
“Kita harap pihak syarikat berkenaan lebih bertanggungjawab dengan produk makanan yang dikeluarkan dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengancam kesihatan pengguna.
“Kita kesal kerana anak yang masih kecil telah termakan coklat yang sudah berulat dan tidak akan membenarkan anak-anak mendapatkan coklat berjenama itu lagi pada masa akan datang,” katanya.-SH
Ulasan GB
...... sedang mencari petunjuk Tuhan untuk memahami apakah rahsia di sebalik ini.

4 ulasan:
Apa-apa pun ceklah dulu tarikh lupusnya...dalam batu yang keras itupun ada ulat apatah lagi cokelat yang ranggup dan enak!
kdg kala tarikh lupusnya jauh lagi, tapi kerana diletakkan di rak yang tak dijaga kebersihannya dan di gedung yang tidak ada penghawa dingin atau arah aliran udara tidak baik, maka persekitaran panas di ruang kedai boleh menyebabkan coklat menjadi cair dan kemudian keras semula. Akibatnyanya bakteria mudah membiak dan lantas berulat.
emmm, itu satu hal....
GB sedang cuba memahami kaitan "ayat manzurah" ini dengan meneliti "pasir gudang - galas".
apa jenama coklat ni ye?
Catat Ulasan