11 Mei 2011

Terengganu Dah Dapat Hampir RM1 Billion Royalti, Kelantan Terus Disisihkan

Terengganu Terima Baki Royalti Minyak Pada Jun

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dijangka menerima semua baki wang royalti minyak sebanyak RM118 juta daripada Petronas melalui Kementerian Kewangan bulan hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia merupakan sebahagian daripada RM938 juta yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.

"Pembayaran pertama wang royalti berkenaan berjumlah RM670 juta telahpun dibuat pada Mac lalu manakala RM150 juta diterima minggu ini dan bakinya sebanyak RM118 juta dijangka diterima bulan hadapan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Selasa sebagai menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) yang meminta penjelasan berhubung jumlah wang royalti yang telah diterima sehingga Mac 2011.

Ahmad berkata, tiada perjanjian atau terma baru yang ditandatangani dan ia kekal dibayar lima peratus oleh Petronas melalui kerajaan pusat.

Kepada soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) berhubung penggunaan wang royalti oleh badan-badan kerajaan atau negeri-negeri lain untuk membina projek perumahan, Ahmad berkata tuntutan bagi perkara itu masih dijalankan.

"Kita mahu lihat ada berapa bakinya dan selepas ini kita mahu ia diselesaikan sekaligus," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Terengganu diberikan bayaran royalti setelah ia diperintah semula oleh UMNO-BN. Tetapi Kelantan terus dinafikan hak royalti kerana ia diperintah oleh PAS.

Memang dasar UMNO BN tidak menghormati federalisma.

Jika Kelantan telah mengheret Petronas untuk mendapatkan semula royalti minyak, Pakatan Rakyat sepatutnya bertindak mengheret kerajaan pusat ke muka pengadilan juga, ke mahkamah antarabangsa kerana mencabuli konsep federalisma kerana menyisih dan menzalimi kerajaan Kelantan.

Kepada semua rakyat, berdoalah agar Kerajaan UMNO BN tumbang lantaran kkezaliman dan kekejamannya itu. Takbir!


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untok diagihkan sebelum pru13 ini, inilah sikap hipokrip umno/bn terhadap rakyat negara ini yang diwarisi dari bapak penjajahnya dulu.

Tanpa Nama berkata...

Lebih kurang dasar AS dan Israel, UMNO/BN hipokrit dan zalim terhadap yang berhak. Memang tidak relevan lagi BN/UMNO diberi mandat untuk memerintah Malaysia. Mereka perintah ikut sedap rasa/selera mereka.

Tanpa Nama berkata...

Tak apa kita lihat apa akan jadi diPRU13 nanti... ataupun kalau saman nanti menang, mereka akan tahu Langit iut tinggi atau rendah .. apakah dia akan dapat membayar kesemua yang dihutangnya nanti atau negara tergadfai kepada Kelantan???????

Tanpa Nama berkata...

Dengarnya ramai pesara2 terima surat dari LHDN minta jelaskan baki hutang. Setahu ambo, masa dia org pencen, butiran2 tu dah final. Tolong kot sapa2 yg faham jelaskan.