12 Mei 2011

Nursaida Ada Teman Lelaki, Abai Tanggungjawab Sebagai Isteri & Ibu - Kata Suami

Nursaida didakwa ada teman lelaki

KUALA LUMPUR – Kakak penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Nursaida didakwa mempunyai teman lelaki sehingga tergamak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Gambar: Saida (tengah) berbincang bersama Ahmad Nazib sambil diperhatikan oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak di luar mahkamah. Foto THE STAR/ AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

Malah, teman lelaki Siti Nursaida, Hafiz Che Mat yang juga rakan sekerja Siti Nursaida didakwa turut mengganggu proses perdamaian rumah tangga serta mendesak artis berkenaan bercerai dengan suaminya.

Demikian antara dakwaan yang dibuat oleh suami Siti Nursaida, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Syariah, Mohd. Suhaily Rosdi di sini semalam semasa prosiding permohonan cerai oleh bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu.

“Saya sangat sedih dan kecewa, dulu isteri saya seorang yang lemah lembut dan bertanggungjawab tapi dia sudah berubah. Sekarang anak-anak sampai tidak pergi sekolah, bangun lewat kerana dia (Siti Nursaida) sudah tinggal di rumah lain,” kata bekas jurutera kaji bumi itu.

Mohd. Ghazali dinamakan sebagai defendan oleh Siti Nursaida, 35, selaku plaintif dalam permohonan cerai secara baik yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Defendan hadir bersama peguam syarie, Amli Embong manakala Siti Nursaida pula ditemani kakak iparnya, Rozi Abd. Razak.


Suami Terbaca SMS 'Sayang' Pada Telefon Saida

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

Mohd Ghazali (gambar) seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.

Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida. -mstar


Ulasan GB

Ini adalah kisah masyarakat, kisah rumahtangga. GB paparkan kes di atas untuk mencari moral (pelajaran) di sebalik isu berkenaan. Ia berkaitan dengan perlakuan tidak baik oleh pasangan dengan menggunakan teknologi yang ada sehingga hubungan suami isteri tergugat.

GB pernah ulaskan hal ini di sini. Petikan:

Dewasa ini terdapat banyak kes di mana handfon dan beberapa media komunikasi digital seperti internet menjadi penyebab kepada berlakunya banyak pergaduhan dan penceraian.

Dan kisah di atas hanyalah satu daripada beberapa ratus kes yang berlaku disebabkan oleh kewujudan tekologi baru ini.

Suami dan isteri menjadi porak peranda gara-gara SMS.

Justeru itu, sebagai pasangan sebuah rumahtangga Islam, sepatutnya TIADA RAHSIA diantara suami dan isteri dalam hal komunikasi yang menggunakan handfon. Sebarang kerahsiaan sebenarnya menyerlahkan sikap ketidak-jujuran.

Justeru itu tidak sewajarnya suami menyembunyikan apa-apa hal melalui handfonnya daripada isteri begitulah juga disebaliknya, isteri tidak sepatutnya menyembunyi komunikasi dengan orang lain di belakang suaminya.

p/s Bukankah elok, jika isteri boleh pada bila-bila masa buka/baca malah jawab handfon suami, begitulah disebaliknya suami boleh pada bila-bila masa buka/baca malah jawab handfon isteri. Itulah persefahaman bersama demi menjaga kerukunan rumahtangga




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju ulasan GB. Yg penting ialah keredahan & kecintaan Allah mesti diletakkan paling atas. Klu suami isteri faham agama, insyaAllah ujian/masaalh bule diselesaikan.

Ni apply pada semua pasangan, tak kira muda atau tua.

Tanpa Nama berkata...

Saya senasib dengan suami Saida,Isteri main kayu tiga, rahsia pecah bila saya periksa talipon beliau yg terlupa nak sorok.Saya dah mula curiga,pabila saya pegang handphone,isteri tak suka dan macam muka susah hati aje.Bila ada call masuk ,cakap jauh jauh aja.Bila saya tanya dia jawab kawan baik lah dan mcm2 alasan lagi,hingga lah rahsia dia berkawan dengan laki orang di Singapura saya dapat tahu.Walaupun cite Saida ni dah basi,bagi saya..never trust your wife..dizaman high tech ni macam2 boleh jadi,terutama jika isteri anda bekerja.Awas! Jin tanah dan hantu raya berkeliaran di luar!!