Bukit Jalil - Hanya kerana membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbit milik suaminya, seorang wanita 44 tahun cedera ditumbuk, dipukul suami tanpa belas kasihan di rumahnya di sini, kelmarin.
Lebih malang, suaminya yang juga nazir sebuah masjid di Sungai Buloh turut menceraikan mangsa sebelum membelasahnya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku selepas suaminya itu selesai menunaikan solat Isyak.
Menurutnya, sebelum kejadian dia mendapat tahu madunya (isteri pertama suaminya) ada membuat panggilan telefon kepada suaminya yang kebetulan berada di rumahnya untuk mengadukan hal mengenai dirinya.
“Saya hanya mendapat tahu dalam perbualan itu, isteri pertama mengadu saya sering membaca SMS di telefon milik suami.
“Dia yang seolah-olah hilang pertimbangan terus melafazkan cerai kepada saya di dalam bilik tidur pangsapuri milik saya,” katanya.
Mimi berkata, suaminya yang juga ahli sebuah pertubuhan politik itu hilang pertimbangan, berang tiba-tiba sebelum mengangkat dan menghumbannya ke atas serta menumbuk di bahagian mata kanan serta hidung sebanyak dua kali
“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghentak dada saya, rasa sakit itu masih terasa hingga kini.
“Semuanya berlaku hanya kerana saya membaca SMS dihantar isteri pertama, saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sebegini sekali memandangkan dia adalah seseorang yang warak dari segi agama,” katanya yang memaklumkan dia bernikah dengan suaminya itu di Songkhla, Thailand Jun 2009 selepas perkenalan singkat yang berlaku di Negeri Sembilan.
Katanya, selepas keadaan kembali reda, suaminya kemudian meninggalkannya dalam keadaan kesakitan selepas memintanya mengemas pakaian yang ada di rumah itu.
“Sebelum meninggalkan rumah, dia sempat mengutuk saya dan berkata macam-macam terhadap anak hasil perkahwinan dengan suami pertama yang lalu.
“Saya kesal dia tergamak melakukan sedemikian apatah lagi tidak pernah memberi nafkah kepada saya dan hanya membayar bil air dan elektrik di rumah sahaja, itu pun kadangkala dia tidak membayarnya,” katanya yang membuat satu laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil di sini, petang semalam. -SH
Ulasan GB
Dewasa ini terdapat banyak kes di mana handfon dan beberapa media komunikasi digital seperti internet menjadi penyebab kepada berlakunya banyak pergaduhan dan penceraian.
Dan kisah di atas hanyalah satu daripada beberapa ratus kes yang berlaku disebabkan oleh kewujudan tekologi baru ini.
Suami dan isteri menjadi porak peranda gara-gara SMS.
Justeru itu, sebagai pasangan sebuah rumahtangga Islam, sepatutnya TIADA RAHSIA diantara suami dan isteri dalam hal komunikasi yang menggunakan handfon. Sebarang kerahsiaan sebenarnya menyerlahkan sikap ketidak-jujuran.
Justeru itu tidak sewajarnya suami menyembunyikan apa-apa hal melalui handfonnya daripada isteri begitulah juga disebaliknya, isteri tidak sepatutnya menyembunyi komunikasi dengan orang lain di belakang suaminya.
p/s Bukankah elok, jika isteri boleh pada bila-bila masa buka/baca malah jawab handfon suami, begitulah disebaliknya suami boleh pada bila-bila masa buka/baca malah jawab handfon isteri. Itulah persefahaman bersama demi menjaga kerukunan rumahtangga

3 ulasan:
1. bini dua
2. tidak pernah memberi nafkah kepada saya dan hanya membayar bil air dan elektrik di rumah sahaja
3. bernikah dengan suaminya itu di Songkhla, Thailand
4. nazir sebuah masjid di Sungai Buloh
5. ahli sebuah pertubuhan politik
rasa2nya dah boleh agak la pertubuhan politik mana yang dajal macam ni.....
kalau macam tu mai kita pi nikah dua kat siam pula tapi jadi bini nombor dua juga tak pa la kita pakat2 buatkerja cari makan dok elok2 sudah la.
banyak laki isteri bertengkar sebab laki menyundal, menggatal, merenyam sibuk nak jaga bini orang dengan menghantar sms keparat. Isteri yang sah ditipu dan diperbodohkan...laki yang suka menyundal ni suka yang haram...betina haram ni plak ada suami yang sah yang boleh jaga dia...tapi nak gak kat laki orang...
Catat Ulasan