9 Feb 2010

Institusi Kehakiman Negara? ... Teringat Tikus Dalam Kuah Roti Canai..

Beberapa hari sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah di Perak disamping menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, GB mengeluarkan satu berita tentang ada tikus di dalam kuah roti canai.

Ada yang bertanya GB. Kenapa GB bawa masuk kisah tikus tuh. GB pun menjawab: tak der sesuatu pun kisah dari Allah yang sia-sia. Termasuklah kes bangkai tikus di dalam kuah roti canai tersebut.

Sebelum ini GB ada mengulas mengenai "Ikan Berkepala Buaya Di Selangor",

Ikan berkepala buaya - sungguh dasyat. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya.


Di dalam kes bayi yang besar dan berat dalam perut di Kedah GB berkata:


Budak yang ibunya makan buah kedondong itu menjadi berat dan selamat dilahirkan.

Keputusan samada pilihanraya atau tidak untuk Kota Siputeh itu walaupun dilewat-lewatkan oleh SPR melalui hujah senandung dalam rayuan-rayuannya (bak ibu yang makan buah kedondong) ke mahkamah akan menambah beratkan keputusan hakim untuk berpihak kepada Speaker DUN Kedah.

Dengar keputusan hakim hari ini:

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.


Dan di dalam kes Beruk-beruk Yang Menyusahkan Rakyat


Tiga kanak-kanak cedera selepas diserang beruk jantan liar di Taman Murni, Sungai Isap dekat sini, Isnin dan semalam.........

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi berjaya mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim stay order) daripada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi.


Nah, sekarang apa pula kaitan tikus di dalam kuah kari roti canai?

Roti canai adalah makanan rakyat marhain. Tetapi malangnya kuah roti itu dicemari sehingga begitu jijik dan kotor dengan kehadiran seekor tikus di dalamnya.

“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.


Begitulah adanya sistem kehakiman di dalam negara. Jijik dan meloyakan. Rakyat marhain sudah tidak dapat keadilan dan kebenaran dari institusi kehakiman negara. Hakim yang berpihak kepada kebenaran ditekan dan ditukarkan.

Jangan nak salahkan atau nak tangkap GB. Kisah tikus dalam roti canai didedahkan Allah sendiri. GB tukang sampaikan saja kat sini kisah-kisah itu untuk renungan bersama. Itu ayat manzurah dari Allah, kepada yang tajam fikirannya. Kalau nak tangkap, pergi tangkap DIA.

Hasbiyallah.

3 ulasan:

Awanama berkata...

assalamualaikum, tak apelah ini semuanya keputusan undang-undang dunia yang dibuat oleh manusia. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini. kita tak tahu apakah rancangan yang telah ditentukan oleh Allah. Kita sebagai hambanya kenalah berusaha memohon agar Allah akan sentiasa memberikan hidayahnya dan keampunan kepada hamba2nya yg beriman dengan tidak bertambahnya kezaliman melainkan Allah binasakan. Amin.... Tak semesti pr tak berlaku sebelum 2013 nanti...

Awanama berkata...

renungan mata hati yg tajam...

Awanama berkata...

hanya yg tajam mata hatinya.. yang bersih hatinya dapat membaca ayat-ayat Allah yang manzurah...

masyaAllah GB...

semakin hari saya makin tidak percaya fitnah2 yg dilemparkan ke atas sdra.