23 Dis 2010

Gambar Bogel Bekas Perisik Russia Diedarkan Oleh Bekas Teman Lelakinya

Bekas perisik berbogel dalam majalah Playboy

ANNA CHAPMAN tersenyum semasa dia mengambil bahagian dalam satu kongres kumpulan belia Molodaya Gvardiya yang merupakan sayap parti Rusia Bersatu di Moscow semalam.

NEW YORK – Bekas perisik terkenal dari Rusia, Anna Chapman berbogel dalam majalah Playboy untuk isu Januari, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar-gambarnya dalam keadaan bogel itu disiarkan dalam satu artikel yang berjudul My Father the Spy oleh wartawan John H. Richardson di dalam majalah tersebut.

Namun, Anna sebenarnya tidak bergambar untuk Playboy.

Gambar bogel itu merupakan milik seorang bekas teman lelakinya.

Ia merupakan sebahagian daripada gambar-gambar bogelnya yang disiarkan di Internet pada Julai lalu.

Gambar tersebut menunjukkan Anna berbogel di dalam sebuah tab mandi.

Anna merupakan antara perisik Rusia yang terlibat dalam proses pertukaran tahanan selepas dia ditangkap pada awal tahun ini di Amerika Syarikat (AS) kerana mengintip.

Pada Oktober lalu, Anna bergambar seksi untuk majalah Maxim edisi Rusia.

Bekas perisik itu kini diberikan tanggungjawab sebagai ketua sayap belia dalam parti Rusia Bersatu yang memerintah negara itu. - Agensi

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fikiran GB nampaknya dah jd mcm Metro.Sori keras sikit.napelah siarkan berita dan gambar mcmtu?ape input yang kami dapat?

Unknown berkata...

Ambil pelajaran dari kisah itu...

terutama kaum Hawa yang begitu mudah diperdaya untuk dirakam foto dan videonya tatkala bercinta, yang kemudian mendapati si lelaki yang menjadi idamannya tiba-tiba menjadi musuh yang nyata apabila gambar-gambar dan videonya dipaparkan untuk tatapan umum.

Kisah ini berlaku di negara kita juga, kisah mengenai bekas Permaisuri Agong dengan Uncle Seekers .... dan boleh juga berlaku di kalangan adik-beradik kita, anak beranak kita, saudara seIslam kita yang tidak berfikir panjang terutama di saat "kononnya" mengecap bahagia...

zuraimi berkata...

tapi apa perlunya gambar tu... cerita article cukuplah...

tak begitu...atau still nak defend mode gak?

tokdagang berkata...

tujuan gb tuh utk tarik anak muda yang ligat supaya dtg baca blog pr.

dan rasanya gambar tu tak menjolok mata sgt.

awak zuraimy cuba bikin blog yg mampu tarik orang seramai blog gb.

90% isi kandungan blog yg berguna diabaikan, yang 10% tu yg awak pandang.

zuraimy ni jenis ahli jemaah yang kutuk jer pandai tapi diri sendiri tak mampu nak hasilkan apa2 utk perjuangan.

zuraimi berkata...

tok dagang..(jangan sebuk berdagang)

1. matlamat tidak menghalalkan cara.

2. atas neraca apa ko kata gambar tu tak jolok mata? (cuba cerita sikit bab aurat wanita?)

3.ada aku kutuk... aku komen bro.. tegur...salah? pandangan aku.. kalu tak terima takpa... jangan sangka bruk ngan aku...ko tau ke apa yg aku buat utk perjuangan islam?... kena aku listkan dlm blog ke?

4. belajarlah utk berlapang dada menerima teguran... aku ulang sekali lagi aku tak kutuk...aku tegur atas apa yg aku rasa kurang manis... kalu tak nak dengar...bak kata TG.. itu ko punnya PASAL...

:)

alya berkata...

eh zuraimy kalau macamtu pemain bolasepak pon x boleh siarlah ya... sebab tak tutup aurat?

awak pon sama lah zuraimy, orang tegur awak pon x boleh siap permainkan nick orang lain ... . seperti (jangan sebuk berdagang)

awak tu pinjam kata2 tgna... tapi perangai awak sama ke dgn dia?

zuraimi berkata...

alya...

1. alya so awak setuju dgn gambar yg ditayangkan?

2. aku tak marah perenggan awal, malah aku minta penjelasan lagi berkenaan aurat wanita dari tok dagang... yg aku tegur ayat terakhir bila dia bersangka buruk...SALAH?

3. pasal kutuk nama dia...hahah... sory lah kalu dia terasa...silap aku...

4. perlu ke kita tunggu sehingga kita menjadi alim... utk meminjam kata2 org yg alim?...ceh...

5. tolong jangan bagi alasan utk buat pekara yg tak baik...dgn bersandarkan contoh yg tak baik...tolonggggg lah....(alasan aliya..pemain bola pakai seluar pendek)apa punya hujahlah ni....mmmmmm...

:)