23 Dis 2010

Kementerian Perumahan Diselar Kerana Halang Penubuhan PPHTM

Tarik balik surat dan nasihatmu, KPKT'

Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menghalangnya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah.

Pengerusinya Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata, PPHTM - turut dikenali sebagai Victims - mendakwa permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia (JPPM) susulan 'bantahan' daripada kementerian berkenaan melalui surat dan "nasihat".

Dakwanya, bantahan itu berlaku kerana KPKT bimbang pembeli, melalui NGO baru itu, akan menekan agensi yang bertanggungjawab atas projek perumahan dan pemulihan projek terbengkalai itu.

"Jika benar KPKT tidak mempunyai halangan dan menerima usaha persatuan itu dengan baik, saya mencadangkan agar KPKT menarik balik surat yang di keluarkan oleh mereka melalui rujukan dihantar kepada persatuan itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Merujuk isu daftar pertubuhannya, Rafick mengakui, dakwaaan bahawa keputusan terletak di tangan JPPM itu ada benarnya tetapi dalam sistem sekarang ramai yang tidak berani membelakangi nasihat kementerian.

Malah, dakwanya, surat yang di keluarkan oleh bahagian dasar KPKT kepada mereka menyatakan 'bantahan keras' yang menyebabkan kesukaran kepada pegawai JPPM bagi menerima permohonan PPHTM.

"Dalam kes ini, pegawai JPPM tidak boleh dipersalahkan kerana mereka 'terpaksa akur' kepada beberapa 'pandangan keras' yang di keluarkan oleh KPKT.

"Mengapa JPPM harus dipersalahkan apabila isu ini timbul akibat dari pandangan dengket dari KPKT," ujarnya.

Sementara itu, Rafick mengulangi gesaan supaya KPKT menerima dan bekerjasama dengan mereka bagi mencari penyelesaian untuk masalah rumah terbengkalai di Malaysia.

"Jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Rakan Cop, mengapa KPKT tidak boleh menerima kami sebagai Rakan JPN?" soalnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya sudah lama ada undang-undang yang membolehkan pembeli menyaman pemaju perumahan yang gagal membina setiap projek perumahan. Mengapa tidak ada undang-undang ini? Golongan mana majoriti menjadi pemaju perumahan? Golongan mana yang jadi mangsa? Siapa menteri yang jaga perumahan? Rumah tak siap dan tak boleh diduduki tetapi tetap kena bayar/potong gaji. Masalah ini dah lama berlaku tetapi tidak selesai walaupun bertukar PM dan menteri berkenaan. Sampai bila untuk menyeksa pembeli rumah terbengkalai. Sebenarnya kerajaan telah gagal untuk membela pembeli rumah dan nampaknya melindungi pemaju.

Wanita Ini berkata...

Inilah MALAYSIA

KRONI DIDAHULUKAN... RAKYAT PI MAPUS LA...