Isu kecoh perlu pertimbangan JPP
Walaupun pemilihan parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah ke garis penamat, namun masih terdapat cabang yang belum dapat mengadakan pemilihan dengan baik tanpa perlu sebarang kekecohan.
Kini timbul persoalan sama ada perlu pertambahan masa kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk menyelesaikan masalah pemilihan cabang ataupun penangguhan Kongres Nasional parti yang bakal berlangsung Jumaat ini.
PKR masih berharap kongres yang akan berlangsung selama tiga hari ini dapat diteruskan seperti yang dirancang sungguhpun terdapat kekangan termasuk tindakan undang-undang.
Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, PKR perlu mengambil iktibar diatas kekecohan pemilihan cabang sebelum dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.
Menurutnya, sekiranya kongres ini diteruskan tanpa mengira pendapat dan luahan ahli di cabang yang bermasalah, PKR pastinya akan menghadapi masalah perpecahan ahli setelah kongres ini selesai.
“Sudah pasti akan ada impak negatif terhadap parti kalau kongres ini diteruskan. Walaupun dalam seminggu ini masih ada masa, tetapi berdasarkan insiden sebelum ini, masalah di cabang tidak akan berakhir.
“Ramai pihak akan menyoal mengapa kongres diteruskan sedangkan ada masalah yang belum diselesaikan,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, lebih 200 orang ber-himpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya diketuai bekas Timbalan Setiausaha Agung, P Jenapala bagi membantah proses pemilihan langsungnya yang didakwa tidak telus.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua berkata, kongres tetap akan diadakan walaupun terdapat halang tertentu untuk mempertikai keputusan pemilihan parti.
Menurutnya, beberapa usul dikenalpasti untuk dibahaskan pada kongres itu termasuk ucapan dasar presiden.
Ditanya kemungkinan kongres itu ditangguhkan kerana saman pemula oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P Jenapala, Tian Chua berharap perkara ini tidak akan berlaku.
Proses pemilihan PKR yang memasuki minggu terakhir kini kembali ‘kecoh’ apabila beberapa insiden didakwa berlaku, antaranya pertikaian dalam proses pengiraan undi.
Semalam baki 37 cabang terakhir melangsungkan pemilihan di seluruh negara.
Antara kekecohan, insiden di Puchong yang didakwa melibatkan tindakan merampas kertas undi apabila berlaku perasaan tidak berpuas hati terhadap proses pengiraan undi.
Di Cabang Hulu Selangor pula, dilaporkan sekumpulan ahli PKR bertindak menghalang kereta yang membawa kertas undi daripada memasuki pekarangan sebuah dewan pengundian di Kuala Kubu Bharu.
Persoalan sama ada perlu tangguh atau tidak kongres kali ini bergantung kepada kebijaksanaan JPP dan pimpinan parti yang boleh memikirkannya untuk parti. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan