22 Nov 2010

Pegawai Polis Berpangkat ASP Didakwa Merompak

Pegawai Polis didakwa merompak

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis berpangkat Assiten Supritendan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di hari ini atas tuduhan merompak seorang juruteknologi perubatan, tahun lepas.

ASP Che Anua Che Omar, 54, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit, kesemua bernilai RM10,000, milik Ahmad Shabri Mohd. Halami, 29.

Che Anua, dari Seri Gombak di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di No 44-3, Blok B, Rampai Court, Wangsa Maju, di sini, pada pukul 9 malam, 5 Mei 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Abu Hassan Ramli menawarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Che Anua, yang tidak diwakili peguam, merayu supaya jaminan itu dikurangkan kepada RM3,000 kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarganya.

"Saya tidak mempunyai wang yang banyak kerana isteri tidak bekerja dan saya perlu menanggung empat anak di samping membiayai rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengubati penyakit jantung yang saya hidapi," katanya.

Hakim Datuk Jagjit Singh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku kesian dengan ASP Anua ini. Tak cukup kah gaji RM6000 satu bulan.Mengenai penyakit jantung beliau, dia tak payah bayar apa apa kerana beliau adalah seorang k/t kerajaan. Jadi apa ongkos dia bilang.Mungkin beliau living beyond his means dan tak cukup duit, jadi terpaksa merompak. Aku harap cerita ini akan menjadi teladan yang baik untuk semua.

blogenstarz berkata...

Salam.
Sebenarnya ASP tersebut sudahpun digantung tugas sebelum ia merompak.Pengantungan tugas beliau sudah berkuatkuasa sejak 2Th lalu bersabit dengan kesalahan PECAH AMANAH.
Urusan PEMBUANGAN beliau daripada PDRM sedang dalam tindakan JPA kerana PEMECATAN beliau adalah tertakluk dengan Syarat2 Perkhidmatan.
Semasa digantung tugas,memang beliau tidak cukup makan dengan gaji yang diterima kerana hanya menerima setengah dpd gaji hakiki.

Wahllahualam !

Tanpa Nama berkata...

aku tak caya la sbb berita ni tak masuk tv pun. lg pn aku tgk dalam gerak khas kat tv1 semua polis baik2 dan boleh dipercayai macam malaikat semuanya. aku tak cayalah. sumpah tak caya dgn berita ni