5 Nov 2010

Muhasabah 1: Berakhirnya Era Kegemilangan PR. Perlu Penjenamaan Semula

Suka atau tidak, siri kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang diadakan akhir-akhir ini menjalaskan bahawa Pakatan Rakyat sedang mengalami anti-klimaksnya di dalam satu kitaran kewujudannya di pentas politik negara.

Tanpa sebarang tindakan diambil, Pakatan Rakyat hanya akan menjadi satu nama yang gah di dalam sejarah, kemudian akan pupus perlahan-lahan dengan tiada siapa lagi memperdulikan seperti apa yang berlaku kepada Angkatan Perpaduan Ummah.

Kekalahan berturut-turut, Batang Ai, Bagan Pinang, Hulu Selangor kini serentak di Galas dan Batu Sapi, memberikan loceng amaran kepada PR bahawa gelombang rakyat sudah tidak lagi berpihak kepadanya dan jika perhatian tidak diambil, maka PR akan menjadi bahan sejarah.

GB melihat bahawa sejaran pilihanraya 2004 akan berulang pada PRU13 akan datang. Ramai ahli palimen dan ADUN PR akan terlentang dan beberapa negeri yang dikuasai oleh PR akan diambil alih semula oleh BN.

Pemimpin-pemimpin PR perlu akur dan perlu jujur bahawa sebahagian besar dari mereka perlu berundur.

Sepertimana sebuah syarikat konglomerat, prestasi yang buruk berkali-kali, sebelum ia menggulung tikarnya, maka terlebih dahulu CEO dan kumpulannya perlu dicarikan ganti sebagai usaha penyelamatan sebelum penggulungan tikar itu menjadi realiti.

Ketiga-tiga parti komponen terlibat, samada PAS, PKR atau DAP.

Ketiga-tiga parti tersebut perlu menukarkan "CEO"nya di dalam mempastikan kelansungan PR untuk melonjakkan semula nama PR di dalam hati sanubari rakyat.

Menuding jari memang tidak lagi perlu, tetapi merekayasa strategi untuk memperkukuhkan parti tidak boleh dipandang sepi.

PAS misalnya perlu menggantikan segugusan pimpinan tertinggi mereka. GB tidak perlu untuk menghuraikan "kenapa" di sini. Masing-masing sudah sedia maklum sebab-sebabnya dan sekali lagi kita ingin nyatakan ia hanya dapat dilakukan apabila adanya kejujuran untuk penjenamaan semula, jika ada keinginan untuk menang di dalam perjuangan menentang kebobrokan nilai yang dibawa oleh parti yang sedang menguasai kerajaan pusat. Jika tidak, lupakan saja soal penjenamaan semula dan pemerekayasaan strategi kita.

PKR perlu menukarkan imej parti dari tertumpu kepada kelompok "kroni dan keluarga" kepada pemilikan massa semula. GB telah ulas hal ini berkali-kali sebelum ini, namun seperti adanya "mental block" dan "denials syndrome" yang bertongkol di minda pengikut-pengikut taksub terhadap "idola" mereka.

Pemikiran kita tentang idola kita tidak semestinya selari dengan pemikiran rakyat terbanyak. Kita perlu melihat situasi ini dari kacamata burung, bukan dari tempurung.

DAP juga menukarkan beberapa orang pimpinan tertingginya. Jika benar DAP ingin menjadi parti yang ingin melepaskan diri dari tanggapan "cauvinisme" kepada sebuah parti yang benar-benar "multi-racial", DAP perlu memaksikan semula perjuangannya dengan menerima hakikat bahawa dari pola pengundian terkini, rakyat lebih menerima kumpulan yang lebih "moderate". Sebarang unsur yang menggugat status quo kedudukan raja, agama, bangsa atau keharmonian yang sedia ada pasti akan menerima penolakan hebat sewaktu pilihanraya.

Penjenamaan semula PR dengan perubahan materi terhadap pucuk pimpinan parti-parti komponennya adalah sangat-sangat kritikal untuk memulihkan semula ketenatan PR di minda dan hati rakyat.

Tanpanya, selekeh-lekeh calon dari parti seberang pun bakal mengalahkan sehebat-hebat calon PR. Galas membuktikannya semalam.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau lepas kejayaan UMNO/BN merampas kerusi Hulu Selangor, Ezam dapat habuan sebagai Senator, adakah Ku Li juga akan dapat habuannya kini? Kita tengoklah. Dia boleh jadi dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang menydiakan kerusi MB Kelantan kot!!

Tanpa Nama berkata...

Salam buat semua pejuang.....kekalahan dan kemenangan silih berganti...spt juga yg hidup .....ada mati...sbm ni...setiap kali ada PRK...kita sentiasa dianugerahi kemenangan...apa yg kita ucap..apa yg kita kata...kita semakin riak...bangga diri....menghina dan mencerca parti lawan ikut sedap mulut...kini...kita mengikut rentak mereka pula dlm berkempen....bg geran...duit...dan seumpamanya...sewaktu pilihanraya...so....kita dan mrk kini semakin sama dan serupa....kekalahan ini...bg saya sangat baik...untuk meruntuhkan keegoan dan riak kita khasnya para pemimpin PR...PAS dan PKR...ingat...Allah Maha Berkuasa...kemenangan yg ada hari ini...bila2 ms sj akan ditarik ...jika itu kehendak Nya...so...jgn terlalu bangga dgn apa yg kita miliki...kita hanya dipinjamkan kemenangan.....kembali kpd perjuangan asal kita khasnya ...PAS....JANGAN JD SEPERTI UMNO....PENILAIAN SY...KITA KINI SEMAKIN HAMPIR MENJADI SPT UMNO....SEKADAR RENUNGAN BUAT SEMUA..APA2PUN TAHNIAH KPD YG BERTUNGKUS-LUMUS BERTUGAS DI GALAS...JASAMU TETAP DIHARGAI...

Tanpa Nama berkata...

Kesian sungguh TGNA. Angkara puak UG.

al-Buduwi berkata...

Renung faktor ini: 1.umno memang lemah tetapi mereka masih kuat daripada segi: menyalah guna kuasa, menghumban demokrasi,merasuah, memfitnah,menipu,rakyat masih bodoh - maaf;rakyat sama ada golongan bawahan, pertengahan atau berpelajaran, tiada kesedaran politik atau tiada pegangan agama. Jika umno ini di jepun, korea atau amerika, umno dah lama lingkup. PR dan rakyat marhean yg cerdik, teruskan perjuangan dan bagi ahli PAS, Islam pasti menang. Tunggu saatnya.

Tanpa Nama berkata...

Benar. PR kena ambil muka-muka baru sebagai pemimpin. Kita juga perlu adakan strategi baru, pendekatan baru.

BN menang pun sebab dia mampu sogok 2 pilihanraya kecil. Dia boleh janjikan pembangunan dan segala macam dalam dua pilihanraya kecil. Kalau pilihanraya umum, boleh ke dia nak sogok semua 222 kawasan dengan itu dan ini di setiap satu kawasan?

kadio manong berkata...

Teman setuju dengan al-buduwi, orang melayu Islam tapi tak benar-benar Islam, lihat saja amalan pada diri sendiri dan aplikasi dalam keluarga, lihat dan renungkan

Tanpa Nama berkata...

GB, hebat sangatkah PAS tanpa sokongan dari PR. Ahli PAS yg tak sedar diri terus memperlekehkan Anwar menjadi punca pengundi atas pagar meluat nak undi PAS. Hebatkah PAS sampai pengorbanan Anwar nak dinafikan?

Tanpa Nama berkata...

salam buat semua pejuang.....jgn kita bersedih atas kekalahan ini...ada hikmah di sebalik semua ini....UMNO tu..selamanya menyalahgunakan kuasa...rasuah...penipu...dan bermcm2 lg...tugas kita...terus berdakwah...berjuang...ubah strategi...jgn buat strategi UMNO....sy suka ingatkan..kita dah terikut rentak UMNO dlm menghadapi pilihanraya.....jgn..jgn sekali2 ...nt penyokong kita yg setia lari..hanya semata2 nk amik hati penyokong baru..PRU 08....kita boleh berubah...tp berubah lbh baik..bkn jd spt UMNO....strategi...memberi duit RM250 tu pd sy...kenapa nk umum...kan jd peluru blk kpd kita...nk salah SPR...spr dh memang mcm tu....kita semua dah lama tau..semua agensi kerajaan...akan diguna sepenuhnya membantu BN...so ..jgn setiap kali..slps p.raya..kita melalak2...padang x rata..spr agen kerajaan BN..tu semua dah lama kita tau...sekrg...apa strategi...nk lwn benda tu semua....oleh itu...semua saf pemimpin....duduk..bincang...apa pendekatan paling ssuai pd PRU 13...jgn terlewat....IMpian kita tinggi..menawan putrajaya...namun...lihat apa yg berlaku di ibu bejabat pas...memang itu takdir...namun....kita pikir sama2..demi impian..cita2..menakluki PUTRAJAYA...INSYAALLAH...SAYA SENTIASA SETIA MENYOKONG PAS....SELAGI BERCITA2 MENEGAKKAN ISAM DI BUMI TANAH MELAYU INI...TAKBIR....

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan komen Anon 8.00am.Pengajaran diManik Urai,dimana petugas-petugas dari luar Kelantan,diketepikan dan diabaikan,berulang diGalas.PAS Kelantan seolah-olah berkata:"Kami tak perlukan hambo semua.Kami dah memerintah 20 tahun,semua ado belako".Munkin TGNA tak tahu,tapi inilah yang berlaku.
Ramai ahli PAS yang sedih atas kehilangan kerusi Galas,namun ada juga yang gembira atas tiga sebab.
(1) Satu pengajaran kepada PAS Kelantan.
(2) Membuktikan kelemahan,kekurangan,ketidakupayaan Kumpulan UG mengendalikan pilihanraya walau pun yang kecil.
(3)PAS jangan ikut macam UMNO.

zaid ampang berkata...

Anda tengok iklan deepavali terkini, TV3 nakkena bantai lagi ?

Tanpa Nama berkata...

Zaman kegemilangan PAS di kelantan akan berakhir tidak lama lagi dan parti yang tak membawa pekdah kepada rakyat iaitu PKR akan pergi meninggalkan rakyat dan DAP akan keluar dari PR ...tak caya...kita tengok sapa yang kena!

Tanpa Nama berkata...

tengok dulu pas, pr sebelum menyalak menyalahkan lawan dengan isu2 rasuah,penipu,salahguna kuasa.. tengok dalam pkr.. tiadakah kronisme, rasuah dan penipuan..
pas jangan perasan hebat.. ramai yang tak setuju kerjasama dengan dap.

Tanpa Nama berkata...

albuduwi,
adakah anda bermaksud sesiapa sahaja yang tidak menyokong PR adalah rakyat yang bodoh? jangan cakap sesedap mulut. Manusia seperti kamulah yang akan membuatkan kami semakin benci dengan pr. Kamu terlalu riak. jika anda mengatakan orang lain bodoh sebenarnya kamulah yang lebih bodoh. Ini negara demokrasi, kami bebas memilih! Ada faham? - ana

Tanpa Nama berkata...

ana (Anonymous 6:20 PM) dan albuduwi,

Kurang tepat kalau kata rakyat tidak menyokong PR kerana mereka bodoh. Ini kerana mereka mungkin telah diberitahu dengan cakap-cakap yang salah (misleading facts). Mereka tak dapat informasi yang benar dan tepat mengenai PR.

Media perdana dan cybertrooper UMNO-BN telah berhasil merantai rakyat dengan kata-kata mereka. Rakyat sudah di'pateri'kan (soldered) dengan ideologi BN dan 'salam 1Malaysia'.

Pakatan Rakyat kena meyakinkan mereka dan membuktikan kemampuannya. Jawab balik dakwaan media perdana dengan hujah yang dapat meyakinkan!

Apa kata kita jual handphone Nokia C3 untuk orang kampung? Mereka boleh mendapat informasi yang betul dari PR dan berhubung dengan mereka melalui telefon internet itu dengan harga mampu milik.

Itu cuma cadangan saya saja. Handphone itu memang murah. Boleh WiFi, Facebook, dan Twitter. Ia boleh menjadi batu loncatan untuk kita. Cuba jual dalam ceramah.

Dan sekali lagi, muhasabahlah. Ada hikmah di sebalik kekalahan ini.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya tanpa kita sedari berapa banyaknya berlaku kesilapan dalam hubongan antara pas terutamanya dengan penduduk setempat yang menyokong umno... perkara begini terjadi kerana ada mereka yang asalnya daripada puak umno dan kemudian penyokong pas dan membawa kepada kehancuran kepada jemaah pas itu sendiri.. mereka2 ini walaupun bukan semua kerana boleh dikatakan kebanyakannya kemaruk jawatan... itulah yang dibawa masuk dalam pas dan mereka tidak tahu atau tidak mahu bersama2 penduduk setempat dalam apa juga aktiviti yang mereka lakukan hanyalah dikalangan mereka sahaja... tidak mahu orang lain campur... kerana mereka2 ini hanya mahu dihormati dan perjuangan mereka bukan berlandaskan untuk memperjuangkan islam itu sebenarnya... kerana mereka2 inilah yang membuatkan PAS itu rosak. sepatutnya peringkat atasan PAS kenalah selalu turun padang dan memerhatikan mereka2 ini... bagaimana perhubongan mereka dengan kawasan sekitaran... adakah jawatan yang disandang itu boleh memberi menafaat kepada orang lain atau untuk kumpulan mereka sahaja... apa yang saya perhatikan... mereka2 ini tidak menjaga tatasusila dan perhubongan dengan orang2 yang sepatutnya boleh kita tawan... kerana mereka2 inilah tidak tahu menjaga mulut dan menjaga hati terutama orang2 tua... yang sebenarnya... banyak cara kita boleh tawan rakyat... terutama di kawasan2 yang kecil...
KERANA ITU MARILAH KITA MUHASABAH DIRI... DAN CARI KESILAPAN SENDIRI JANGAN DICARI SALAH ORANG LAIN... MUNGKIN INIKAH SEBABNYA ALLAH MASIH TIDAK MAHU MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT... FIKIR2KANLAH....