Dakwaan blogger Haris kertas undi dijual kenyataan liar, kata SU Agung PKR
KUALA LUMPUR, 7 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan siri dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim bahawa kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”
“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan.
“Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.
Selain itu kata beliau, Jawatankasa Pemilihan Pusat (JPP) juga tidak menerima apa-apa aduan walaupun sistem pemilihan kali ini membolehkan setiap calon yang bertanding menghantar ejen proses pengundian dan pengiraan undi (PACA) di setiap pusat pengundian.
“Kalau ada anasir jual kertas undi, tentunya PACA paling awal menyerang JPP, bukan seorang blogger liar,” kata beliau lagi.
Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin juga menafikan perkara itu dengan menegaskan, beliau juga ingin tahu butiran lanjut mengenai tuduhan itu.
“Tidak benar... sebenarnya saya pun nak tahu dari mana, berapa banyak kertas undi boleh dibeli, harganya, tetapi kami telus (dalam mengendalikan pemilihan),” kata beliau lagi kepada The Malaysian Insider.
Calon jawatan naib presiden Nurul Izzah Anwar melihat dakwaan itu sebagai sesuatu yang berat.
“Saya memandang berat dakwaan ini dan saya menggesa agar siasatan mendalam dijalankan berhubung perkara ini,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya tulisan Haris semalam.
Pada masa yang sama beliau meminta ahli-ahli parti bertenang dan berkata, parti harus mengambil tindakan tegas dengan menjalankan siasatan rapi.
“Sebaik sahaja siasatan selesai, parti harus mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencuri harta parti, selain kerana telah membenarkan sekuriti dilanggar,” katanya lagi.
Sebanyak 68 cabang telah selesai mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan pada hujung minggu lalu - pusingan awal tiga hari pertama - dengan Azmin kini mendahului Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub bagi pemilihan timbalan presiden.
Pada sidang media minggu lalu, Saifuddin telah memberi penjelasan berhubung kesilapan pada pengumuman keputusan rasmi yang menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, pada Isnin lalu mendahului saingan tiga penjuru jawatan nombor dua itu buat seketika.
Dalam blognya kelmarin di bawah tajuk ‘PKR, and its ballot papers, up for sale’ (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti.
Dalam tulisan susulan bertajuk “Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers? (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak.
“Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya,” tulis Haris dalam blognya The People’s Parliament.
Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab.
“Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi,” katanya lagi.
Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi.
Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu.
Malah menurut Haris, lelaki itu bertindak sedemikian dengan harapan sesuatu akan dilakukan untuk membetulkan keadaan itu dan jika tidak, tiada gunanya kekal dalam PKR.
Haris juga berkata, apabila ditanya siapa di belakang kejadian itu, lelaki berkenaan mendakwa Azmin dan sekretariat ibu pejabat dan beberapa anggota JPP di mana pengerusinya Dr Molly Cheah tidak lagi mempunyai kawalan ke atas jawatankuasa berkenaan.
Haris, peguam yang berpejabat di Bentong juga menunjukkan kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki terbabit dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi di luar pada masa sekarang.
Haris juga bertanya sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini.
Malah dalam mesej Twitter semalam, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, “anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti.”
“Mereka punya agenda buruk,” kata beliau yang tidak mempertahankan jawatannya kali ini.
Hari ini masuk hari kelima pemilihan dilangsung dan tinggal lima hari lagi. -TMI
Ulasan GB
Isu kertas undi dijual atau pun tidak, saya kira tak berapa penting, tetapi kertas undi yang wujud di luar masa mengundi, menunjukkan ada sesuatu yang tidak betul di dalam proses pengundian.
Bagaimana kertas undi itu boleh didapati sedangkan jika terlebih pun ia perlu dimusnahkan. Dan ini bererti juga jika peratus yang keluar mengundi pada minggu lepas hanya di sekitar bawah 20%, lebih 80% kertas undi mesti dimusnahkan. Sesuatu yang paling tidak masuk akal kerana ratusan ribu kertas undi dimusnahkan pada setiap minggu. Ahli-ahli PKR saya kira berhak mempersoalkan pembaziran itu.
Kedua, tak payah cakap banyak. Anwar dan Saifuddin (dan Syed Husin juga) perlu berdiri sekarang dan jawab, mengapa anda semua dilihat tidak berkecuali di dalam pemilihan? Mengapa terlalu jelas berpihak kepada Azmin? Layakkan pimpinan tertinggi parti bersifat demikian?
Mengapa tidak membiarkan ahli-ahli parti membuat pemilihan pemimpin dengan bebas?
Memalukan sebagai pemimpin yang telah berpuluh tahun berada di pentas politik mengambil sikap yang tidak adil terhadap ahli-ahli parti sendiri. Berwibawakah tindakan sebegitu? Kerana sikap anda yang tidak berkecualilah maka wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli. Bukan kecil bilangan mereka itu.
Hukum kebenaran dan keadilan sejagat menjelaskan anda berdua sudah tidak layak lagi memimpin PKR jauh sekali PR. Itu belum lagi hukum Islam yang ada hukumannya yang tersendiri terhadap pemimpin yang tidak adil seperti kamu.
Saya dan lain-lain blogger bukan benci Azmin dan suka Zaid atau Mustaffa, tetapi kami ingin melihat PKR meletakkan kebenaran dan keadilan itu pada tempatnya yang wajar kerana sebagai parti dominan PR, PKR perlu tunjukkan teladan yang baik. Tanpanya seluruh PR akan terbalik.
Allah pasti selamatkan PR dari dipimpin oleh mereka yang ingin bertindak sebagai para diktator yang liar!

12 ulasan:
setuju dgn GB.
jika PKR tak dpt tunjukkan contoh yang baik, seluruh PR akan lingkup.
sepatutnya pemimpin kanan parti tidak terlibat lansung dalam soal pemilihan. biarlah ahli-ahli berfikir dan bertindak secara bebas untuk memeilih sesiapa yang mereka kehendaki.
jika tidak, PKR lebih busuk dan lebih buruk dari UMNO APCO.
wahai pemimpin pkr, jika anda semua masih lagi tidak bersatu, berebut jawatan utk kepentingan diri, saya percaya angan anda untuk membawa pakatan rakyat ke putra jaya hanya mimpi disiang hari. Apa guna ada jawatan dlm parti tetapi gagal membantu rakyat malaysia keseluruhannya.
aku smpai naik bosan ngan karenah pmpinan pkr nie.. buat malu saja ngan musuh polotik pr.. aku rasa pkr akan lingkup sekiranya tidak dbersihkan pmimpin yg berperangai seprti umno.. baik msuk pas jer.
ENTAH, BELUM DISIASAT APA LAGI DAH TERUS KATA ITU TUDUHAN KARUT. SIASAT LA DULU, CHECK BETUL2 MACAM MANA KERTAS UNDI ITU BOLEH KELUAR. U KENA BE SEEN TO BE FAIR, SEKARANG TIDAK.
Salam, saya ahli pkr dan seorang pengundi. Saya rasa saya bebas memilih calun yang saya suka. Saya rasa tak perlu perkara ini dikecohkan. Jangan pandang rendah kepada ahli2 yg layak mengundi. Lebih baik kita tumpu kpd memberi khidmat kpd masyarakat.
Jawapan Saifuddin ni mengingatkan saya dgn jawapan SPR bila diadukan tentang kertas undi tidak berlogo...
"karut" katanya
Saifuddin guna perkataan "liar"
Sama jer SPR dgn PKR ni
mungkin lepas ni ada ahli PKR akan sanggup baling ngan kasut muka dia org ni..
Saya tidak kenal siapa Haris Ibrahim tapi mengikut dakwaannya terdapat kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu dijual oleh kem Azmin Ali... perlu diambil perhatian dan juga tindakan.
Orang ini tidak akan berani muncul dan mengutarakan bantahan secara terang-terangan jika dia tidak ada bukti untuk ditunjukkan. Atau mungkin orang ini cuma ingin menguji ketelusan pihak penganjur pilihanraya parti PKR.
Sebagai orang kanan dalam parti seperti Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail perlu menyiasat pekara itu dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kononnya dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”
Penafian dari Saudara Saifuddin Nasution Ismail itu berasaskan kepada warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas.
Kalau warna borang membezakan diantara satu minggu dengan minggu yang lain bermakna pihak penganjur pilihanraya PKR akan mengeluarkan borang kertas undi mengikut jumlah pengundi yang layak.
Jika terdapat pengundi tidak hadir maka akan wujud kertas undi yang berlebihan. Bagaimana pihak penganjur menguruskan kertas undi yang berlebihan itu...?
Kalau saya ahli PKR yang layak mengundi... apakah saya perlu membeli kertas undi tersebut agar saya dapat mengundi calon yang saya sukai...?
Kes ini amat mengelirukan kerana wujud kertas undi tapi dijualkan kepada ahl yang layak mengundi...?
Apakah kertas undi itu akan dijual sebagai cenderahati atau kertas undi itu akan digunakan untuk memberi kemenangan kepada calon tertentu...?
Atau kertas undi itu diberi percuma yang membawa maksud satu ahli dua kertas undi..?
Apa akan jadi sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku sedangkan sebelum ini sudah dinafikan pekara itu tidak berlaku...? Masih ada maruah diri sebagai pentadbir parti..?
Walau apa pun persepsinya... pentadbir parti perlu tampil dan menerangkan keadaan sebenar yang berlaku.
Semuga Datuk Seri Anuar Ibrahim tidak terlibat bersubahat memanipulasikan kertas undi dalam pemilihan pemimpin parti PKR.
Untuk pengetahuan semua...
Azmin Ali dan Zahid Ibrahim adalah ahli PKR. Mereka mencalonkan diri untuk memimpin ahli dan parti agar bersatu teguh dalam Pakatan Rakyat. Bergerak bersama ke Putrajaya
Apakah selepas ini tidak akan ada lagi pemilihan pemimpin parti PKR sehingga kita terpaksa sabotaj kerjaya politik salah satu dari mereka demi memenangkan calon yang kita sokong...?
Apakah kita "AHLI PKR BANGANG" yang mengikut saja apa orang lain cakap tanpa berfikir mencari kebenarannya dulu sebelum bertindak...?
AKu cakap cabang petra jaya,
Bosan pemilihan PKR nak pilih timb PKR mengambil masa berbulan kenapa tak serentak secepat mcm parti lain,ini boleh mendorongkan rasuah mcm umno najis busuk sehingga sekarang rakyat panggil umno kaki rasuah apa PKR sanggup dipanggil rakyat kaki cantas dan rasuah,malu aku pun tak respek,mcm nak buka kudis busuk kat umno,patutlah ekoran ini ramai ahli PKRyg keluar parti,kalau mcmni jgn harap PKR nak tawan DUN SARAWAK...tolollllll...
Segala maklumat yang dikeluarkan dalam pemilihan PKR mengecewakan penyokong atas pagar, PKR dan UMNO sama sahaja perangainya.. dan tidak mengubah apa apa dan masih menjiwai kepempinan ala UMNO,jangan sampai menjadi busuk sampai keusus sudah la,
jangan jadi PKR duri dalam daging dalam PR.. perlu juga PKR mengetahui kehendak rakyat sekarang.
SAYA AMAT YAKIN DGN KREDIBILITI GB UNTUK MENEGUR KEDUA-DUA PEMIMPIN TERTINGGI PR INI KERANA GB ADALAH OTAI REFORMASI YANG PERNAH MENGGEMPARKAN NEGARA SATU KETIKA.
ANWAR LUPA SEBENARNYA PERANAN GB, TAPI RAKYAT TAKKAN MUDAH LUPA.
ANWAR PERLU INGAT SELAMA INI, BUKAN REFORMIS PERLU ANWAR TETAPI ANWAR YANG PERLUKAN REFORMIS.
TERUSKAN GB, KAMI BERSAMAMU!!!!
-mahazalim4
Salamun alai him.
Aku sokong penuh pendapat GB..jangan ingat pemimpin tidak akan di nilai oleh rakyat.Pada semua pimpinan PKR ketahuilah bahawa Allah SWT dan kebenaran itu beriringan jalan. PEMIMPIN DIPIMPIN DAN TERPIMPIN.
Seperti yang aku baca dalam blog Matsamankati seketika dulu macam nak jadi benar plak: PKR akan hancur macam ni.
Bertambah benci aku pada Azmin, Anwar, Saifuddin dan yang seangkatan dengannya. Aku benci dengan penipuan, dan ini dah macam UMNO dah.
Mampus pi la. Berebut jawatan sebelum dapat ke Putera Jaya sampai sanggup tipu-menipu.
Catat Ulasan