Bas henti-henti rosak brek rempuh tujuh kenderaan
KUALA TERENGGANU: Sebuah bas henti-henti dipercayai mengalami kerosakan brek merempuh tujuh kenderaan yang berhenti di lampu isyarat berhadapan stesen minyak Shell di Jalan Sultan Mahmud, di sini, semalam, menyebabkan seorang wanita berusia 20-an cedera di kepala dan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, bas dari Dungun ke Kuala Terengganu dan membawa kira-kira 20 penumpang itu gagal dikawal sebelum merempuh tujuh kenderaan lain di hadapannya.
Kemalangan menyebabkan sebuah Perodua Kancil dinaiki seorang wanita rosak teruk, manakala kenderaan lain membabitkan Perodua ViVA, Kancil, Proton Persona, Proton Iswara, Perodua Myvi dan Pajero rosak di depan dan belakang.
Penumpang bas, Norshamimi Mat Lazim, 21, yang ditemui berkata dia yang dalam perjalanan pulang ke Kolej Teknologi Bestari (KTB), Setiu, menaiki bas berkenaan dari Paka selepas bercuti di rumah keluarga menyambut Aidiladha.
“Saya tersedar daripada tidur selepas kepala terhantuk di kerusi penumpang hadapan akibat perlanggaran itu. Ketika itu saya lihat sebuah Pajero melintang di hadapan bas dan kereta lain rosak di belakang dan depan. “Selepas perlanggaran, pemandu meneruskan perjalanan dan berhenti kira-kira 50 meter dari tempat kejadian,” katanya. -BH

1 ulasan:
Ibaratkanlah bas itu UBN dan keta-keta tu sume adalah rakyat jelata. UMNGOK sekarang umpama bas yang kerosakan brek. Dia nak selamatkan bas dia, rakyatlah yang diharoknya. Kerajaan abis duit, segala benda dicukai termasuk sumber asas seperti minyak. Diam-diam naik je...
Dalam kesusahan dan kesempitannya itu, mereka peduli hape dengan rakyat.
Mereka arif akan orang melayu. Marah macam mane pun bila kena main perasaan oleh propaganda media mereka, semuanya layu dan enggih aje.
Nak tak nak rakyat terpaksa sesuaikan diri. Patutnya kerajaan yang dipilih itu menjaga dan mengutamakan keimarahannya terhadap rakyat.
Beringatlah apabila nampak bas-bas bosa kek jalan rayo... kok diharok eh nanti... Bas tuh tak kemana. Kesetesennya jugak.
UMNGOK juga ada setesen dia, limataun sekali. PRU ke-13. Itulah setesen UMNGOK. Boleh terus khidmat lagikah atau tersadai dibengkel...
Rakyat jangan buat-buat rabun. Bas (UMNGOK)tuh dah terlalu uzur dan merbahaya. Jika dinaik juga beramai-ramai itu tanda suruh bas itu terus berkhidmat. Bila bas tunggang langgang kek jalan salahkan lagi pemandu. Awak yang pilih bas tuh marah pulak kek orang lain. Jangan terbengong hingga tujuh keturunan. Ingat PRU ke-13..
Catat Ulasan