2 Okt 2010

"Pulangkan" Siri 2 Masih Belum Meyakinkan

70 Lagi Warga Emas Pulau Pinang Pulangkan Semula Wang Ehsan

GEORGE TOWN, 2 Okt -- Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Habsah Said, 81, dari Permatang Damar Laut, berkata beliau kecewa dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa program menghargai warga emas anjuran kerajaan negeri itu diperoleh daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

"Bagi orang islam, kami tidak dibenarkan menerima wang daripada sumber yang dilarang dan ia dianggap sebagai "duit haram" yang mana kami buat keputusan untuk memulangkannya semula," katanya pada satu sidang akhbar yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu di sini, Sabtu.

Katanya beliau menerima wang itu sebelum ini kerana berpendapat ia sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi menghargai golongan warga emas.

Seorang lagi warga emas Zainab Abu Bakar, 67, dari Kampung Melayu, berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang itu kepada kerajaan negeri secara sukarela.

"Saya tak boleh terima wang itu kerana ia diperoleh daripada kegiatan perjudian dan kerana itu ia dianggap duit haram," katanya.

Sebelum ini, kira-kira 50 warga emas memilih untuk memberikan wang itu kepada Umno Bayan Baru sebelum ini untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri manakala 20 lagi hadir pada hari ini untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Abdul Rahim mahu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abdul Kassim supaya meletak jawatannya, atas kegagalan memaklumkan orang ramai sebelum mengagihkan dana itu.

"Sebagai Exco Agama, Abdul Malik gagal menunaikan tanggungjawabnya dan oleh itu beliau perlu meletakkan jawatan," katanya sambil menambah bahawa Umno Pulau Pinang akan mengembalikan wang itu secara rasmi kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.

Khamis lepas, sembilan warga emas dari Bertam dan Pinang Tunggal di Seberang Perai memulangkan semula wang RM100 kepada kerajaan negeri selepas mendapati bahawa wang itu diperoleh dari sumber haram.

Pada 25 Okt, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dipetik sebagai berkata bahawa beliau menerima menerima sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri dan dialamatkan kepada seorang pegawai kelab itu yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menerima RM500,000 baki daripada sumbangan daripada kelab itu.

Pengundi Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas yang telah mendaftar dalam program itu layak mendapat bantuan RM100 setahun manakala waris mereka akan menerima RM1,000 selepas kematian mereka. -- BERNAMA

Ulasan GB

Sahih! Sandiwara "Pulangkan Siri 2" dilancarkan. Demikian lapor beberapa media pencacai.

Sepertimana yang GB laporkan sebelum ini, penulis skrip "Pulangkan" telah ditukar.

Skrip sandiwara "Pulangkan" pada awalnya ditulis oleh wartawan Berita Harian yang membat liputan kisah "pemulangan wang ihsan RM100 dari warga emas" yang dikutip oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.

Namun seperti yang GB utarakan sebelum ini, sandiwara itu penuh kecacatan sehingga kurang mendapat sambutan berbanding dengan dengan sandiwara "I'da World".

Pada hari ini kita menyaksikan ada perubahan kepada penulis skrip sandiwara berkenaan. Ia kini ditulis oleh wartawan Bernama supaya "Pulangkan" dapat benar-benar meyakinkan penonton dengan lebih ramai setelah kedudukan "I'da World" merudum minggu ini.


Kali ini warga emas kaum wanita juga diambil untuk beraksi, tidak seperti di dalam sandiwara "Pulangkan Siri 1" dimana cuma warga emas lelaki sahaja terlibat. Kemungkinan pengarah siri 1 terlupa ada warga emas wanita turut terlibat menerima wang ihsan RM100 itu.

Walau bagaimana pun pemerhati berpendapat sandiwara Pulangkan Siri 2 ini juga bakal menemui kegagalan.

Rakyat Pulau Pinang akan tetap menolak UMNO BN.

Mereka menyatakan bahawa pemerintahan PR jauh lebih baik berbanding sewaktu Pulau Pinang diperintah Gerakan-UMNO dahulu.

Dan yang pening dan bakal mendapat malu besar ialah penulis-penulis skrip sandiwara ini yang menjadikan diri mereka lembu-lembu kepada pengarah-pengarah sandiwara bodoh yang cuba memperbodohkan rakyat.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada nenek tu, bising pasai duit haram, siap macam nangis-nangis takut Allah tanya di akhirat. Tapi dia tak takut pun Allah tanya pasai rambutnya yang macam jamboi Sharizat Jalil.

Tanpa Nama berkata...

kesian makcik pakcik, datuk nenek, org tua2 kena permain olh umno...dah lah miskin kena mainkan pulak...nak kata bodoh, kasar plak bahasa tu..tapi memang bodoh lah, org bagi duit..tetiba tak nak plak...tak ke bodoh namanya tuh!!!

tak habis2 umno nih...parti malaikat suci dosa!!!

Hai hai berkata...

Allah benci pada orang yang bodoh Allah lebih benci pada orang yang bodoh sombong sudah lah bodoh sombong lagi orang melayu ini

Tanpa Nama berkata...

Saham Judi Brahim Katak dalam Magnum cam mana Pulak duit dah buat rumah besar kat Ampang nampaknya kena pi runtuh buang

Martoiriat berkata...

kerajaan yang dipimpin oleh Umno jugalah yang mewujudkan Judi sebagaimana Loteri Kebajikan Masyarakat,Toto, Magnum, empat Nombor Ekor dan kasino di Genting sehingga menimbulkan syak prasangka rakyat terhadap kerajaan Pulau Pinang. Menyalak di sana sini mengatakan duit judi itu haram sedangkan lesen-lesen judi yang wujud di negara ini diluluskan oleh Umno-BN. Jika dilihat selama ini tidak pernah ada seorang pemimpin Umno yang bangun menentang pemberian lesen judi yang dikeluarkan dalam negara ini. Ini Menunjukan Umno ketandusan idea untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan sanggup mempolitikkan isu ini untuk kepentingan politik donggeng mereka yang memperjuangkan Islam. Itulah bodoh dan dangkalnya pemimpin-pemimpin Umno terutamanya anak mamat merican yang cuba menonjolkan diri mencari publisiti politik murahan.
Inilah antara bukti terkini bahawa Umno dan BN itu sudah terdesak dan terpaksa memainkan pelbagai isu agama dan kaum supaya sokongan rakyat dapat diraih kembali.
Dalam pemberian wang kepada warga emas dipertikaikan dari sumber judi tapi tidak terfikirkah sejauh mana pemimpin-pemimpin Umno-BN menghormati hukum Islam sedangkan dalam masa yang sama mereka menolak hukum hudud dan Islam. Mereka menyekat bantuan-bantuan kepada sekolah2 agama. Ini menunjukan mereka bersuara dan protes terhadap kerajaan Pulau Pinang bukan kerana keimanan mereka pada tuhan tapi mempolitkkan isu ini untuk kepentingan mereka.
Sekali lagi saya syorkan kepada En Lim Guan Eng, ambil balik wang itu dan berikan kepada mereka yang memerlukannya.

zuraimi berkata...

maaf atuk & nenek dlm gambar...cucu nak kurang ajar...

KECIK2 TAK NAK MAMPUS...
DAH BESAR NYUSAHKAN ORANG...

maaf lagi sekali..

Tanpa Nama berkata...

lakonan menjadi,imbuhan UMNO lebih lumayan...

kurkuq berkata...

bila LGE bagi duit dr sumber judi depa kata haram...tp bila laki bapak anak depa bg duit dr tikam ekoq..depa x higaq plak...n x haram plak...hangpa nak tau yg bagi duit 2 blik smuanye org UMGOK PIIANG...karat gila...depa napas pon bunyi UMMMNOOO...klu hangpa check balik...pakcik2 yg tua bangka@mangkaq...ada yg kaki nombot..MKT..MAGNUM KUDA TOTO...