Nik Aziz: Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam
KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.
Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.
Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.
Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.
Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).
Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.
Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.
“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.
“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.
Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.
Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.
Ulasan GB
GB tidak dapat menahan airmata yang mengalir tatkala membaca berita di atas. Seorang manusia bertubuh kerdil yang menjadi harapan seluruh umat Islam dinegara ini khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Tanpa menyedari tubuh yang telah dimamah usia, tetapi masih terus gigih memperjuangkan dan mendaulatkan agamanya.
Menjadi benteng paling bertenaga menghadapi gelombang serangan luar dan dalam parti yang tanpanya mungkin saja PAS telah hanyut bergelandangan dengan parti-parti sekular lain.
Sesungguhnya, berkat usaha gigih dan komitmen tinggi pemimpin PAS dan Tok Guru Nik Aziz sepanjang berhadapan kekalahan sejak 1978 telah membuahkan hasil. Rakyat mula memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh PAS. Sebahagian timbul kesedaran untuk bersama perjuangan Islam yang dibawa PAS. Tok Guru Nik Aziz dan beberapa ulama’ serta pemimpin PAS sering diundang menyampai kuliah dan ceramah ke segenap Dun dan Parlimen di Kelantan. Sehinggalah PAS mendapat sokongan padu golongan rakyat semasa pilihan raya umum 1990. PAS mencapai kemenangan mutlak bersama-sama dengan Angkatan Perpaduan Ummah. Mandat daripada kemenangan mutlak itu, menjadi kekuatan bagi parti PAS menerapkan dasar peruangannya di dalam pentadbiran negeri. Justeru dasar Membangun Bersama Islam dijadikan pakaian rasmi di dalam mentadbir kerajaan negeri. Inti pati kepada dasar pentadbiran ini adalah amal maaruf nahi mungkar yang berpaksikan ketakwaan kepada Allah. Oleh itu, rekod kemenangan PAS dan kejayaan memerintah Negeri Kelantan penuh berliku, dan liku-liku itulah yang telah mencorak senario politik rakyat Kelantan sehingga dua dekad ini rakyat kekal memberi mandat kepada PAS.

10 ulasan:
Tahniah. nanti jadi PM perintah malaysia pula
Tuan GB,
Jatuh air mata saja pun tak jadi, kena ikut serba serbi yg ada pada tok guru.
Tok guru beri sepenuh komitmen pada Pakatan Rakyat, walau tahu PKR terlalu banyak masalah dalaman. Namun tok guru tetap sabar, demi kerana berpakat. Mungkin tok guru faham, kalau bukan generasi ini dalam PKR yang hebat, mungkin generasi akan datang akan lebih baik.
Tapi, GB sekarang ini banyak sekali meroboh dari dalam kesetiaan tok guru pada pakatan yang dibina.
Apa makna air mata anda?
Salam GB,
Takbir ... Allahu Akbar ...
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PEJUANG TULEN MELAYU.
HIDUP TOK GURU.
HIDUP ISLAM DAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA.
Jahanamkan itu omnu.........
ikhlas drpd anak muda india malaysia.
salam
inilah idola kita semua ..semua pemimpin pejuang ISLAM sepatut nya berakhlak macam TOK GURU INI ...
hidup sederhana !!
TAKBIIR
Mungkin pas x dapat mengemukakan lg sosok pengganti TGNA. Disegani kawan dan lawan. Diakgumi oleh ahli,lawan malahan bukan islam.
Ataupun dah ada tp populariti tenggelam kerana dibayangi tgna?
Rasanya point pertma lebih kuat.
Wallahua'lam
Mana komen saya gb?
Allah Maha Besar. Tidak akan berjumpa lagi seorang MB seperti Tuan Guru. Bandingkan dgn MB2 Umno, tak payah jauh, negeri jiran sahaja. Seperti langit dgn bumi. Wahai rakyat Malaysia, nilai lah sendiri.
kebanyakan rakyat malaysia tak dapat menilai yang mana permata dan yang mana kaca.
Kalau pemimpin PAS Trengganu ikut jejak TGNA,tak munkin Trengganu terlepas ketangan UMNO.Tapi sayang pemimpin PAS Trengganu,tatkala memerintah Trengganu,laksana kadok naik junjung.Pengajaran ini tidak pula menjadi iktibar kepada Azizan Razak diKedah.
Taniah diucapkan kepada TGNA dan Kerajaan PAS Kelantan.
Catat Ulasan