23 Apr 2009

Penanti Awal-awal Sudah Tolak Najib

Kajian awal Umno Permatang Pauh yang kini sedang mengumpul pendapat umum di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.

Bernama melaporkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal itu diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS

"Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Permatang Pauh malam tadi.

Minggu lepas, Mohammad Fairus melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti itu dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran. Beliau sebelum itu meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ekoran dakwaan terlibat dalam rasuah.

Dengan hasil kajian itu jelas menunjukkan awal-awal lagi penduduk Penanti sudah menolak kenyataan Najib di Pekan yang menyatakan kemungkinan BN tidak akan bertanding di pilihanraya kecil Penanti kerana ia disifatkan satu pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit.

Ia diekori dengan sokongan mencurah-curai dari sekalian pencacai UMNO-BN termasuklah seluruh media massa arus perdana dan SPR sendiri dengan lemparan tuduhan yang bukan-bukan terhadap Pakatan Rakyat.

Jika benar Najib menerima sokongan rakyat, sepastinya penduduk di Penanti akur tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya - cadangan Najib itu tidak mendapat penduduk Penanti sendiri yang mahukan pilihanraya kecil diadakan.

Senario yang berlaku kebelakangan ini menambahkan potensi kemenangan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Penanti apabila nampaknya UMNO-BN dan sekalian pencacai terpaksa menjilat ludah sendiri jika pandangan dari penduduk Penanti tersebut diambilkira - GB



Tiada ulasan: