29 Mac 2009

Bukit Selambau : Sejarah Terukir, 15 Calon Bertanding

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 13 calon Bebas, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara.

Tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sembilan bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir, mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Calon BN ialah Datuk S Ganeson manakala calon PKR ialah S Manikumar.

Terdahulu, Manikumar telah diiring beberapa pemimipin PKR, Pas dan DAP diantaranya termasuklah Menteri Besar Kedah YAB Ust Azizan Abdul Razak dan Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Bkt Selambau, YB Azmin Ali.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin ramai calon bebas bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Selambau tdak akan menjejaskan peluang pakatan rakyat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Katanya, jika menang pun mereka tidak boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat kerana tiada parti.

Beliau berkata, kehadiran ramai calon bebas itu sudah dijangka kerana meraka datang berjumpanya sebelum ini.

Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).




BERITA LAIN

Berita Penamaan Calon Bukit Gantang

Batang Ai : Pakatan Rakyat Lawan Barisan Nasional

Tiada ulasan: