20 Dis 2009

Blogger PAS Dapat Upah?

Teruk GB kena belasah agaknya, paling tidak pun di minda pembaca blog. Al-maklum Seminar Blogger hari ini dihadiri 300 orang. Tak betullah GB kalau GB kata seminar tu nak memBTN Blogger sebelum ini sebab tak der pun Tuan Ibrahim dan Hassan Tantawi berucap!

Oh rupanya aturcara sudah berubah. Tak seperti mula-mula diedarkan. Diberitakan yang hadir 300 orang. Habislah blog GB, esok tak der pengunjung, sebab Harakahdaily dah tulis besar-besar tajuk: Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS. Seorang sahabat bernama BAYAN melaporkan di Karpet Hijau yang hadir kebanyakannnya jawatankuasa penerangan peringkat kawasan. GB tak tahu PAS ada berapa kawasan. Tapi sekurang-kurangnya ada 160 sebab di Malaysia ada 160 kawasan Parlimen. Kalau Ketua dan setiausahanya ertinya dah 320. Kemudian J/K Penerangan Negeri dan Pusat. Kemudian Lajnah IT. Abis berapa ramai pula blogger. GB tak nak ulas panjang-panjang. Jom baca tulisan Pak Bakaq.

Fitnah yang benar

Dalam berita bertajuk "'Malaysia is Zimbabwe by another name'" (komen-komen di sini), "agen Umno" berkata, mereka yang berkuasa di negara ini adalah segerombolan samseng. "Kita seperti Zimbabwe, (tetapi) dengan nama lain," katanya.

Barangkali, itulah fitnah yang benar seperti yang disebut oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (lihat berita Harakah Daily hari ini bertajuk "Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS").

Menurut beliau, tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya ketika merasmikan konvensyen blogger PAS di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur siang tadi.

Tok Guru juga berpesan: "Jihad paling afdal adalah bercakap benar".

Ulasan

Penarik-Beca ni sentiasa sama dengan GB. Dari zaman rformasi lagi, terima kasih kerana dah ulas bab seminar hari ini. Ayat kat penghujung tu memang power.

Dan GB pun bacalah laporan harakahdaily tersebut dan terjumpa ayat ini:

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.


Aduh, pedihnya apabila difitnah sedemikian.

Sedangkan kebanyakan blogger menulis dengan ikhlas, jujur tanpa menerima sebarang habuam dari parti selama ini.

Malah ada diantaranya bersengkang mata sehingga jam 3-4 pagi. PAS tak pernah hargai pun mereka selama ini sekalipun pimpinan PAS telah ramai dapat kerusi termasuk Presiden sendiri sedikit sebanyak hasil usaha blogger2 ini. Tak hargai pun tak apa. Tapi usahlah berkata sesedap hati. Ada blogger yang jatuh sakit menunggu mati, apakah ada pimpinan PAS memikirkannya?

Pak Bakaq sendiri selalu menulis membela PAS. Tapi bila Pak Bakaq kena gari, siapa pemimpin PAS yang ada taruh simpati? Kereta Pak bakar sampai nak kena tarik. Bil streamyx pun dah kena potong tempohari. Ada pemimpin PAS ambil tahu? Mujur Pak bakaq ni ada juga kable. GB lansung takder kable, kalau berlaku apa-apa hal macam berlaku ke atas mahazalim macam dulu, memang parah aku. Muga Allah melindungi.

Tup-tup kena fitnah, suka dapat upah katanya. Mujur di dalam harakahdaily juga tercatat:

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.


GB menarik nafas panjangggg. Bersabar dan beristighfarlah GB..

20 ulasan:

sb dehlawi berkata...

kawe setio bersamo-sama GB dan kumpulan anti UG. Tugas kito ialah perkukuh PAKATAN RAKYAT. Mana-mana pemimpin atau ahli nak kepada UG dipersilakan keluar dari PAS. Satu lagi, boleh tak GB bagi tau asal GB? maksud kawe asal dari negeri mana?

Tanpa Nama berkata...

sbg blogger yg ikhlas
apalah sangat bila dirotan pemimpin
sbb blogger pun libas juga pemimpin
anggaplah itu sbg cubit-cubitan
semakin dicubit semakin sayang !
(rumus_ibarat)

pria malaya berkata...

Salam sedara..

boleh tanya, sedara terasa ke bila ada kenyataan "ada kalangan mereka suka mendapat upah utk menyebarkan maklumat bohong"??

kenapa sedara terasa?

rasanya, kenyataan itu berbentuk umum, maknanya ia bukan sahaja ditujukan kepada blogger PAS shj, bahkan mungkin dari kalangan UMno, dan lain2..jadi,ia adalah kenyataan bersifat umum..apatah lagi diwujudkan frasa "ada dikalangan"..

Ini bermakna, bukan semua...mungkin sebahagian, mungkin seglintir, mungkin dari kalangan kita, mungkin dari kalangan musuh kita..

so, bagi saya, ayat itu dah betul..tak salah....selama ni kita dakwa, ada (dikalangan) penyokong Umno menyebarkan maklumat dgn berupah, tapi hari ini seolah2 kita nak nafikan bahawa ianya wujud, hanyasanya apabila ia disebut oleh org yg kita 'tidak suka'..

saya tak pasti kenapa sedara terasa tentang ayat tu sehingga mengarang artikel berkaitan dgn "upah"...

moga sedara berbaik sangka..tulisan sedara dibaca ramai, sedara menyebarkan prasangka negatif, sedara menanggungnya..mungkin sedara terkeliru diantara kritik berasas, dgn kritik tanpa asas...

satu lagi saya nk persoalkan kenyataan, "PAS tak pernah hargai selama ini terhadap usaha blogger PAS"..

jelas kenyataan sedara adalah bersifat melulu..apakah langsung tiada penghargaan PAS kpd blogger selama ini, apakah PAS tidak mengiktiraf sumbangan para blogger? apakah PAS langsung tak ambil berat tentang blogger yg menyokong PAS selama ini?

Apakah tindakan PAS yg sepatutnya dilakukan terhadap blogger barulah diperlihatkan PAS itu iktiraf blogger, PAS itu cakna kepada selurh blgger, dan lain2, boleh sedara senaraikan??

saya harap sedara fikirkan balik..apakah kerana sedikit masalah yg melanda blogger, terlepas pandang terhadap sesuatu kes, maka dihukumnya PAS sebegitu rupa...

konvensyen blogger PAS semalam bukti kesungguhan PAS mengiktiraf sumbangan blogger2 baik ahli dan penyokongnya...PAS satu2nya parti yg membuat majlis utk bloggernya secara rasmi dan formal, tiada lagi parti lain...seharusnya pujian diberikan kpd mereka...

saya tahu, sedara (GB) adalah blogger yg berpengaruh dan tinggi ratingnya..saya selaku blogger kerdil sebenarnya tidak layak utk menegur sedara..apalah sgt blogger yg mentah seperti saya..apa pun, harap sedara boleh terima teguran ni..jgn pula dituduh tulisan ini adalah kumpulan penyokong UG....

wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Akhi GB, mohon siarkan tulisan ini.

Artikel ini mengingatkan saya tentang seorang pemuda misteri tetapi dikenali beigut ramah di kalangan rakan2nya.

Beliau pernah bertugas sebagai wartawan akhbar HARAKAH.

Pada masa tu HARAKAH tidak berapa teratur. Dia mengadu kepada saya HARAKAH keluar cerita basi jer.

Jadi pemuda ini, telah berusaha memertabatkan akhbar HARAKAH dengan menulis berita aktiviti-aktiviti parti.

Beliau waktu itu menyandang tugas Ketua Pemuda PAS Kawasan.

Masa itu tak der komputer. Jadi beliau akan membawa mesin taip buruknya ke sana ke mari di belakang motosikalnya dan akan menaip berita yang dirakam menggunakan tape recorder (masa tu takde handfon) selepas tamat ceramah atau aktiviti.

Selepas menaip, dia akan singgah di Pejabat PAS Negeri, untuk memfakskannya ke pejabat HARAKAH supaya ianya dapat disiarkan secepat mungkin, kadang-kadang dah pukul 1.00 pagi.

Dia kata kena faks cepat, jangan jadi cerita basi.

Tulisannya sentiasa jadi HEADLINE muka depan HARAKAH, dibaca oleh ribuan rakyat seluruh negara.

Saya pernah bertanya, berapa upah yang abg dapat? Dia kata tak pernah pun dibayar. Dia kata dgn saya tak apa, asalkan rakyat gembira bahawa PAS itu segar dengan adanya berita terkini.

Tetapi, tak der ganjaran. Lagipun beliau tak pernah pun ke pejabat HARAKAH. Katanya lebih baik duit tambang tu digunakan untuk beli
ribbon mesintaipnya.

Saya hampir menitiskan airmata menulis hal ini bila mengenangkan beliau memikul mesin taip
dahulu di waktu hujan lebat... kertas nak ditaip dah basah, kena gunakan kertas biasa yang bergaris-garis biru, diambil dari buku tulis kat pejabat PAS Negeri. Mujur Setiausaha Kerja PAS negeri masa tu sentiasa berada di pejabat walaupun di malam hari.

Mungkin orang2 di pejabat HARAKAH di KL pun tak kenal beliau. Yang tahu ketika itu hanyalah boss HARAKAH, Ust Hassan Shukri yang pada satu ketika berkunjung ke pejabat PAS Negeri melihat pemuda ini merakam ucapannya dan esoknya ucapannya tersiar di HARAKAH.

Pesuruhjaya PAS Negeri waktu itu pernah menggelarnya "singa Allah",
sbb beliau juga boleh berceramah, mengganti mana-mana penceramah yang tak hadir. Dan beliau memang boleh berceramah sampai ke pagi....

Tiba-tiba reformasi meletus.

Pemuda ini hilang membawa diri entah ke mana.

Kata orang dia sambung belajar di luarnegeri. Tapi ayahnya sendiri menafikan. Mana dia ada duit. Ayahnya sendiri tak tahu kemana dia pergi.

Baru-baru ini, ditakdirkan Allah saya berjaya menemuinya semula. Saya memeluknya erat.

Gembiranya melihat dan bertemunyanya semula dan bersembang lama dari satu hal ke satu hal sampailah kepada hal parti.

Sembang punya sembang rupa-rupanya

Beliau ialah GB....
masyaAllah.

Muga Allah selamatkan dan memberkati segala usahanya.


bekas S/U Pemuda Kawasan
sewaktu GB Ketuanya.

Tanpa Nama berkata...

Pria,
itu tandanya GB membela semua blogger. Dia menganggap blogger itu dalam satu kesatuan. Menuduh mana-mana blogger tak kira siapa itu tak patut jika tak der bukti.

Tanpa Nama berkata...

musykil gak cerita tu,kalau betul gitu,kenapa kelihatan tak berapa cerdik je mengulas isu?

Mail pagoh

Tanpa Nama berkata...

otak pria macam peria busyuk ler. GB pun tak kata Ustadz Hadi tuduh dia, tetapi GB tu tulis membela para blogger. Jangan sampai blogger pulak difitnah. Ada fahammmmmmmmmmmmmmm?

Tanpa Nama berkata...

salam,
saya selalu mengikuti tulisan GB,
saya terasa ada asasnya GB berpendirian sebegitu,namun demikian rasanya memaafi perkara yg lalu dengan mengambil perkara yg baik lebih banyak manfaatnya,Pd saya tuanguru pun dah nyatakan pendirian,maka kita semua sepatutnya mendokongnya jika kita menyatakan kita kasih dan sayanyang pd parti ini.wallahhuaklam

Tanpa Nama berkata...

ramai suka ramai tak suka tulisan GB. Tapi saya kira atas dasar sayangkan parti lebih ramai yg suka dari yg tak suka...

Tanpa Nama berkata...

rasanya apa yg TGHA cakap tu ditujukan secara umum, tidak spesifik kepada sesiapa. Harap GB tak terasa. Matlamat kita sama. All the best to you GB. Hope tiada lagi berbangkit pasal isu UG. Case closed.

-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

mail pagoh, lu punya ulasan isu bagus sgt ker... apa nama blog, bawak mai, biar wa ulas plak.

amanKL berkata...

masih ramai golongan pengampu dalam parti yang bakal hancurkan parti. GB nampaknya konsisten dengan pendiriannya untuk menghancurkan golongan pengampu ini.

Syabas GB. Saya yakin satu hari semua ahli PAS ingin kenal GB. Iaitu apabila awan mendung berarak pergi dan PAS mencapai kejayaan hasil perjuangan GB dan rakan2 lain yang istiqamah walaupun terpaksa mengharungi banyak cemuhan dan tohmahan.

Yang saya paling suka baca blog GB kerana tulisan GB memang tajam dan keras walaupun dilakukan oleh pimpinan tiada carut-mencarut, makian atau cacian.

GB, kami menyayangimu.

Tanpa Nama berkata...

pppphhh mmg misteri
dari wartawan tanpa gaji menjadi mahazalim di zaman reformasi, sekarang GB,aku salute habis bro ni.

john berkata...

Semoga GB dalam sihat sentiasa dan dapat teruskan perjuangan. Sumbangan GB walau banyak atau sedikit saya amat yakin dapat membantu dalam memantapkan organisasi. Mereka nak guna atau tidak itu bukan persoalan,yang penting GB telah menjalankan tugas mengikut cara GB. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Peranan setiap orang mungkin berbeza. Perbezaan itu adalah keistimewaan. Bercakap benarlah walaupun pahit. Sampaikan ilmu yang ada walaupun satu ayat.Jangan sembunyikan benda-benda yang benar dan sama-sama perbaiki sebelum terlambat.Menyembunyikan perkara yang benar kerana takut adalah satu kesalahan yang amat songsang dan primitif.

Tanpa Nama berkata...

bersabarlah akhi gb. syurga neraka tak ditentukan berdasarkan jawatan tertinggi di dalam parti.

kdg2 si penampal poster dan penyusun kerusi meja di majlis ceramah itu lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah dari si penceramah bernama YB yg berucap berapi2.

ikhlaskan perjuanganmu kerana Allah. ganjaran di sisiNya lebih baik dan kekal.

Unknown berkata...

Mujur Pak bakaq ni ada juga kable.

Leganya kalau ada cable. Taklah internet kena potong, kereta kena tarik (bukan setakat nak kena tarik).

Sdr GB

Tak payah fikirlah soal penghargaan atau benda2 karut marut sebegitu.

Kita buat kerja kita, depa buat kerja depa.

Aku dah sebut dah. Kalau PAS nak menang, selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin.

Aku tulis kerana sakit hati. Bukan kerana hendak dihargai.

Apa tak sakit hati? Kita harap para pemimpin PAS bersih dan dilihat bersih, tak bodoh dan cerdik. Itulah kekuatan untuk melawan Umno.

Yang paling kita tak nak dengar ialah kata-kata "pemimpin PAS pun serupa Umno jugak".

Kata-kata itu sudah cukup untuk jadi sumber kekuatan Umno. Sebabnya, kalau pemimpin PAS pun serupa Umno, depa kata, baik pilih Umno.

Tetapi, kata-kata itulah yang kita dengar tak habis-habis sekarang. Itu persepsi sebahagian rakyat.

Mengkhianati kawan, bercakap bohong, keras pedal dengan kronisme, macam-macam.

Bila kita dah tak boleh nak menafikan tanggapan seperti itu, hang tak sakit hati ka?

Sebab itulah, mampoih pi la nak hargai ka, tak hargai ka. Mampoih pi la nak kata apa pun. Aku sakit hati!

Unknown berkata...

Alamak Pak Bakaq

Soriler kalau GB salah tulis kata Pak Bakaq ada cable. GB hanya tahu entah dari mana maklumat tuh.

Tapi itulah sahabat-sahabat semua, luahan seorang blogger lama.

Dulu sewaktu di zaman reformasi, seingat GB, selain dari Prof Abdullah Hassan dan isterinya, Pak Bakaq adalah diantara yang agak prolifik menulis dan menghantar artikelnya ke Laman Reformasi.

Salah satu tulisan Pk Bakaq GB rakamkan di dalam tulisan ini.

Benar kata Pak bakaq

"Tak payah fikirlah soal penghargaan atau benda2 karut marut sebegitu.

Kita buat kerja kita, depa buat kerja depa.

Aku dah sebut dah. Kalau PAS nak menang, selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin."

Kalaulah kerana nak dihargai, baik tak usah sampai nak menyusahkan diri, banyak menda lain yang GB boleh lakukan untuk dihargai. Malah laman IT kendalian GB skrg ni pun dah berbulan(bertahun kot) tak usik, sebab tumpukan perhatian kepada perjuangan parti.

Memang benar apa Pak Bakaq kata "selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin".

Jika seorang ahli biasa macam GB dan Pak Bakaq tak bersih, itu tak memberi kesan besar sgt kepada parti. Dan memang GB pun banyak kelemahan. Hutang masih keliling pinggang. Apa pasal? Sebab tinggalkan kerja buat kerja untuk parti. Sebab GB merasakan dulu, memprjuangkan Islam, mesti lakukan sepenuh masa, perjuangan Islam bukan kerja part-time jika nakkan Islam menang. Jadi dalamasa berjuang, keperluan zahiriah perlu juga dijaga. Kalau tak nak makan apa? Pilihan yang boleh dilakukan ialah berniaga, tetapi dunia perniagaan ada disiplinnya sendiri, sehingga GB terpaksa akui GB tak pandai berniaga, tak pandai nak pusing, tak pandai pula marketing. Hal ini pernah GB kisahkan di SINI.

Berbalik kpd luahan Pak Bakaq, mana tak sedih, penat-penat berjuang di alam siber sekian lama. tup-tup keluar Kerajaan Perpaduan.

Senang-senang pejuang siber dikhinati, bukan sekadar pejuang siber, tetapi pejuang di akar umbi juga seluruh negara.

OK tamat kisah tu, berhadapan pula dengan ramainya pemimpin atasan PAS yang bodoh dan pemalas pula yang oleh Ust Fathi Yakan maksudkan sebagai golongan "futur" dari kalangan pemimpin. Baca kat SINI.

Banyak perkara boleh dibuat oleh PAS, tapi tak buat. PAS boleh anjurkan program Maal Hijrah sendiri untuk iktiraf pejuang2 PAS yang dah berkorban utk parti seperti Hassan Shukri, Subky Latif, bekas2 PJ Negeri-negeri, tapi pemimpin PAS tak buat, lebih seronok bertenggek atas pentas VIP majlis Maal Hijrah pihak lawan.

Dan pemimpin futur ini ada pengampunya yang tersendiri. Siapa? Tak payah sebut nama. Semua orang tahu. Termasuk kat harakah, penulis-penulis harakah dah jadi macam wartawan Utusan dan seumpamanya. Membodek tak sudah, hentam blogger. tetapi bodoh rupanya, kalau tak masakan harakahdaily terpaksa di"outsource" kepada sebuah syarikat bernama Altfa Solution. GB belum bongkar lagi hal tu. Ada tender ke tidak, kronisme ke tidak dll.

Nak suruh GB tinggalkan parti macam Pak Bakaq dah buat? Boleh dan mujur terjumpa hadith yang mengkisahkan tentang walaupun berjuang sendirian tanpa parti.. biar engkau sampai menggigit akar kayu... tenanglah kemudian hati ini.

Tanpa Nama berkata...

gb... kalau jumpa geng UG dari negeri minyak tuh... tulung tanyakan mereka...

'katalah sekarang ini haji hadi masih lagi MB terengganu... yang dinafikan hak untuk dapat royalti minyak... masihkah mahu berkendak dengan AMNU... masihkah mahu bersama AMNU... yang kononnya demi MELAYU..."

mailXpagoh berkata...

Salam..dlm banyak2 komen, ana TERTARIK NGAN MAIL PAGOH..MACAM ADA SESUATU YG X KENA NGAN SI MAIL NI..
WAHAI MAIL...
ANTA NI PROFESOR KE?KE PENGANALISIS POLITIK? ATAUPUN PENGAMPU a.k.a PEMBODEK?
BIJAK SGT KE ANTA NI UTK MENILAI ANALISA ORANG? ANA RASA DR KOMEN ANTA TU PUN DH MENCERMINKAN KE'bijak'AN ANDA..NO OFFENSE BUT PLEASE BE RESPECT IN COMMENTING OTHER'S POST..IT'LL BE BETTER IF U NOT WRITE ANYTHING WHEN U DON'T LIKE WHAT U READ ..
ADIOS AMIGOS..

-AKUMASIHAKU-REDLAND-QLATE

Tanpa Nama berkata...

Harapnya GB bersabar dalam meneruskan perjuangan, begitulah pahit getir dlm menegakkan kebenaran. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat didlm setiap tulisan di blog ini, samada suka atau tidak itu sudah menjadi lumrah dunia, ada yg setuju ada yg tak setuju. SEMOGA ALLAH MERAHMATI USAHA GB DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN DIBUMI MALAYSIA DEMI UNTUK ANAK CUCU KITA.