4 Sep 2009

Era Najib Altantuya : PR Kesal Rasuah Beli Kepalselam Tidak Disasat

Pakatan Rakyat mengalu-alukan ketibaan kapal selam pertama Malaysia, KD Tun Abdul Rahman yang berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sultan Abdul Aziz dalam usaha memantapkan pertahanan negara.

Ahli Jawatan Kuasa Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin berkata pembelian kapal selam ini juga memperlihatkan Malaysia tidak bijaksana kerana perlu membayar komisen sehingga RM500 juta.

“Komisen RM500 juta hasil daripada pembelian dua kapal selam terpakai ini yang jelas memperlihatkan Malaysia secara tidak bijaksana agak ketinggalan sedikit kebelakang berbanding beberapa negara yang turut memiliki kapal selam yang sama tetapi pada harga yang jauh lebih murah. Ini melibatkan Razak Baginda orang yang rapat dengan Najib,” katanya.

Beliau turut meragui tahap keselamatan kapal selam berkenaan khususnya dari segi teknikal dan menyifatkan rasuah pembelian kapal selam itu sebagai merugikan negara.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu menggesa satu siasatan menyeluruh mengenai komisen RM500 juta yang diteri Razak Baginda dilakukan.

“Kita hendak tahu dengan komisen yang begitu banyak adakah kapal itu mempunyai kualiti yang diharapkan, kita tidak mahu ia boleh selam tetapi tidak boleh timbul,” kata jagoan Pas itu.

“Kita mengalu-alukan pembelian tetapi tentang segala bentuk rasuah dan komisen yang tinggi tidak didedahkan, tidak ada satu kertas atau satu suruhanjaya yang menyiasat rasuah yang berlaku dalam pembelian kapal selam ini,” tambahnya. -TVA



Tiada ulasan: