Operasi meroboh rumah penduduk Kampung Buah Pala bermula semalam apabila syarikat pemaju - Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd merobohkan rumah yang pemilik bersetuju untuk dipindahkan dari situ.
Operasi perobohan tersebut bermula dengan sebuah yang pemiliknya telah menerima pampsan dalam bentuk rumah gantian dan kos berpindah. Pemiliknya juga secara sukarela menyerahkan kunci rumahnya kepada pemaju.
Dengan diperhatikan oleh pihak polis dan jawatankuasa persatuan penduduk, pekerja masuk merobohkan rumah tersebut. Kira-kira sejam kemudiannya, mereka merobohkan rumah kedua.
Sementara itu, polis menangkap 19 orang, termasuk empat wanita, apabila penduduk dan anggota Pemuda MIC menghalang pekerja pemaju tersebut merobohkan rumah-rumah yang lain.
Perkara disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Azam Abdul Hamid.
Mereka yang ditahan termasuk peguam penduduk terbabit, Darshan Singh Khaira dan bekas ahli Majlis Petaling Jaya, dari PKR, A Thiruvenggadam.
Beberapa orang tercedera dalam insiden tersebut ketika anggota polis memukul dan menolak benteng manusia untuk masuk ke kampung tersebut.
Anggota Pemuda MIC, S Ragubalan, 28, dan K Somasundram, 24, mendakwa mereka mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan.
"Seorang pekerja yang merobohkan rumah memukul saya dengan tukul," kata Ragubalan. Somasundram pula mendakwa dia dipukul oleh seorang anggota polis.
Seorang aktivis sosial, R Aravindraj berkata, lensa kameranya pecah sewaktu kejadian tersebut.
Penduduk naik berang apabila seorang anggota polis yang dikenali sebagai 'Azman' menjerit 'anak haram' kepada orang ramai di situ. Dia bagaimanapun segera beredar dari situ apabila orang ramai cuba menyerangnya.
Bagaimanapun, pergelutan itu terhenti apabila penolong setiausaha persatuan penduduk, C Tharmaraj memujuk mereka supaya bertenang.
Semua yang ditangkap kemudiannya dibawa dengan trak ke balai polis berhampiran.
Perpecahan penduduk
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran berkata, rumah pertama dirobohkan itu milik S Saravanan, yang menerima pampasan yang ditawarkan oleh pemaju.
"Saravanan tidak pernah bersama kumpulan majoriti penduduk. Tindakannya tidak akan melemah semangat penduduk.
"Kami semua akan bersatu padu," katanya kepada wartawan, ketika pekerja pemaju menggunakan tukul untuk merobohkan rumah tersebut.
Penduduk sebelum ini enggan membenarkan operasi perobohan dijalankan, dengan alasan perintah mahkamah adalah hanya untuk mengosong pemilikan tetapi bukan untuk merobohkan rumah di kampung itu.
Mereka bagaimanapun, membenarkan kerja perobohan itu diteruskan selepas pengarah syarikat pemaju berkenaan, Gary Ho menjelaskan bahawa Saravanan telahpun bersetuju menerima tawaran pampasan dan turut menyerahkan kunci rumahnya kepada pihak pemaju.
Walaupun pekerja pemaju mahu merobohkan dua buah lagi rumah, tetapi ianya dihentikan ekoran perundingan hangat antara pemimpim penduduk, wakil pemaju - Thomas Chan dan Gary - serta pegawai mahkamah.
Berikutan rundingan tersebut, salah seorang penduduk terbabit, K Shanmugam, 60, berkata pemaju bersetuju membenarkan dia merobohkan sendiri rumahnya.
Pihak pemaju juga turut membatalkan kerja merobohkan sebuah lagi rumah milik Muniammah.
Tetapi rumah ketiga dirobohkan sebelum hujan turun lebat, menyebabkan ia terpaksa dihentikan sementara.
Kerja meroboh itu akhirnya dihentikan pada jam 2 petang dengan tiga rumah kosong dirobohkan manakala rumah keempat sempat dirobohkan sebahagiannya.
Kira-kira 24 pemilik rumah di kampung tersebut telah menerima tawaran rumah dua tingkat yang dibuat oleh Nusmetro. -malaysiakini

1 ulasan:
Aku hairan menyapa mereka tak minta tolong dengan PAS. Mengapa last minit jumpa umno. Kan PAS parti yg uuum sekarang ni.
Catat Ulasan