Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Penasihat Strategik Umno Kedah, Prof Dr Mustafa Ishak berkata pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan kemenangan calon BN.
"Harapan untuk BN di negeri ini masih ada, yang penting rapatkan barisan sayap, kerana kalau tidak kuat, susah untuk lakukan gerak kerja.
Beliau berkata sudah ada perubahan dalam kepimpinan tertinggi BN, tetapi itu mungkin tidak disedari dan kini terpulang kepada jentera parti itu untuk berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN khususnya Umno.
Banyak pihak menyifatkan kenyataan pensyarah tersebut sebagai kenyataan yang cuba menafikan bahawa UMNO kini sebenarnya sedang di dalam keadaan yang amat tenat dan sedang menunggu saat kehancurannya.
"Pensyarah jenis tukang jilat dan tukang kipas sebegini hanya mencari kedudukan dan sebenarnya tidak lansung tahu perkembangan politik semasa," ujar seorang pemerhati politik.
"Mungkin peningkatan undi UMNo di Manek Urai menyebabkan beliau membuat rumusan sedemikian, tetapi beliau melupakan fakta bahawa isu mutakhir selepas Manek Urai telah meletakkan UMNO BN sebagai parti yang tidak bermaruah setelah konspirasi mereka berserta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis terdedah untuk merampas negeri Selangor setelah mereka melakukannya di Perak," ujarnya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemasukan bekas-bekas pimpinan parti-parti komponen BN ke Pakatan Rakyat jelas menunjukkan UMNO BN semakin tenat dan tertekan.
"Mereka daripada BN dan Umno ini menyedari bahawa rakyat semakin marah dengan isu kematian Teoh Beng Hock yang diragui cara kematian beliau. Mereka juga semakin gentar apabila bekas pemimpin yang pernah menerajui MCA seperti Datuk Chua Jui Meng dan Datuk SS Subramaniam yang pernah menerajui kepimpinan tertinggi MIC menyertai Pakatan Rakyat.
"Penyertaan kedua-dua tokoh ini bersama-sama dengan penyokong mereka memberi tamparan hebat kepada kepimpinan Barisan Nasional. Oleh kerana ini telah menjadi satu isu apabila rakyat melihat sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah, maka mereka daripada BN ini akan menjadikan isu seperti tindakan saya memberi penghurmatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik murahan mereka yang terdesak," kata Anwar.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat juga marah dengan ISA yang masih lagi menjadi pautan penting BN dan Umno untuk mengekang kemaraan dan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan