18 Dis 2011

Lagi Kes Bapa Jadikan Anak Tempat Melampias Nafsu

Jadi mangsa nafsu bapa

KULIM - Haruan makan anak. Begitulah yang dapat digambarkan perlakuan jijik seorang bapa yang sanggup menjadikan anaknya tempat pelepas nafsu.

Sikap terlalu memanjakan anak perempuannya itu yang berusia 14 tahun terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan bapanya yang sering memaksa melakukan hubungan seks.

Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di sebuah taman perumahan di sini terpaksa menyembunyikan perbuatan sumbang bapanya itu kerana takut dan malu sekiranya diketahui oleh orang lain.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan laporan dibuat remaja terbabit.

Menurutnya, dalam laporan dibuat, mangsa memaklumkan perbuatan terkutuk berkenaan sudah berlanjutan selama dua tahun iaitu sejak mangsa berusia 12 tahun lagi.

“Kejadian terakhir berlaku di bilik bapa mangsa beberapa hari lalu.

“Mangsa diminta tidak memaklumkan perbuatan itu kepada ibunya kerana ia akan menjejaskan hubungan mereka suami isteri,”
katanya.

Bagaimanapun, isteri suspek curiga dengan sikap suaminya yang terlalu memanjakan mangsa sedangkan pasangan itu memiliki anak perempuan lain.

“Isteri suspek berasa pelik dan curiga kerana apa sahaja yang dilakukan oleh mangsa, tidak akan ditegur suaminya walaupun perbuatan itu salah.

“Berikutan itu, dia tergerak hati menyoal anaknya jika ada perkara yang tidak baik dilakukan suaminya itu,"
katanya.

Ghuzlan berkata, curiga si isteri terjawab apabila anaknya membongkar perbuatan terkutuk suaminya.

Dia kemudiannya membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Kulim.

Katanya, perlakuan seks yang melibatkan remaja bawah umur, diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perbuatan itu.

“Remaja sering menjadi mangsa perbuatan terkutuk ini, lebih menyedihkan ia dilakukan oleh ahli keluarga mereka sendiri.

“Anak-anak sepatutnya disayangi dan dibimbing, bukan dilakukan sebegitu rupa,” katanya.

Mahathir Lupa Atau Buta Anaknya Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak San Miguel?

Lihat siapa pemilik San Miguel’ sebelum cabar Anwar, PKR gesa Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 Dis — PKR menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98.

Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu.

“Beberapa hari lalu Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran.

“Sewajarnya sebelum bekas perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al-Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan media ini pernah mengaitkan pegangan saham dalam San Miguel, syarikat dari Filipina, dengan anak lelaki Dr Mahathir iaitu Mirzan.

Kenyataan PKR itu menambah, sewajarnya dinyatakan tatkala masih menyandang jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul,” kata kenyataan itu yang menyertakan pautan laman web menunjukkan Dr. Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau sendiri.

Katanya, jika diteliti, ia jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir.


Dalam satu reaksi semalam, Dr Mahathir berkata, “saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.”

“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran.

“Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,” katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar sebagai dari jawatan kerajaan pada awal September 1998 dan sebagai timbalan presiden Umno serta dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Malah semalam, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

“Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada Bank Dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita.

“Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya,” katanya.

Kenyataan PKR hari ini juga berkata, sekian lama Anwar telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan, antaranya kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan IMF.

“Tuduhan ini direkayasa semenjak 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban.

“Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98,” katanya lagi.

Ia menambah, lantaran ketegasan Anwar, Dr. Mahathir merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

“Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka.

“Pimpinan Umno mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus,” kata kenyataan itu dan menegaskan, pimpinan Umno dan Dr. Mahathir tidak sedari yang rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.

“Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Malah tegas kenyataan itu, tohmahan Dr. Mahathir bahawa Anwar adalah ejen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan perdana menteri tersebut.

“Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan (bekas) Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

“Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan perdana menteri itu sembrono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekali gus ejen Barat,” katanya lagi

PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M

PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.

Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".

Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.

"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir semalam mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Sehubungan itu, PKR dalam jawapan balasnya itu turut membangkitkan isu lain membabitkan kepentingan dalam syarikat arak.

"Sewajarnya sebelum mantan perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," katanya. -mk


Pemuda Melayu Kahwin Sejenis Bekas Pelajar Tajaan Petronas

Petaling Jaya: Seorang pemuda Melayu yang mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing tersebar di dalam sebuah laman web didakwa merupakan bekas pelajar tajaan Petronas.

Lebih mengejutkan, pemuda berusia lingkungan 20-an itu juga adalah tokoh pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2001.

Menurut maklumat yang disiarkan di beberapa blog hari ini, pemuda tersebut didakwa mendapat tajaan daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Dia dihantar ke UK untuk membuat A Level sebelum mengikuti pengajian praklinikal di Universiti College Dublin (UCD) pada 2003.

Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan.

Semalam, penduduk di negara ini digemparkan dengan majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara di mana seorang pemuda memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Akhbar pada Ahad melaporkan pemuda tersebut yang dilaporkan hilang oleh keluarganya disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam.

Menurut Ramli yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran pemuda itu di negara tersebut sejak dia masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.


Gay Melayu hampir 30,000

IPOH: “Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.

Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.

“Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.

“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurutnya, komuniti homoseksual Melayu ini meningkat pantas dan bergerak persis aktiviti tentera gerila yang sukar dihidu. -hm



Gambar Perkahwinan Ariff Alfian Rosli kini menjadi pasangan suami-suami apabila berkahwin dengan Jonathan di Dublin, Ireland.






Anak Hilang Dilarikan Jiran Indon

Kuantan - Sepasang suami isteri hanya mampu berdoa selepas anak angkat yang dipelihara sejak lahir hilang dipercayai dilarikan jiran mereka di Kampung Sungai Ular Darat, di sini sejak 11 Disember lalu.

Bapa angkat kanak-kanak itu, Jamaludin Musa, 50, berkata, Muhamad Arief Idmran, 4, diambil jirannya Ahad lalu dengan alasan mahu bermain-main dengan kanak-kanak berkenaan, namun tidak dipulangkan kembali selepas lapan jam.

Jamaludin berkata, dia dan isterinya, Zaharah Yahaya, 43, mengambil keputusan untuk pergi ke rumah jiran mereka itu untuk mengambil Muhamad Arief.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah jiran mereka dipercayai pasangan dari Indonesia itu, Jamaludin mendapati pintu pagar rumah jirannya itu berkunci dan dia dimaklumkan oleh jirannya yang lain pasangan itu sudah menghilangkan diri.

“Sebelum itu, mereka (jiran) meminta izin membawa pulang Muhamad Arief kerana mahu bermain-main dengan anak saya. Selepas mendapati anak saya tidak pulang, saya mengambil keputusan pergi ke rumah mereka tetapi sudah menghilangkan diri.

“Saya jadi bingung dan cuba mengesan di kawasan berhampiran namun gagal menemui mereka,” katanya.

Jamaludin yang juga pengurus di sebuah resort membuat laporan di Balai Polis Cherating berhubung kehilangan Muhamad Arief.

Menurutnya, kanak-kanak itu dipercayai sudah dibawa lari ke Medan, Indonesia melalui laut.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan cuba mengesan kanak-kanak terbabit. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik,” katanya.

Jamaludin dan isterinya mendapat hak penjagaan Muhamad Arief selepas ibu bapa kandung kanak-kanak itu menyerahkan Muhamad Arief kepada mereka kerana tidak mampu memeliharanya akibat kemiskinan hidup.

Ibu bapa kandung Muhamad Arief menyerahkannya selepas dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 27 Julai 2008. -SH

Orang Lain Timbulkan Masalah, MB Kedah Yang Jadi Sasaran

Pendang - Pendapatan lebih 100 pekerja termasuk pemandu bas henti-henti Cityliner terjejas berikutan pemberhentian operasi di 18 daripada 20 laluan di Sungai Petani, Pendang dan Kulim sejak awal bulan ini.

Gambar: SEBAHAGIAN daripada pemandu bas Cityliner mengadakan demonstrasi secara aman di Stesen Bas Pendang, Pendang semalam.

Langkah itu terpaksa dibuat ekoran syarikat Kenderaan Langkasuka Sdn. Bhd. yang mengendalikan bas tersebut menanggung kerugian mencecah RM400,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Kesatuan Pengangkutan Awam Semenanjung Malaysia (TWU) Sesi Alor Setar, Mohd. Shukri Mahmood berkata, kakitangan syarikat berkenaan kini hanya memperoleh pendapatan asas tanpa bayaran elaun dan kerja lebih masa.

"Pemandu bas hanya menunggu di depoh dan memperoleh pendapatan sekitar RM400 sebulan berbanding lebih RM800 (termasuk elaun) sebelum ini.

"Selain pendapatan pekerja, ia turut menjejaskan ribuan penduduk yang menggunakan khidmat bas henti-henti setiap hari," katanya kepada pemberita di Stesen Bas Pendang di sini semalam.

Mohd. Shukri berkata, pemberhentian operasi itu melibatkan laluan dari 13 buah taman perumahan di sekitar Sungai Petani, Pendang ke Alor Setar, Sungai Petani-Kulim, Baling dan Jeniang selain Alor Setar ke Kangar.

Bagaimanapun, syarikat itu masih meneruskan operasi di laluan Butterworth ke Sungai Petani dan ke Alor Setar.

Sementara itu, seorang pemandu, Ahmad Dahlil, 59, berkata, ini adalah kali pertama masalah seumpama itu berlaku sejak dia berkhidmat dengan syarikat itu kira-kira 30 tahun lalu.

"Sebelum ini majikan dapat menyerap kos tetapi sekarang syarikat mungkin tiada pilihan dan terpaksa hentikan operasi," katanya.

Seorang penduduk di Kobah di sini, Zaiton Shafie, 46, memberitahu, ketiadaan bas henti-henti menyukarkannya untuk pergi ke pekan memandangkan kos tambang teksi yang mahal.

"Saya terpaksa membayar tambang teksi sebanyak RM6 untuk pulang ke rumah berbanding tambang bas hanya RM1.30," katanya yang bekerja di kilang.

Dalam pada itu, jurucakap syarikat memberitahu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju berjumpa dengan pihaknya bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, pihaknya berharap masalah itu dapat diselesaikan akhir bulan ini bagi membolehkan operasi bas henti-henti disambung semula awal tahun depan iaitu sebelum sesi persekolahan bermula.

"Kita harap satu dana disuntik sama ada menerusi bantuan kerajaan Pusat atau negeri bagi menampung kerugian yang ditanggung syarikat," katanya. -kosmo

Ulasan GB

Sudah menjadi semacam satu trend mutakhir ini dimana apa jua masalah yang diakibatkan oleh pihak lain, terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat, maka kerajaan negeri yang menjadi sasaran untuk dipersalahkan.

Banyak kes sedemikian berlaku di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah. Ada pihak yang sengaja menjadi dalang menghasut rakyat untuk memburukkan kerajaan-kerajaan PR tersebut.

Kendatipun demikian, kerajaan negeri PR tidak menolak untuk bertemu mereka. Sedia untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Contohnya baru-baru ini di Selangor dimana pada minggu lalu 686 orang yang mendakwa telah ditipu untuk membeli rumah murah oleh satu sindiket yang mendakwa dirinya Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Tetapi yang dijadikan sasaran ialah pejabat Menteri Besar Selangor. Dan lebih buruk apabila terdapat media massa arus perdana mungubah fakta kononnya lelaki tersebut mendakwa sebagai kakitangan pejabat MB Selangor untuk mengaitkan nama dan memburuk kerajaan Selangor.

Sama dengan kes-kes di Pulau Pinang dimana masalah-masalah yang ditinggalkan oleh Kerajaan Gerakan / BN kesemuanya kini ditudingkan kepada kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng sebagai penyebabnya.

Namun kebenaran tidak boleh ditutup. Ia akan tetap terdedah. Kerajaan negeri di bawah pimpinan PR sudah membuktikan track record pemerintahan yang baik walaupun belum sampai sepenggal mentadbir negara. Ia diakui dengan fakta-fakta yang terbentang di dalam Laporan Audit Negara sendiri.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[Video & Bergambar] Ribut Di Filipina: 440 Terkorban, 500 Hilang

Manila, Filipina - Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.

Gambar: ANGGOTA polis dan penyelamat mengumpul mayat dari kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur selepas ribut Washi melanda bandar Cagayan de Oro, Filipina semalam.

Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Leopoldo Galon memberitahu pemberita sebanyak 97 mayat ditemui di sebuah pelabuhan utama di Pulau Mindanao, Cagayan de Oro manakala 75 lagi ditemui di pelabuhan selatan berdekatan bandar Iligan yang merupakan antara kawasan berlakunya banyak kematian.

Katanya, seramai 375 orang dilaporkan hilang di dua kawasan tersebut.

Galon berkata, tentera menggunakan trak, bot dan helikopter untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Cagayan de Oro.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pegawai tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang berkata, seramai 15 orang yang dihanyutkan ke laut di Iligan berjaya diselamatkan.

Ribut Washi yang melanda pantai timur Mindanao kelmarin turut menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan lima orang manakala tiga lagi lemas di bandar Polanco, selatan Filipina.

Jabatan kaji cuaca negeri melaporkan, ribut tersebut diramalkan bergerak ke Pulau Palawan, barat Filipina selepas ia menyeberangi Laut Sulu dengan tipuan angin selaju 75 kilometer sejam. - AFP














Bantah Auku: Mahasiswa Bangkit Tuntut Hak, Turunkan ‘Bendera Najib’ Tanda Protes

Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.

Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).

Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN)

Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya.

Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan.

Depan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan akademik.

Selepas 10 minit, Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima memorandum daripada mahasiswa dan menyifatkan perarakan itu tidak menyalahi undang-undang.

“Perlu pelbagai cara bagi dapatkan perhatian. Berhimpun adalah satu cara dan mereka berhak melakukannya. Memorandum ini akan dipanjangkan kepada kerajaan,” kata Shaani.

Mahasiswa kemudian berarak ke bangunan Umno – Putra World Trace Centre (PWTC) bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes.

Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Saifuddin melalui twitter mendesak mahasiswa memohon maaf atas tindakan itu tetapi SMM hanya akan membuat kenyataan seawal-awalnya hari ini.


Mahasiswa bangkit tuntut hak, perjuang kebebasan

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Mahasiswa hari ini bangun mendesak hak kebebasan mereka serta menuntut agar kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta tidak takut ditangkap kerana memperjuangkan kebebasan.

Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) yang mengadakan perhimpunan perarakan dari Masjid Jamek ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan seterusnya ke bangunan Umno menuntut agar kerajaan hari ini peka dengan hak yang dikehendaki oleh pelajar.

Pengerusi Sigma Gamis, Rohayu Rusli memjelaskan bahawa hari ini anak muda Malaysia mencipta sejarah telah turun ke jalanan menyatakan pendirian hak bersuara serta prinsip bahawa mahasiswa mahasiswi dan anak muda Malaysia.

"Kita tidak akan pernah berhenti menyuarakan kebenaran dan keadilan, menuntut hak yang selama ini dikekang.

"Hari ini juga turut memperlihatkan bahawa partisipasi mahasiswi dalam himpunan, turut bersuara, turut hadir membarisi barisan anak muda, sejarah hari ini memberi amaran kepada pemerintah agar tidak bersenang lenang sedangkan rakyat dan mahasiswa dalam keperitan," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Gamis, Akram Taib Azamudden semasa berucap menberitahu hari ini menyaksikan satu himpunan dan perarakan laungan kebenaran memenuhi Bandaraya Kuala Lumpur.

"Ini bukti bahawa mahasiswa cukup muak dan benci terhadap akta zalim yang kita tuntut untuk dimansuhkan.

"Gamis mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Bebas, Safwan Anang serta seluruh pimpinan front mahasiswa yang telah menggerakkan kekuatan ahli untuk terjun bersama ke lapangan rakyat menyatakan pendirian kebenaran," katanya.

Dalam pada itu beliau agar pihak kerajaan, bebaskan mahasiswa untuk memanfaatkan seluas mungkin daya intelek yg mereka pasak sewaktu di universiti.

Katanya lagi, Gamis akan terus mendokong apa sahaja kebenaran khususnya Bebas dengan menggerakkan seluruh jentera dalam memastikan kebenaran itu tertegak selari dengan tuntutan Islam.

Suhakam teliti memorandum

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah yang menerima memorandum dari gabungan mahasiswa itu menjelaskan pihaknya akan meneliti kandungan memorandum tersebut dan ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa.

"Saya melihat apa yang mahasiswa hari ini bangkit menuntut hak mereka dalam menyuarakan kebebasan dan bagi saya ia bukan satu jenayah jika mereka berhimpun kerana negara ini adalah sebuah negara demokrasi.

"Kita mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab dan apa yang dilakukan oleh mahasiswa hari perlu diambil perhatian oleh kerajaan.

"Kerajaan perlu beri perhatian terhadap isu yang dibangkitkan ini, hak kebebasan bersuara tidak salah di negara ini dan kerajaan sepatutnya perlu meneliti Auku adakah ia perlu dipinda ataupun dimansuhkan terus," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai Persidangan Meja Bulat yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini, beliau memberitahu itu adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut Auku sekarang.

"Cara perbincangan yang diadakan hari ini adalah satu yang baik, kita perlu mendengar pendapat dari semua pihak sebelum sesuatu perkara itu diputuskan.

"Saya pasti setiap pihak yang dijemput berpeluang menyatakan pendapat mereka terhadap perlaksanaan Auku di sebalik kesannya terhadap pelajar serta pendidikan di negara ini, kerajaan perlu menilai sebelum membuat sebarang keputusan," sambungnya lagi. -HD




Isi Borang BR1M. Wang RM500 Itu Milik Rakyat - TGNA

Nik Aziz seru rakyat Kelantan isi borang BR1M

KOTA BHARU, 17 Dis: PAS akan mensasarkan keahlian seramai 100,000 ahli seluruh Kelantan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Pengerusi Lajnah Pemerkasaan PAS Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu mendaftar keahlian seramai 2,000 orang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Putik malam tadi.

Sambungnya, usaha itu dibuat bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi orang ramai khususnya pemuda menjadi ahli PAS.

“Mood sekarang juga turut memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi impian masyarakat terutama sekali golongan pemuda bakal penentu masa depan negara,” ujarnya.

Lebih 2,000 orang anggota parti seluruh Kelantan menghadiri program tertutup itu.

Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan, Datuk Omar Mohamed dan Fatah sendiri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS.

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.


“Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

“Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik,” ujarnya. -HD



17 Dis 2011

UMNO BN Sesak Nafas: Belum Tamat Isu Lembu, "Interlok" Pula Muncul.

Perkasa: Melayu akan tolak calon MIC di PRU-13 bantah Kabinet gugur Interlok

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel “Interlok” sebagai teks sastera.

Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera.

“Perkasa yakin pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada calon-calon MIC atau calon-calon India yang anti-Melayu dan mungkin ada calon Bebas yang akan bertanding di kawasan calon MIC bertanding di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan.

Syed Hassan menambah, kumpulan pendesak hak orang Melayu itu amat kecewa dan kesal dengan keputusan kerajaan menarik balik novel kontroversi itu sebagai buku teks sastera.

“Kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala.

“Perkasa sangat marah dan kesal atas pengumuman yang dibuat oleh Presiden MIC bahawa novel ‘Interlok’ digugurkan dari silibus,” kata beliau lagi.

Katanya, Perkasa sedar keputusan itu adalah kehendak MIC demi menagih undi kaum India menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina.

Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel “Interlok” yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

“Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya di Air Keroh, Melaka.

Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah.

Syed Hassan berkata, apa yang tertera dalam novel tersebut, yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta.

“Bukan niat menghina. Yang menghina adalah mereka yang berada di kasta atas, ke atas kasta bawah yang dipanggil paria. Bukan penulis Melayu itu.

“Dan ia masih berlaku dalam masyarakat India di tanah besar India sendiri. Filem-filem mereka yang terbaru masih banyak menceritakan kisah kasta-kasta kaum India. Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala,” katanya lagi. -TMI

PERKASA: K'jaan lemah pada tekanan si 'besar kepala'

PERKASA menyatakan kekesalannya terhadap keputusan kerajaan menarik balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sebagai teks sastera di sekolah atas desakan "minoriti" yang didakwa "besar kepala".

Setiausaha agung kumpulan pendesak Melayu itu Syed Hasan Syed Ali berkata, ia melambangkan kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan karya itu.

Beliau juga mendakwa tindakan itu dibuat atas kehendak "biadap" MIC demi menagih undi dalam pilihan raya.

"Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina," katanya.

Sebagai bantahan, tambahnya, orang Melayu tidak akan sesekali memberikan undi kepada calon MIC atau calon India yang anti-Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang tertera dalam buku novel tersebut adalah fakta. Bukan niat menghina," katanya sambil menegaskan penggunaan perkataan paria masih berlaku di negara India dan tergambar dalam filem-filemnya.

"Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala!" kata Syed Hasan dalam kenyataannya malam tadi.

Ketika kehangatan novel itu berlangsung, PERKASA sebelum ini antara kumpulan yang tampil mempertahankan karya Abdullah. NGO itu malah memberikan anugerah khas kepada penulis. -mk


Borang Fotostat BR1M: Timbalan-Timbalan Menteri Bercanggah

Bachok: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.

Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya.

Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - Bernama

Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. - BERNAMA



Isu Interlok: Mana Kenyataan Menteri Pelajaran?

Interlok: Kerajaan perlu tegas pertahan dasar, kata SU Agung Pena

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Persatuan Penulis Nasional (Pena) kecewa dengan keputusan Putrajaya menarik balik pengguna novel kontroversi “Interlok” sebagai silibus sastera sambil menyifatkan perkembangan terbaru menunjukkan kerajaan tidak tegas dalam polisinya.

Setiausaha Agung Pena Syed Mohd Zakir Syed Othman berkata keputusan itu, yang diumumkan oleh pemimpin-pemimpin MIC semalam, tidak harus berlaku.

“Kementerian Pelajaran seharusnya tegas... kita mengambil keputusan ‘flip-flop’, kata beliau yang masih menunggu keputusan rasmi kerajaan berkenaan keputusan.

“Kami akan membuat pendirian apabila adanya kenyataan rasmi daripada Kementerian Pelajaran,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Tidak ada kenyataan rasmi. Kita perlu dengar kenyataan rasmi, kita akan tengok,” kata beliau lagi.

Katanya, keputusan terbaru ini akan memberi implikasi ke atas sistem pendidikan negara ini.

Dalam kenyataannya, Mohd Zakir juga mempersoalkan sebab keputusan Kabinet itu diumumkan oleh pemimpin-pemimpin MIC.

“Mengapa mereka perlu mendahului Kementerian Pelajaran, jadi tanda tanya adakah keputusan itu ada tujuan kepentingan politik,” katanya lagi.

Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel “Interlok” yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

“Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya di Air Keroh, Melaka.

Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah. -TMI

Musim baru sandiwara Interlok?

Sandiwara dan drama melibatkan campur tangan politik dalam isu novel Interlok Edisi Murid ternyata masih berterusan, malah kini memasuki musim baru.

Sejak tengah hari semalam (16 Disember 2011), ramai yang menghubungi Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) untuk berkongsi “berita gembira” bahawa novel berkenaan tidak akan digunakan sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) mulai 2012.

Namun, Kavyan sentiasa bersikap objektif dan rasional; bukan emosional. Begitu juga dalam meneliti perkembangan terkini kontroversi Interlok Edisi Murid yang bermula dengan “Interlok Kulit Merah” dan kini berada dalam versi “Interlok Kulit Biru”.

Saya menggunakan frasa “lingkaran syaitan” (vicious circle) dalam faksyen melibatkan berhala Dewa Shiva di Siru Kambam (FMT, 21 & 28 November 2011). Nampaknya “lingkaran syaitan” yang melanda Siru Kambam dalam faksyen itu kini sudah melanda kita!

Ruangan Twitter digunakan oleh pelbagai pihak – khasnya ahli/penyokong MIC – sejak tengah hari semalam untuk berkongsi “berita gembira” bahawa novel Interlok Edisi Murid tidak akan digunakan di sekolah mulai tahun depan.

Khabarnya, menurut mesej Twitter, Facebook dan SMS, “Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri akan membuat pengumuman rasmi mengenainya dalam tempoh terdekat”.

Sementara menanti (bukan “ternanti-nanti”) pengumuman rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu yang khabarnya diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu, saya mula meneliti segala dokumentasi berhubung kontroversi Interlok Edisi Murid di blog Kavyan sejak Disember 2010.

Secara ringkas, saya meneliti penglibatan Kementerian Pelajaran, MIC, Panel Bebas, Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) dan Kavyan.

Menurut laporan media (termasuk Utusan Online dan Bernama Online) semalam, Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam mendedahkan berita terbaru itu kepada wakil media di Ayer Keroh, Melaka.

Kemudian, kenyataan Presiden MIC, Datuk G Palanivel di Kulim, Kedah turut disiarkan di beberapa media; sekali gus membuatkan pelbagai pihak melonjak kegembiraan atas “kejayaan MIC menangani isu Interlok”.

Apabila dihubungi pelbagai pihak menerusi telefon dan SMS, saya menegaskan bahawa saya tidak akan mempercayai “kebenaran” kenyataan kedua-dua individu itu selagi Menteri Pelajaran sendiri tidak tampil membuat kenyataan rasmi.

Kejayaan MIC?

Apa yang berlaku berikutan pengumuman Datuk T Murugiah (bekas pengerusi Biro Pengaduan Awam) pada 15 Disember 2010 bahawa novel Interlok Edisi Murid ditarik balik serta-merta masih segar dalam ingatan.

Pada peringkat awal, MIC memang meminta novel berkenaan ditarik balik. Malah, semasa pertemuan bersama Muhyiddin di Aras 3, Menara Parlimen pada 23 Mac lalu, Palanivel dan Subramaniam menasihatkan Muhyiddin perkara sama. Saya berada di sana dan boleh menjadi saksi.

Bagaimanapun, akhbar Makkal Osai pada 10 Disember lalu melaporkan Palanivel sebagai berkata bahawa segala perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India dalam novel itu sudah dibetulkan.

Beliau memberitahu wakil media pada 9 Disember lalu bahawa MIC dan dua wakil kaum India dalam Panel Bebas berpuas hati dengan Interlok Kulit Biru.

“Saya menandatangani surat izin selepas kami meneliti draf pindaan. Kami puas hati bahawa apa-apa yang sensitif sudah dikeluarkan,” katanya.

Maka, amat menghairankan mengapa MIC tiba-tiba perlu meminta Kabinet menarik balik sebuah novel yang sudah pun “diluluskan” olehnya walaupun hanya sekitar 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang dipersetujui dilaksanakan sebelum buku itu dicetak semula.

Saya pernah memberitahu MIC sebelum ini bahawa sekiranya parti politik itu “meluluskan” novel itu dengan hanya sekitar 20 peratus pemurnian, maka masyarakat yang sedia marah pada MIC akan bertambah marah.

Saya percaya bahawa kemarahan itu semakin terasa berikutan kenyataan Palanivel pada 9 Disember lalu bahawa “kami puas hati bahawa apa-apa yang sensitif sudah dikeluarkan”.

Kebanyakan mesej yang tersebar (baca: disebarkan ahli/penyokong MIC) semalam memuji “kejayaan” MIC dalam usaha menarik balik novel Interlok Edisi Murid daripada dijadikan teks Komsas.

Soalnya, mengapa tidak usaha itu dilakukan MIC sebelum Interlok Kulit Biru dicetak dengan hanya sekitar 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang diperakukan?

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan pada 22 Jun 2011 bahawa pencetakan semula 390,000 naskhah novel itu melibatkan kos sekitar RM1 juta; termasuk kos penghantaran.

Jangan lupa bahawa terdahulu, “pelekat ajaib” digunakan untuk melakukan pindaan minimum pada novel berkenaan. Entah berapa banyak wang rakyat terbazir dalam melaksanakan tindakan kurang bijak (baca: bodoh) yang tidak selaras dengan apa yang dijanjikan Muhyiddin di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011.

Bercakap mengenai Muhyiddin, sehingga artikel ini ditulis, beliau belum membuat sebarang menyataan rasmi berhubung Interlok Edisi Murid walaupun (menurut Palanivel dan Subramaniam) keputusan sudah dibuat oleh Kabinet minggu lalu.

Memandangkan Kavyan menyimpan rekod berhubung kontroversi ini sejak Disember 2010, maka saya masih ingat bahawa Muhyiddin dalam kenyataan rasmi pada 27 Januari lalu mengumumkan “keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian yang terbaik”.

Kuasa undi kaum India

Maka, jika “pindaan” sudah dibuat dan novel sudah dicetak semula, mengapa tiba-tiba keputusan dibuat untuk menarik balik penggunaannya di sekolah?

Mungkinkah kerana baru sedar akan kuasa undi rakyat – khasnya kaum India – menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13? Atau apakah keputusan ini ada kaitan dengan tekanan yang diterima daripada NIAT yang diketuai Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim?

Semalam, saya turut menerima SMS daripada sekretariat NIAT bahawa Thasleem mengucapkan terima kasih kepada “semua yang telah bersama-sama NIAT dalam usaha menolak penggunaan Interlok di sekolah”.

Maknanya, NIAT juga sudah benar-benar yakin pada pengumuman yang dilakukan Subramaniam dan Palanivel. (Belum mengambil kira soalan siapa yang berjaya: NIAT atau MIC? Atau Hindraf?)

Pada 28 Mei lalu, NIAT membuat pengumuman akan mengadakan mogok lapar bagi membuktikan bahawa pasukan itu serius dalam pendiriannya menuntut novel berkenaan digugurkan.

Pada peringkat awal (Januari 2011), NIAT mahu Interlok Edisi Murid dimurnikan; sebagaimana dituntut Kavyan. Bagaimanapun, selepas 12 Februari lalu, pendirian kumpulan itu berubah, iaitu mahu ia digugurkan terus kerana tidak sesuai dari segi ajaran Islam.

Maknanya, bukan hanya Interlok Edisi Murid, tetapi termasuk Interlok edisi asal yang masih berada dalam pasaran terbuka (atau di stor DBP). Maka, “perjuangan” NIAT belum berakhir, bukan?

Apa pun, mujurlah NIAT tidak meneruskan mogok lapar yang diumumkan penuh emosional. Setahu saya, tindakan mengadakan mogok lapar adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Tentulah aneh jika NIAT menggunakan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk menjayakan niat menolak sebuah novel yang dikatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Di pihak Kavyan pula, kami hanya mengeluarkan kenyataan selepas mula meneliti novel edisi murid, edisi pelajar dan edisi asal secara akademik dan objektif.

Dalam kenyataan rasmi pertama pada 3 Januari 2011, Kavyan menegaskan bahawa “Interlok Edisi Murid wajib dimurnikan”. Pendirian sama ditekankan pada sesi taklimat khas yang diadakan pada 16 Januari lalu.

Pada 26 Januari lalu, semasa “Wacana Interlok” di Universiti Malaya, saya tegaskan kembali:

“Sekiranya masih ada bantahan terhadap cadangan supaya novel Interlok Edisi Murid dimurnikan, maka tidak ada pilihan selain meminta novel itu dikeluarkan terus daripada dijadikan teks Komsas.”

Pendirian Kavyan tetap sama sehingga kini. Malah, dalam kenyataan rasmi pada 29 November lalu, Kavyan memutuskan bahawa “Interlok Kulit Biru (2011) adalah edisi yang lebih baik daripada Interlok Kulit Merah (2010) tetapi bukan edisi yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran pada Mac 2011”.

Kavyan memulakan kempen “Mari Bersama Murnikan Interlok” pada 28 Januari 2011 dengan meminta masyarakat pelbagai kaum mengemukakan senarai perkara yang perlu dibetulkan dalam Interlok Edisi Murid.

Pada hujung kempen di blog itu, saya turut mencatatkan begini:

“Sekiranya cadangan pemurnian yang rasional, akademik, berhujah, bertamadun dan logik yang dikemukakan itu nanti tidak diterima Kementerian Pelajaran (Kerajaan), maka saya akan pertahankan pendirian supaya Interlok Edisi Murid dikeluarkan terus daripada sistem pendidikan negara. Kalau tidak membenarkan kerja-kerja pemurnian dilakukan, simpan sahajalah buku itu di stor.”

Sandiwara

Pada masa sama, tentu sahaja Kavyan mahu memastikan bahawa Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain tetap menerima royalti bagi Interlok Kulit Merah dan Interlok Kulit Biru yang dicetak untuk dijadikan teks Komsas.

Mungkin ramai yang yakin bahawa kini Interlok Kulit Merah dan Interlok Kulit Biru akan disimpan di stor. Mungkin mereka hanya menanti pengumuman rasmi oleh Muhyiddin “dalam tempoh terdekat”.

Namun, bagi saya secara peribadi, seperti yang saya nyatakan di FMT pada 27 Jun lalu, saya tetap berwaspada dan bersikap wasangka kerana tidak mahu “tertipu” lagi dengan “permainan” dan “sandiwara” mana-mana pihak yang “cakap tak serupa bikin”.

Malah, apakah alasan retorik yang bakal diberikan oleh Muhyiddin untuk akhirnya bersetuju (jika benar) menarik balik novel yang sudah dicetak dalam dua versi dan dipertahankannya secara bermati-matian sejak setahun lalu?

Kavyan tidak akan terkejut sekiranya Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa Interlok Kulit Merah akan ditarik balik pada 2012 dan diganti dengan Interlok Kulit Biru.

Segalanya adalah mungkin di negara bertuah ini. Jangan ketinggalan mengikuti musim baru drama ini yang penuh mendebarkan. -FMT



Skandal Lembu NFC: Ramai Persoal Mengapa SPRM Dan Najib Tidak bertindak

SPRM pejam mata bila lihat skandal NFC

Ramai orang terpinga-pinga melihat telatah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kemudiannya mencuci tangan dengan melontarkan kes ini kepada pihak polis.

Namun kini pesuruhjayanya Datuk Abu Kassim Mohamed memberi kita jawapan.

Bercakap kepada para pemberita dari akhbar Sin Chew Daily selepas persidangan antarabangsa 14 Disember lalu, Abu Kassim menerangkan bahawa aduan yang diterima SPRM berhubung penyelewengan dana awam, tidak bermaksud penyalahgunaan kuasa.

Maka dengan itu, kes di bawah Akta Prosedur Jenayah ini hendaklah disiasat oleh polis dan bukannya kes rasuah yang terletak di bawah bidang kuasa SPRM.

Saya beranggapan Abu Kassim merujuk kepada aduan mengenai penggunaan sebanyak RM250 juta pinjaman mudah dari kerajaan untuk membeli kondominium mewah dan lain-lain hartanah peribadi oleh keluarga Ketua Wanita Umno dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tetapi tidakkah Abu Kassim bertindak seperti seorang amatur dalam menangani kes rasuah berprofil tinggi ini seolah-olah seperti orang buta menyentuh seekor gajah?

Seperti seekor gajah, yang mempunyai ciri-ciri dan organ yang bermacam-macam, skandal NFC ini merupakan seekor raksasa yang menelan sejumlah dana awam yang banyak.

Projek terpalit dengan rasuah

Menternak lembu dan menyediakan daging lembu merupakan sebuah projek utama kerajaan yang diberi kepada keluarga menteri yang tidak layak dan tidak kompeten untuk mengendalikannya, di mana pinjaman mudah yang besar jumlahnya dilulus dan disalurkan dengan cara yang mencurigakan.

Penyelewengan ini membolehkan penerimanya menggunakannya untuk tujuan yang bukan sepatutnya, menyebabkan projek ini gagal yang bukan hanya membantutkan skim pengeluaran makanan yang penting tetapi juga melenyapkan usaha untuk mendapatkan kembali dana awam sebanyak itu.

Tidak dapat dinafikan, kegagalan projek ini melibatkan lebih daripada seorang menteri dan lebih daripada seorang pegawai kementerian boleh dikaitkan dalam kesalahan rasuah, bersubahat, pecah amanah dan kelalaian jenayah ini, dalam bentuk pemberian projek dan kemudiannya menyalurkan dana itu.

Dalam perbuatan jenayah yang saling kait mengait ini, pembelian dua buah kondominium itu merupakan satu rantaian, kalau pun tidak merupakan isu paling penting. Persoalan yang lebih besar ialah kenapa projek itu diberi kepada keluarga Shahrizat? Siapa yang membuat keputusan itu?

Persoalan berikutnya ialah siapa yang bertanggungjawab ekoran kegagalan untuk mengawal pengeluaran dana itu dan atas kegagalan mengawal-selia penggunaan dana dengan betul?

Bagi soalan pertama, petualang-petualangnya ialah menteri dan bekas menteri pertanian dan industri asas tani. Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar.

Ini termasuk menteri dan bekas menteri kewangan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terlibat dalam pemberian projek dan selepas itu mengeluarkan dana tersebut.

Salam perpisahan politik?

Selain daripada petualang-petualang ini yang mengikut protokol, bagaimana dengan mereka yang teribat dengan menggunakan saloran politik ke atas projek ini?

Saya kira para pembaca masih ingat bagaimana Shahrizat terlibat dalam pertarungan sengit dengan ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz bagi merebut jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan parti yang lalu dan beliau berjaya menyingkir Rafidah, yang disifatkan sebagai memenuhi kehendak pimpinan tertinggi parti.

Mendasari pertandingan merebut jawatan ketua wanita ini, kita boleh menyoal sama ada wujud kaitan di antara projek bernilai RM250 juta ini dengan misi Shahrizat untuk menyingkir Rafidah. Aspek ini tidak harus diketepikan oleh penyiasat yang menyiasat skandal ini.

Mengenai soalan kedua tentang pengeluaran pinjaman itu yang mengakibatkan dana awam itu disalahgunakan, kedua-dua kementerian pertanian dan kementerian kewangan tidak boleh berlepas tangan kerana mereka saling bekerjasama agar dana awam itu dapat dikeluarkan. Berhubung hal ini, kedua-dua menteri, termasuk para pegawai daripada kedua-dua kementerian itu harus disiasat.

Memandangkan berleluasanya perlakuan rasuah melibatkan para pemimpin politik termasuk di peringkat pentadbiran, bolehkah kita mempercayai apabila SPRM memberitahu bahawa pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa mengenai skandal ini?

Abu Kassim menghina rakyat apabila beliau memberitahu para pemberita Sin Chew bahawa masalahnya ialah rakyat tidak faham mengenai undang-undang dan tidak boleh membezakan di antara putih dan hitam serta mendakwa mereka semata-mata mengikut rentak pembangkang yang menghentam SPRM?

Seterusnya beliau berkata, “masalah kita yang terbesar ialah bagaimana untuk menukar minda (mindset) rakyat dan bagaimana untuk meyakinkan mereka bahawa SPRM ini bebas. Mengikut iklim politik dewasa ini, isu rasuah dipolitikkan dan dakwaan bahawa SPRM tidak bebas digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.”

SPRM anggap rakyat bodoh

Mengimbas kembali komen pesuruhjaya SPRM itu, kita merasakan Abu Kassim menganggap rakyat semuanya bodoh belaka.

Jika SPRM ini bebas, bolehkah Abu Kassim memberitahu kita kenapa tidak ada siasatan dilakukan apabila menerima bukti-bukti yang begitu banyak tentang kegiatan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Sarawak bernama ‘Movement for Change Sarawak’ (MoCS) telah menyerahkan sebuah laporan setebal dua inci, memperincikan perbuatan rasuah Taib tetapi tidak dijawap oleh SPRM sehingga hari ini.

Seorang rakyat Sarawak, Willie Kajan menyerahkan laporannya yang kedua terus ke Putrajaya pada bulan Januari lalu tetapi tidak ada respon. James Wong dan John Brian, juga dari Sarawak menyerahkan laporan-laporan mereka dalam bulan Jun dan Ogos 2010 di Shah Alam dan Putrajaya, juga tidak ada maklum balas.

Ramai lagi, termasuk pemimpin-pemimpin parti politik juga menyerahkan laporan-laporan mereka kepada SPRM dan berakhir dengan nasib yang sama.

Berhubung dengan skandal NFC ini, kenapa Abu Kassim berlakon seperti orang buta, melalui beberapa sidang akhbar dan posting dalam internet dalam tempoh dua bulan lalu walaupun berdepan dengan kontroversi dan bukti-bukti berhubung penyalahgunaan kuasa dan rasuah?

Bagaimana mungkin Abu Kassim tidak dapat melihat perkataan “rasuah” apabila perkataan itu menentang matanya dari pelbagai arah?

Kami faham kenapa Abu Kassim bertindak sedemikian tetapi janganlah sampai menghina rakyat dengan menganggap mereka semuanya bodoh. -FMT

Skandal NFC: Najib tak berani ambil tindakan terhadap pemimpin Umno

PETALING JAYA 15 Dis : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berani mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan bertindak terhadap pegawai bawahan yang terlibat rasuah, tetapi membiarkan penyelwengan dana RM250 juta yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil

Ia juga katanya, termasuk kegagalan kerajaan mengambil tindakan berhubung kekayaan yang dikumpulkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara haram sepertimana yang didakwa NGO antarabangsa baru-baru ini.

“Oleh itu kita perlu sedarkan rakyat kerana sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat. Ini adalah amat serius untuk masa depan anak-anak kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Kata ADUN Seri Setia itu, Datuk Seri Najib Razak hanya melaungkan retorik politik apabila kononnya hendak lebih telus dan membuat transformasi dalam pentadbiran Kerajaan samada dari segi ekonomi dan membanteras rasuah.

Nik Nazmi turut mengulas laporan Transparency International (TI), bahawa Negara berada di kedudukan yang rendah daripada purata global dalam kajian syarikat setempat yang memberi rasuah ketika menjalankan perniagaan di luar negara.

“Kalau kita lihat kejatuhan kita dalam korupsi indeks, yang mana score telah menurun semenjak 2008, sebalik retorik akan adakan transformasi dan sebagainya, kerajaan gagal dalam mengatasi masalah rasuah tegar,” katanya.

Justeru katanya rakyat perlu sedar dengan penyelewengan yang dilakukan kerana ia akan memberi kesan kepada generasi masa depan dan institusi keluarga.

“Sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat. Ini adalah amat serius untuk masa depan anak kita,” katanya. -KD


Untuk Dapatkan Sokongan India, Novel Interlok Ditarikbalik Dari Silibus

Presiden MIC: Novel Interlok digugur dari silibus tingkatan lima

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Kerajaan memutuskan untuk menarik balik novel kontroversial Interlok, yang dibantah banyak pertubuhan bukan kerajaan, daripada silibus sastera tingkatan lima.

Dipetik Star Online, Presiden MIC Datuk G. Palanivel (gambar) berkata Kabinet memutuskan perkara itu minggu lalu.

Dalam pada itu Bernama Online memetik Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Katanya, beliau berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

“Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan. -TMI

Najib umum RM5 juta untuk penulis muda

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM5 juta yang disalurkan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda.

Perdana menteri berkata peruntukan itu akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun dan yakin karya asli penulis dapat diterbitkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Katanya bagi merealisasikan matlamat itu secepat mungkin, ITBM akan ditingkatkan mandatnya untuk menerbitkan karya asli penulis selain berfungsi sebagai agensi teraju dalam bidang penterjemahan.

"Ini turut melibatkan penjenamaan baru institut itu kepada ITBM (asalnya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Pengerusi PENA Dr Mohamad Saleeh Rahamad dan Pengarah Urusan ITBM Khair Ngadiron.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf Rumah Pena.

Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan Tokoh PENA kepada bekas Presiden PENA Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain sebagai menghargai sumbangannya semasa menerajui persatuan itu.

Dalamm ucapannya, Najib juga meminta penulis muda mencorak minda masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap Malaysia melalui sastera berasaskan kepelbagaian 1Malaysia.

"Usia yang muda bukanlah alasan untuk mengecilkan diri atau berasa rendah diri, jadikan peluang yang ada sebagai aset utama untuk melaksanakan tugasan tersebut.

"Anda (penulis muda) mempunyai kudrat yang kuat, masa masih panjang dan pemikiran yang meluas. Hadapilah cabaran di hadapan dengan penuh semangat, visi yang jelas dan kesungguhan tidak terbatas," katanya.

Beliau berkata selepas Merdeka, sasterawan berperanan melakukan transformasi pemikiran masyarakat dengan idea yang menyuburkan pembangunan, perpaduan kaum dan pembebasan daripada penjajahan mental.

Najib berkata peranan sasterawan penting dalam merealisasikan perencanaan kerajaan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan kemajuan negara tidak sahaja diukur daripada segi kebendaan semata-mata.

"Pencapaian dalam bentuk pemikiran, persuratan dan kebudayaan juga menjadi salah satu pengukur penting dalam kemajuan itu sendiri.

"Kita tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju daripada segi kebendaan semata-mata tetapi miskin akal budi. Kalau itu terjadi kita tidak ubah seperti pohon yang tiada akar, sekali bertiup pasti menyembah bumi," katanya.

Beliau mengangap sasterawan merupakan "mata dan suara hati" rakyat yang melihat kepincangan dalam masyarakat lalu menyisipkan idea dan pedoman bagi membentuk keperibadian bangsa bagi menghadapi cabaran zaman.

"Sasterawan terdahulu melalui penulisan mereka telah meniup semangat yang meresap ke dalam jiwa masyarakat sehingga membentuk gelombang kebangkitan nasionalisme yang berupaya mengubah lanskap politik negara.

"Memang benar ahli politik dilihat pelaksana perubahan namun nyalaan semangatnya tetap datang daripada buah filiran yang disemai secara halus serta tersirat oleh penulis serta pengarang sastera tanah air," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Kerana khuatir kehilangan sokongan kaum India di dalam pilihanraya akan datang, kerajaan telah menarik balik novel kontroversial Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima.

Mungkin sebagai imbalan untuk tidak menerima tindakbalas daripada kumpulan sasterawan Melayu, Najib mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda dan RM1 juta untuki rumah PENA.

Begitulah kaedah politiking Najib - tabur wang - kerana baginya rakyat mudah dibeli dengan wang, begitulah juga undi mereka.

RM1,000 billion telah lesap, masih kita mahu ditipu BN lagi?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[Video] Gadis Paling Kerdil Di Dunia Ditemui Di India

Nagpur - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.

Gambar: SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.

Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.

Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. - Agensi



Harga Ikan Melambung Tinggi Di Seluruh Negara

Kuala Lumpur – Harga ikan di seluruh negara dijangka melambung tinggi sehingga Februari tahun hadapan setelah mengalami kenaikan mendadak sejak sebulan lalu ekoran musim tengkujuh yang dihadapi ketika ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Mohamed Dolmat berkata, peningkatan harga ikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan musim hujan membuatkan sebahagian besar para nelayan tidak boleh turun ke laut seperti biasa.

Jelasnya, keadaan itu telah menyebabkan jumlah tangkapan ikan menurun dan menjadi punca ikan dijual pada harga yang tinggi di pasaran.

“Masalah ini akan membelenggu pengguna sehingga bulan Februari tahun hadapan kerana musim tengkujuh yang dihadapi sejak Oktober lalu hanya akan berakhir pada bulan berkenaan.

“Jadi, orang ramai yang bergantung harap kepada ikan disarankan menggantikan ia dengan bahan lain seperti ayam jika tidak sanggup membeli ikan dengan harga yang mahal,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengenai rungutan orang ramai mengenai kenaikan mendadak harga ikan di pasaran ketika ini.

Dalam satu tinjauan di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan.

Seorang peniaga, Ali Harun, 43, berkata, cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut dan terpaksa dia mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah namun dengan jumlah yang kecil iaitu hanya 60 kilogram sehari berbanding 500 kilogram sebelum ini. -kosmo

Ikan kembung naik 3 kali ganda

ALOR SETAR - Harga ikan kembung di Pasar Besar Alor Setar melambung daripada RM3 kepada RM10 sekilogram, malah ada beberapa kawasan sehingga RM12 sekilogram, sejak sebulan lepas yang didakwa disebabkan bekalan tidak mencukupi.

Peniaga Ali Harun, 43, berkata cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut.

Ali, yang mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah, berkata sebelum ini diaboleh mendapat sehingga 500 kilogram sehari tetapi kini hanya memperoleh 60kilogram.

"Harga dari peraih RM8.50 menyebabkan kami terpaksa jual RM10. Keuntunganberkurangan tidak seperti sebelum ini kerana pelanggan enggan membeli banyak," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar hari ini.

Seorang lagi peniaga Ghazali Abdul Rahman, 72, berkata disebabkan harga ikanmelambung, ada pelanggan tetapnya kejut dan mengeluh kerana ia terlalu mahal walaupun bukan pada hari perayaan.

Katanya ada antara pelanggan yang mengetahui situasi semasa harga ikan tidakmerungut malah hanya membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelumnyatetapi dia percaya harga ikan itu akan kembali normal setelah bekalan mencukupi.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Alor Setar di sini mendapati rata-rata pelanggan membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelum ini yangmembeli tiga hingga lima kilogram.

Mohd Khir Hamid, 48, yang sering membeli ikan kembung di Pasar Besar itu,berkata kenaikan harga yang mendadak itu dirasai trutamanya oleh keluarga miskin atau berpendapatan rendah.

Tinjauan di Pasar Pekan Tokai di Pendang pula mendapati rata-rata peniagaterpaksa menjual ikan kembung pada harga RM12 sekilogram disebabkan harga yangdibeli dari peraih terlalu tinggi iaitu RM9.50 sekilogram.

Mohd Khairul Hisham Senaman, 25, berkata hasil jualannya sejak sebulan lalumenurun memandangkan pelanggan mula beralih kepada makanan lain yang lebih murah.-SH