17 Dis 2011

Lebih RM1,000 Billion Wang Negara Lesap Dibawah BN. Mahu Pilih Mereka Lagi?

RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.

Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen” setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.

Satu dekad yang telah hancur dek korupsi

Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2000 hingga 2009. Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan lima negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa. Mengikut penulisnya, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai." Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara.

Ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula. Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita. Projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban, termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram.

Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri. CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia. DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij. Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP, merangkap ahli parlimen Bagan.


Ulasan GB

Ringkas saja, hanya yang hilang akal dan tidak berakal akan terus pangkah BN.

6 ulasan:

Art Pokon berkata...

Ini adalah kes-kes terbesar apa cerita pula rasuah diperingkat kementerian hingga paling bawah yang hanya dapat makan minum sahaja ... hahahaa ... mungkin maksud paling senang adalah wang kita dibelanjakan sebanyak RM10 untuk membeli barang bernilai RM1.. itulah fakta rasuah di Malaysia ...

Amuraria berkata...

DAN LEMBU-LEMBU BARUA PENYOKONG TOTOK TANPA OTAK BERDEMO SEKITAR KOMTAR PENANG MEMBUSUKKAN SESIAPA YANG ANTI-RASUAH ! DIKEPALAI OLEH INDIA MUSLIM NGAKU MELAYU ! PODAAAH DEY KUTTY !

Tanpa Nama berkata...

Tu yang yng cover dgn Rm500, RM100 sekarang ni... rakyat puji habis le.. apa lagi nak praya ni.
Mmg hak rakyat, amik jgn tak amik ... tugas pemimpin mmg memastikan rakyat gembira, dgn awak pemimpin jalankan amanah.

Tanpa Nama berkata...

orang kampung yang totok UMNO dia tk peduli pun pasal ini..apa yg dia kisah..kalau dia ada masalah, ada org yg leh tolong dia bantu selesai masalah..tu jer..dia peduli apa shahrizat kebas rm250 juta...bukan kata org kg..org di bandar pun ada yg tk kisah...sb terlalu sygkan pd umno..bg dia org..apa yg dia nk..dia org akan dpt...

Tanpa Nama berkata...

Ini yang orang kampong dan Mak Cik-Cik kad FELDA tak faham.Oleh kerana mereka tak faham,maka mereka tak kisah.Adalah menjadi tanggungjawab jentra Penerangan Pakatan Rakyat menyebar dan menerangkan berita ini agar depa dapat faham.Pakai ceramah aje tak mencukupi.Bahan kempen banyak tapi tak tau dan tak faham nak gunakan.

Tanpa Nama berkata...

Web report di sini. http://iffdec2011.gfintegrity.org/