Sultan Johor: Kalau semua tak boleh, lebih baik duduk dalam gua
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menegur pelbagai amalan berasaskan agama yang kadangkalanya tidak praktikal, memaklumkan ia boleh menjadi tidak munasabah untuk hidup dalam masyarakat sedemikian.
Baginda bertitah menjelaskan isu dobi mesra Muslim sahaja yang enggan menerima pelanggan bukan Islam dengan alasan 'kesucian'.
"Saudara-saudara fikir lah sendiri. Bagaimana pula, dengan tempat duduk di tempat awam. Yang mungkin dijilat anjing, atau bantal dan selimut di hotel yang mungkin terkena najis.
"Perkara ini tidak akan berakhir. Kalau semua sudah tak boleh, maka nasihat saya, lebih baik duduk seorang di dalam gua dan tak perlu hidup masyarakat," titah ucapan baginda dalam majlis konvokesyen ke 17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat semalam.
Sebuah video titah ucapan baginda dimuat naik ke laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim (sila rujuk di bawah)
Titah Sultan Ibrahim lagi nota ringgit mungkin telah bersentuhan dengan para penjual arak dan daging khinzir.
"Adakah kerajaan perlu mengeluarkan duit yang mesra Muslim?" Soal baginda.
Menyentu dobi mesra Muslim itu lagi, baginda telah bertitah mengarahkan agar amalan itu dijauhi. Titah Sultan Ibrahim lagi amalan sedemikian hanya akan memecah-belahkan masyarakat.
"Sebagai ketua agama negeri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk kekalkan keamanan dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini.
"Oleh itu, apa juga perkara yang saya rasa boleh membawa kepada perpecahan akan diambil tindakan dengan segera."
Baginda menambah amalan tersebut sebagai 'ekstrim'. Baginda menekankan bahawa Islam menjunjung keharmonian dan mengajak berbuat baik kepada orang lain walaupun bukan daripada agama yang sama.
"Pemikiran sempit ini bukan cara masyarakat Islam di Johor," titah baginda. -mk
ULASAN GB
Apa yang disampaikan oleh Tuanku Sultan Johor amat bernas dan rasanya perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak khususnya mereka yang masih berfikiran sempit tetapi ingin hidup di dalam masyarakat multi-racial dan multi-religious.
Golongan yang merasakan dirinya terlalu suci sehingga tidak boleh lansung bergaul dengan mereka yang bukan-Islam lebih baik duduk di dalam gua, saranan Tuanku yag amat GB persetujui.
Di dalam Al-Quran telah jelas Allah berfirman:
“Dan jika Tuhan-mu Menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman?” (Yunus 99)
Kita diperintahkan agar tidak memandang tinggi kepada pihak sendiri dan memandang rendah kepada pihak lain iaitu sikap yang ada di dalam kebanyakan ahli parti suci.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Al-Hujurat:11
Justeru itu apa yang disampaikan oleh Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat bertepatan dengan perintah-perintah Allah swt di atas dan sewajarnya semua pihak perlu akur dan menghormati pandangan baginda.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menegur pelbagai amalan berasaskan agama yang kadangkalanya tidak praktikal, memaklumkan ia boleh menjadi tidak munasabah untuk hidup dalam masyarakat sedemikian.
Baginda bertitah menjelaskan isu dobi mesra Muslim sahaja yang enggan menerima pelanggan bukan Islam dengan alasan 'kesucian'.
"Saudara-saudara fikir lah sendiri. Bagaimana pula, dengan tempat duduk di tempat awam. Yang mungkin dijilat anjing, atau bantal dan selimut di hotel yang mungkin terkena najis.
"Perkara ini tidak akan berakhir. Kalau semua sudah tak boleh, maka nasihat saya, lebih baik duduk seorang di dalam gua dan tak perlu hidup masyarakat," titah ucapan baginda dalam majlis konvokesyen ke 17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat semalam.
Sebuah video titah ucapan baginda dimuat naik ke laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim (sila rujuk di bawah)
Titah Sultan Ibrahim lagi nota ringgit mungkin telah bersentuhan dengan para penjual arak dan daging khinzir.
"Adakah kerajaan perlu mengeluarkan duit yang mesra Muslim?" Soal baginda.
Menyentu dobi mesra Muslim itu lagi, baginda telah bertitah mengarahkan agar amalan itu dijauhi. Titah Sultan Ibrahim lagi amalan sedemikian hanya akan memecah-belahkan masyarakat.
"Sebagai ketua agama negeri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk kekalkan keamanan dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini.
"Oleh itu, apa juga perkara yang saya rasa boleh membawa kepada perpecahan akan diambil tindakan dengan segera."
Baginda menambah amalan tersebut sebagai 'ekstrim'. Baginda menekankan bahawa Islam menjunjung keharmonian dan mengajak berbuat baik kepada orang lain walaupun bukan daripada agama yang sama.
"Pemikiran sempit ini bukan cara masyarakat Islam di Johor," titah baginda. -mk
ULASAN GB
Apa yang disampaikan oleh Tuanku Sultan Johor amat bernas dan rasanya perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak khususnya mereka yang masih berfikiran sempit tetapi ingin hidup di dalam masyarakat multi-racial dan multi-religious.
Golongan yang merasakan dirinya terlalu suci sehingga tidak boleh lansung bergaul dengan mereka yang bukan-Islam lebih baik duduk di dalam gua, saranan Tuanku yag amat GB persetujui.
Di dalam Al-Quran telah jelas Allah berfirman:
Kita diperintahkan agar tidak memandang tinggi kepada pihak sendiri dan memandang rendah kepada pihak lain iaitu sikap yang ada di dalam kebanyakan ahli parti suci.
Justeru itu apa yang disampaikan oleh Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat bertepatan dengan perintah-perintah Allah swt di atas dan sewajarnya semua pihak perlu akur dan menghormati pandangan baginda.
14 ulasan:
Alaaahai GB...., baru bercadang nak pergi ke Muar setiap hujung minggu untuk mendapatkan perkhidmatan dobi mesra muslim itu, sebabnya dobi di Taiping ini dan di seluruh Negeri Perak tiada satu pun kedai dobi yang mesra muslim walaupun dipunyai oleh orang Islam. Habis tu, cucian dobi kita semua selama ini tak sucilah ya?
kikiki malunyaaa. zamihan taliban ni kena tegur oleh sultan dlm majlis konvokesyen dihadapan pelbagai kaum ibubapa dan pelajar yg baru grduate. jakim pun kena tibai jugak!! hahaha padan muka zamihan, itulah bahananya bila dakwah tu hanya utk org lain selain dari diri sendiri.
selama ni kau ingat kau sorang jer yg layak mengajar agama, sombong dan bongkak.. sekarang atas muka bumi Allah dah aibkan engkau sebab kau selalu cop org lain wahabi dan kafir. taubatlah zamihan, sama samalah tegakkan islam, islam ni milik Allah bukannya milik aswaja.
Sekarang ni dah kuar pulak hujah2 keji yang konon2nya mengharamkan umat islam mengundi calon2 bukan Islam kerana atas alasan umat Islam tak boleh mengangkat orang bukan Islam sebagai pemimpin. Jelas sekali usaha2 jahat dari golongan2 kebangsaan dan golongan asobiyah agama sedang cuba memutarbelit agama bagi melanjutkan tujuan politik sempit mereka.
Soalnya kenapa baru sekarang timbul cerita2 kononnya orang islam tak boleh undi calon bukan Islam? Kenapa tidak kuar masa 13 kali PRU yang lepas? Kenapa tidak timbul murtad orang2 yang melayu yang sokong BN dan mengundi MCA, MIC dan gerakan? Kenapa waktu PAS letak calon bukan Islam takdak pulak agamawan2 ni dok bercerita haram undi calon bukan islam dari PAS tu? UMNO pun ramai ahli yang bukan Islam kat Sabah nun. Ada gak calon UMNO yang bukan Islam tapi kenapa tak timbul cerita umat islam dilarang undi calon bukan Islam?
Perkara ni jelas menampakkan kegusaran dan ketakutan UMNo dan PAS terhadap peralihan sokongan melayu kepada PH. UMNO dan PAS sedar pengundi bukan Islam telah menolak mereka dan peluang untuk UMNO dan PAS mendapat kerusi hanyalah dari pengundi melayu. Tetapi melihatkan kehadiran majoriti orang melayu dalam himpunan yang lepas, UMNO dan PAS sedar bahawa mereka sudah hilang banyak sokongan orang melayu. Maka mereka terpaksa mempergunakan agama bagi memperdaya dan menipu orang2 melayu agar tetap menyokong UMNO dan PAS. Jelas bahawa kedua2 UMNO dan PAS memperkudakan Islam untuk kepentingan politik dan kedua2 parti itu adalah seburuk2 parti politik yang dok ada dalam politik Malaysia.
Ayuh orang2 melayu, mari kita keluarkan penyamun2 dari duduk dalam parlimen dan pastikan pasu2 bunga yang tak ada nilai langsung kepada rakyat dihantar ketepi longkang Parlimen. Penyamun dan pasu2 bunga tidak ada tempat di dalam Parlimen. PASU (PasUmno) tak layak duduk dalam Parlimen! Asal Bukan PASU!
Nick.
Cape Tiger.
P.s- kalau Pas nak buat Ruu 355 lepas PRU14, kenapa dok sibuk buat cerita RUU waktu ni? Ni namanya buat kerja bodoh!
Ambik baju Mufti dan baju tokey babi yg berlumuran lumpur babi kemudian basuh dlm mesin basuh yg sama depan org ramai. Lepas tu suruh Mufti pakai jubah tu dan solat dlm masjid. Ada berani ka?
Terubat rindu ku pada GREENBOC
ABU
Aku cuma takut dan gerun kepada Allah, manusia semua hari2 sentuh najis/taik (masa basuh berak)
malaysia sekular lagi ke? Sabah dan Sarawak perjanjian persekutuan malaysia 1963 kini nasib warga negeri2 di timur itu terancam!
gajah 1mdb dan felda penyelewengan angkara pemimpin2 melayu islam depan mata ust jakim tak blh soal, tak blh nampak. tak blh teguh. yg bukan islam lemah sentiasa kena taruh kaw kaw lebih lebih lagi warga tionghua sendiri.
klu dgr ceramah zamihan.. org baru mualaf pun boleh murtad balik.
begitu huduh wajah islam ditgn penyamar aswaja syiah ini.
benar kata sultan bahawa zamihan tin kosong dan takde otak.
Zamihan kunun berani kerana benar. tp tetap takut nk sentuh 1mdb yang memberi kesan kpd ramai umat islam. sedangkan dobi campur apa sgt lah kesannya.
dok kira nk baju suci kunun utk solat. sedangkan baju yg dibeli dr hasil rompakan lebih kotor dan keji lg.
tkde org bukan islam yg bodoh sgt masuk sekali tahi babi dlm dobi mereka sebb nnti baju mereka juga yg kotor dan busuk.
kalau dobi nk sgt disucikan, lebih utama diperlukan pemimpin islam yg suci dan tidak zalim dan tidak menyokong kezaliman dgn guna agama. pemimpin merompak dan penjilat berserban lebih najis dan kotor dan lebih busuk dpd najis babi yg diperam seminggu.
bercakap benar bukan lesen utk zamihan menafikan hikmah dlm berkata2.
dtg pulak si abu shafik mengaitkan isu ini dgn konspirasi wahabi. sgt dangkal dn dungu. seolah2nya ....
wahabi 1 letak poster 'hanya utk islam saja'.
wabahi 2 viralkan.
wahabi 3 hasut zamihan utk komen kasar terhadap sultan
wahabi 4 seorang sultan pun mengecam zamihan
wahabi 5 pakat utk ambil tindakan pd zamihan
wahabi 6 mufti2 pun memberi pandangan masing2
wahabi 7 menghasut abu shafik dn bagitau ini semua konspirasi wahabi
wahabi 8 seorg sultan lain tarik tauliah zamihan
begitulah maksud abu shafik membela zamihan anak murid hassan saqaf syiah bertopeng sunni.
Sy sokong tuan. Himpunan Kletokrasi baru2 ni mencerahkan peluang PH tadbir negara dengan kehadiran 8k penyokong.
Syabas Tuanku.
Lebai Cap Ayam terlalu ramai di negara kita sekarang. Lebai yang nak ajak manusia tinggal di gua.
Syabas Tuanku... Daulat Tuanku. Syabas.
Si bodoh macam Zamihan memang tin kosong. Gua pun tak boleh terima sibadut macam dia....
Mungkin nanti pengikutnya ada yang bawa bantal, selimut, cadar, tuala, mangkuk tandas, sudu, garfu, periuk belangga, dll apabila ke luar negara. Takut nanti ada benda haram kat hotel.....takut juga nanti pelajar kita kat luar negara kena pindah ke negara alUnta baru semua benda disentuh tak haram....
Kambing kami lagi cerdik....
Masalah ternyata si Taliban ni, cara dia cakap memang dia seorang saja betul, nak juga kata Cina semua bernajis kotor
Catat Ulasan